Tuesday 22 July 2014

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Salam ramadhan ke-24.

Di kala orang sibuk duk buat persiapan raya yang bakal tiba beberapa hari je lagi, Wanie dikejutkan dengan berita sedih. Rumah nenek dilanda ribut. Habis rosak teruk. Kejadian berlaku pagi tadi.

Wanie tak tahu sebenarnya, maksu lah update gambar tadi kat facebook. Wanie tengok pun terkejut and tak percaya. Tapi ini bukan kali pertama, sbelum ni pun pernah terkena musibah jugak. Dalam tahun 2011 rumah nenek Wanie tu terbakar akibat litar pintas. Habis semua dijilat api. Lagi pun rumah nenek Wanie jenis rumah kayu lama. Tu pun tinggal bahagian dapur jer tak terbakar. Sebab dapur makteh dah naikan batu.

En. Tunang bagi kata-kata semngat "ALLAH tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya sayang'' terima kasih abang^^. Memang lah Wanie tak tinggal kat situ, tapi Wanie membesar dengan suasana rumah tu. Dari kecik lagi Wanie ulang alik ke rumah tu. Dah macam rumah kedua Wanie. Lagi-lagi nak raya ni. Orang duk sibuk kemas rumah, kiteorang duk sibuk perbaiki rumah.





Semoga kami sekeluarga tabah menerimanya. Aminnnn



Thursday 10 July 2014

" Segmen Blogwalking "Pink Lady"


Sila klik ---------> SINI untuk JOIN

Wanie bukan nya obses dengan warna pink dari azali lagi. Memang benci gila dengan warna pink ni wey. Nampak jer orang pakai barang yang warna pink mesti nak kutuk. Tapi disebabkan bff wanie pengemar warna pink tegar membuatkan wanie terikut-ikut. Asal nya beli barang memang saja je beli warna pink sebab nak sakitkan hati and buat bff jeles. Tapi disebakan perangai buruk wanie tu habes sumua barang wanie warna pink. Sampai lah sekarang jadi minat gila dengan pink taw ! Tu lah orang cakap benci lama-lama suka. 

PERSONALITI SI PENGGEMAR WARNA PINK
  • - seorang yang penyayang, baik hati, pemurah dan peka terhadap keperluan orang lain
  • - seorang yang peramah dan mudah bergaul
  • - mudah diasuh
  • -mempunyai naluri keibuan, seorang pelindung dan menjaga kebajikan orang lain
  • -feminin, romantik serta sensitif
  • - seorang yang optimistik dan bersangka baik dengan kehidupan dan orang sekeliling
  • - teratur dan adakalanya kebudak-budakan.
  • - seorang yang tenang dan tidak suka dengan keganasan. Ada kalanya pemalu juga.




Touch Up Bunga Telur Ku ^^

Assalamualaikum and yo yo yo ! Whatsup ! Mengantok la wey. Semalam wanie tidur lambat gara-gara nak touch up bunga telur. Sebab bunga telur yang wanie beli tu simple mimple sangat. Tapi cantik sebab ade beruang-beruang comel macam wanie. Hahahah ! -perasaann kauu !

Harga bunga telur telur tu 1 pcs RM 1. Wanie ingat murah la tu. So Wanie beli 150pcs = RM150. Pink 100 pcsdan kelabu 50 pcs. Disebabkan kelabu tak ada stok so dapat 50 pcs jer. Wanie beli yang dekat SOGO tu. Wanie tak tahu nama tempat tu. Tahu beli jer. Hehehehe.

Dua minggu lepas tu wanie pergi pasaraya borong Cowboy yang kat Melaka tu. Nak tahu wanie jumpa apa ??? Bunga telur yang sama sebiji serupa dengan wanie punya hanya RM 39.90 untuk 50 pcs. Wanie tertipu !!!! Kat Melaka lagi murah ! Sedih.. terkilan suma ada. Tapi nak buat cam mana dah beli kan ?? So wanie redha dan pasrah jela walaupun terasa sakit hati. Akak ipar wanie la duk cakap "KL murah dik, beli KL jela,KL begini,KL begitu" kan dah terkena.

Tak apelah. Lupakan jela. Wanie nak share sikit bunga telur yang wanie touch up semalam. Wanie cuma tambah reben jer. Jom tengok !

GAMBAR SEBELUM




 GAMBAR SELEPAS







Friday 4 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My


Assalamualaikum dan hai ! Hari ni Wanie join contest dari Nile.com.my. Nak tahu kenapa Wanie nak join ? Mestilah sebab nak menang RM300 . Ye tak tipu ! Nile.com.my nak bagi uoollss ^^

Kalau Wanie menang RM300 tue. Wanie nak shopping dekat Nile.com.my. Nak beli baju, wedges dan handbeg. Al-maklum lah nak beraya sakan tahun ni . Nak jadi Diva kauuuu ! Dah lama giler tak online shopping. Rinduuuuu !! . Oh kesian ni la diriku ini-over plakk kannn !

Rambang mata Wanie tengok Nile.com.my. Semua Wanie nak ! Murah plak tu . Ohmaigod pleeaasee la bagi Wanie RM300 tu. Wanie janji tak akan mempersia-siakan. Heheheh (gelak sinis)


Cantikk kann ? Lagi cantik kalau Wanie yang pakai :)


Boleh pakai masa date dengan En.Tunang 


Boleh pakai masa pagi raya. Lilap lilap kauuu ! Diva gitu


Boleh bergaya masa pergi uma sedara mara. 

Semua gambar di atas ada dekat Nile.com.my. So uollss apa tunggu lagi jom lah joinn 
klik ------------------------> SINI




Wednesday 2 July 2014

D.I.Y My Doorgift Paper Beg ^^

Hai uolllss salam ramadhan yang ke-4. Semoga kita sama-sama tingkatkan amal di bulan suci nan berkah ni. Aminnn.

Okay rini Wanie nak tunjukkan paper beg doorgift yang Wanie D.I.Y sendiri dari beg goreng pisang dan doily paper. Kan majlis Wanie tak lama lagi. So persiapan sudah 50% siap. Paper beg pn tinggal tampal tag terima kasih. Even tak kreatif & cantik tapi Wanie puas hati sangat-sangat. Sebab Wanie buat sendiri dan jimat. Dari habeskan duit beli paper beg yang semahal-mahal tidak tu. At least Wanie boleh menyimpan sikit buat honeymoon nanti. Nak pergi Pulau Perhentian kauuuu ! Hah. 

Sekarang Wanie dalam proses menggunting kertas tag terima kasih. Takde la penat mane pun. Tapi nak membongkok dalam menggunting tu, lenguh beb leher. Yela semua benda Wanie buat sendiri taw ! Gunting, tampal, lipat dan gam ! Pendek kata, dari A sampai Z la Wanie handle. Malas nak susahkan mak. Lagipun tak suka orang lain tolong sebab Wanie cerewet. Kang tak pasal-pasal bergado kang sebab tak puas hati. Hahaha kaki gado jugak Wanie ni. Puiiiihhhkkk !

Sekarang En. Tunang bagi Wanie pakai Iphone dia. So boleh amek gambar paper beg tu and share dengan uolls. Tak cantik dan tak kreatif. Hope uoollss tak beri komen yang negatif okay ^^


Haruslah Hello Kitty. Peminat tegar ni. Even tak tegar mana pun. Hahaha. Orang tak buat biar Wanie yang  buat.