Thursday 27 November 2014

Pengalaman Mendaftar Sebagai Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan selamat pagi uols.

Hari Sha nak share pengalaman mendaftar di Klinik sebagai seorang ibu buat kali pertama dalam hidup. Heheheh. Memang eksaited and takut la jugak masa nak pergi mendaftar tu. Disebabkan anak pertama, opcoz la Mr.Asben akan menjadi peneman setia. Tak ajak pun dia tetap akan ikut. Dia pun eksaited uols.

Dalam family Mr.Asben dia anak number 2. Masa kahwin ritu, Sha jalan sekali dengan abg dia. So, disebabkan Sha pregnant dulu dari akak ipar dia. Mak mertua I eksaited jugak nak ikot I pergi mendaftar. Cucu sulung uols.

Sha daftar dekat Klinik Kesihatan Tanjung Keling. Ye kot ? Sha pun tak pasan. Ingatkan daftar kejap jer. Mase nurse nak bukak buku pagi tu dalam 9 lebih , dia dah pesan awal-awal '' Hari ni nak daftar lebih kurang 1 jam tau.'' Sha pun iye lah. Maklum lah kali pertama, mana lah nak tahu apa-apa. Dia cakap ''Hari ni kena amek darah, check gigi, jumpa doktor''



Bab lambat tu Sha memang tak kisah, sebab memang dah minta cuti pun hari tu. Tapi bab amek darah memang ada masalah sikit. Mahu tak nya, masa nak buat ujian saringan HIV sebelum kahwin ritu pernah nak terpitam kott. Badan melayang-layang. Nasib baik Sha jenis kuat. Tak delah pitam mase tu. Tapi badan rasa macam nak tumbang jer masa tu. Pastu kali ni nak buat lagi. Memang pengsan la jawab nya. Tapi alhamdullilah, nurse yang amek darah tu buat tak sakit sangat. biase-biase jer rase. Sha pun , ehhh tak sakit pun. This one lagi better dari nurse kat Poloklinik tu.

Lepas amek darah, check air kencing check gigi last sekali kena jumpa dengan doktor pulak. Ingat kan doktor bab-bab kehamilan ni perempuan tapi lelaki uols. Umur dalam 40 an lah kot. Sebab ada uban. Hahaha. So Sha pun bersangka baik la. Ingat kan doktor tu just bagi nasihat or tips-tips. Tapi hari pertama dia dah buat scan. Bagus jugak, dia cakap nak pastikan Sha tak pregnant diluar rahim. Alhamdullilah buat masa ni tak ada pertanda kandungan diluar rahim.

After 12 a.m baru lah selesai dengan jayanya prosedur untuk mendaftar.


Wednesday 19 November 2014

Review Susu - Nestle Mom & Me

Assalamualaikum uolss..

Kali ni Sha nak share sikit pengalaman sebagai seorang Mommy to be. So sape-sape yang geng denga Sha jemput-jemput lah baca entri kali ini ya. Mana lah tahu boleh membantu.

Hamil Dan Susu
Susu?? Kenapa harus susu ? Rata-rata makcik yang Sha jumpa and asben Sha sendiri suruh minum susu. Sha bukan jenis penggemar susu tepung ni. Kembang tekak uollss. Tapi disebabkan nak baby sihat dan comel, Sha sanggup uols ! Bagai minum racun rasanya. heheheh

Pilihan Terbaik
Sekarang bermacam-macam susu tepung untuk ibu hamil. Mesti uols nak buat pilihan yang bijak kan ? Yela, susu yang baik untuk ibu dan baby. Bagi Sha semua susu terbaik. Beza cuma mahal dan murah jer. Tapi, tengok jugak kandungan susu tu jugak.

Nestle Mom & Me
Bagi Sha yang baru nak mencuba minum susu ni. Sha sekarang tengah mengamal kan susu Nestle Mom & Me. Susu ni 2 in 1. Baik untuk ibu hamil dan untuk ibu yang menyusu badan. Perisa Vanilla. Sedapp habaq hang. Cehhh tengok Sha pun dah suka minum susu gara-gara susu Nestle ni.

Kebaikan
Kebaikan yang ada dalam susu ni