Monday 20 October 2014

Aib Orang Ko Sibukkan ? Kenapa ??

Assalamualaikum

Tajuk hari ni agak takut sikit bagi Sha untuk dikongsikan. Dah lama sebenarnya nak bercakap pasal ni. Tapi takut jugak menyentuh hati mana-mana pihak. Sebab Sha akan rasa tak sedap pulak kalau mengguris hati sesiapa yang membaca.

Buruk perangai takpe, tapi jangan buruk sangat hati tu mencari kesalah orang lain then mengaibkan dia pada orang ramai mahupun orang terdekat.



Peringatn juga untuk diri Sha sendiri supaya tidak terlalu menyibuk hal orang lain. Biarkan orang sibuk pasal Sha. Yang penting Sha tidak menambah dosa duk mengumpat or menjaja kesalahan orang sana sini.

Mungkin kau tengah bermegah dengan keaiban orang, sampai ko terleka yang Allah sentiasa mendengar doa orang yang teraniaya.

Wednesday 15 October 2014

RM48 ke Festival of Fear di Sunway Lagoon

Assalamualaikum

Hey guys ! Pernah pergi Sunway Lagoon tak ? Sha belum pernah lagi. Tapi inshaAllah dalam perancangan. Usul-usul sudah pun dibentangkan kepada En.Suami. Heee^^

Itu ioollss nak pergi sendiri. Tapi kalau uolls nak pergi jugak, ioolls boleh kongsikan cara macam mana uoollss boleh menang  tiket bernilai RM48 seorang untuk menyertai Festival of Fear di Sunway Lagoon.  Bila ?? Pukul Berapa ?? Macam mana ??  


TARIKH : 25 Oktober 2014 (Sabtu)

MASA : 7.00 petang – 10.30 malam

Uolls hanya perlu lengkapkan slogan seperti yang diberikan dan tinggalkan komen anda di SINI . “REMAJA perlu pilih saya ke Nights of Fright 2 kerana ____” (tidak melebihi 20 patah perkataan) di instagram kami secepat yang mungkin sebelum 17 Oktober 2014.


Bukan tu jerr wey,  salah seorang daripada 30 pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Sunway Lagoon. Uolls just tangkap gambar mengikut kreativiti dan muat naik ke IG dengan menggunakan #NOFSL & #majalahremaja . Gambar yang kreatif dan mendapat ‘likes’ terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.

Amacam joe ? Senang tak ? So tunggu apa lagi wey !

Read more at http://websta.me/p/830782794602100205_199949332#AeP0CETyFSZ2c3xZ.99

Alaaaaa senang jer uoolss. Sha pun dah join okeyy ! (jangan lupe follow insta Sha and double tap okeyyy) Please please la. Sha mohon jasa baik uoolls like gambar Sha oke. Heee^^ (sambil buat muka  acah-acah comel)

My instagram - cikshazwani


Ehhh ehh ehh tapi sebelum uolls nak join wajib follow instagram Sunway Lagoon @sunwaylagoonmalaysia dulu taw kalau nak menang tiket.




Tuesday 14 October 2014

Samsung Grand 2 ~ Multi Window Yang Best !

Assalamualaikum..

Hari nie  nak review sikit pasal handpon baru Sha (even tak ada lah baru sangat)
Dah nak dekat sebulan jugak lah Sha menjadi pengguna Samsung Grand 2 ni. Grand 2 ni dikira latest jugak  dari Samsung S4. Harga pun mampu milik taw, jangan tak tahu. RM850++


Sumber Encik Google

Sha punye sama sebijik macam atas ni. Cover belakang dia kulit taw. Skrin dia pun besar, puas tengok movie. Yang paling Sha suka multi window dia.



Tengah-tengah men~download, sempat lagi balas wasap En.Suami tanpa exit dari Galaxy Apps. Tak ker senang camtu. Boleh buat 2 kali kerja sekali gus. Tak adalah En.Suami selalu marah balas wasap terhegeh-hegeh. Kelebihan yang sangat-sangat Sha perlukan.

Tapi kalau camera dia 8 megapixel jer. Bagi Sha yang suka berselfie ni. Tak bape nak suka sangat lah. Untuk front camera dia 1.9 megapixel jer. Gambar pun tak berapa nak cantik.


Selama Sha pakai Grand 2 ni. Memuaskan la jugak. Even camera jela tak bape nak minat sangat. Bcs Sha memang suke post-post gamba dekat insta. So tak seronok la kalau gambar kabur jer. Bab bateri memang tahan. Walaupun bukan untuk 1 hari suntuk tapi, memuaskan hati. 





Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Monday 13 October 2014

Liebster Award ^^


Thanks kepada EURUKA SEVEN~ Cik Eda kerana me~tag kan diriku yang tak sefemes mana ini. Disebabkan sha sudah pun ditag, wajib lah untuk sha me~join kan diri.

Pada asasnya, Anugerah Liebster dicalonkan untuk blogger yang pengikut adalah lebih rendah daripada 500. So that's me. Now masa untuk menjawab soalan dari Cik Eda kita tu ye. 

1.blog siapakah yang akan you guys singgah? 
Blog yang selalu menjadi inspirasi untuk Sha berblogging ~ YuyuZulaikha , NameeRoslan , 

2.you guys suke minum ape?
Milo Ais tapi buatan sendiri, Kenapa ? Bcs milo ais kat kedai tawar, cair, tak kaw ! 
3.you guys selalu cerita ape dalam blog?
Pengalaman hidup
4.apa warne kesukaan you guys?
Opcos la Pink
5.apa penambah baik you guys untuk cantikkan blog
Decoration HelloKitty
6.you guys suke tengok filem ape?
Filem komedi & fantasy
7.ade ape-ape kekurangan tak dalam blog eda ni..
No ! Everything is perfect ! Bcs pink 
8.tempat shopping yang selalu you guys pergi?
Instashop ! Mudah Cepat dan boleh berfikir panjang
9.bussines ape yang you guys jalankan sekarang?
Nothing ! 
10.kalau you guys shopping suke beli ape?
Kasut ! Tudung ! Baju ! 
11.you guys berkerja sebagai ape?
Kerani di sektor swasta , sebab tu lah tanpa rasa bersalah menjawab soalan Cik Eda ni diwaktu kerja


Anda-anda yang bertuah  di~tag 

3. Cikna

Yang ditag tu dipersila kan la jawab soalan Sha pulak yer ^^

1. Siapakah idola anda dikalangan blogger ?
2. Mengapa anda menjadikan dia sebagai idola ?
3. Apakah tujuan anda berblogging ?
4. Apakah faedah yang anda dapat selama berblogging ?
5. Sejak bila anda mula berblogging ?
6. Siapakah yang menarik minat anda untuk berblogging ? 
7. Antara Yuyu Zulaikha dengan Cik Epal siapa paling comel ?
8. Adakah anda kenal Yuyu Zulaikha dengan Cik Epal ?
9. Apakah matlamat anda bila berblogging ?
10. Pernahkah anda menebus earnings dari Nuffnang ?
11. Adakah anda marah terhadap Sha kerana tag anda ? ^^

Bloggers anda wajib menjawab ! Hahahha . Just for fun. 

Thursday 9 October 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A


^
|
|
|

Klik Banner Untuk Maklumat Lanjut


Cinta
Apa itu CINTA 
Sesuatu yang diagung-agungkan
Membuatkan kita alpa pada yang Esa
Hingga tercalar dan tergadai maruah

Cinta 
Pada siapakah kita lahirkan rasa cinta
Ibu atau ayah yang membesarkan 
Pada lelaki atau perempuan
Atau yang menciptakan rasa cinta 

Cinta
Tidak mengira umur, bangsa mahupun agama
Setiap yang dipanggil manusia pasti merasakannya
Selalu bahagia merasainya
Namun dilengkapkan dengan rasa kecewa


Karya : cikgadisfantasy (acah-acah)





Thursday 2 October 2014

Debaran Terasa - pregnancy Test ^^


Dah sebulan sha mendirikan rumahtangga. Alhamdullilah baik-baik hendaknya. Saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Iaitu waktu yang sesuai untuk membuat pregnancy test. Kalau ikutkan minggu ni adalah minggu sha datang bulan. Tapi...... sampai sekarang masih belum ada  tanda-tandanya. Hehehe (gelak malu)

Sha rasa macam nak pergi 7e beli jer benda tue. Sebab sha dah eksaited sangat ! (Allah yang tahu macam mana) Tapi En.suami kata jangan dulu. Dia cakap tunggu lagi 3 4 hari lagi. Dia takut sha kecewa kali yang 3, coz bulan ni saja sha beli benda tu 2 kali. Tapi keputusan nya negative. Eksaited nya pasal !

Tapi kadang-kadang was-was juga, coz kitaran haid sha bukan betol sangat. Ade yang awal sangat 27-30 haribulan dah datang bulan. Ada yang lambat 6-7 haribulan baru datang bulan.
Hurmm kadang-kadang konpius jadinya.

Allah jer yang tahu perasaan sha sekarang ni. Kalau betul bersyukur sangat. Even sha sendiri tak plan pun nak anak awal. Sebelum kahwen dulu dah mention kat suami cakap "ayang nak anak lepas setahun kita kawen, coz nak kukuhkan ekonomi dulu" tapi andai ini rezeki sha dapat anak awal apa salahnya. Ye idookkk ?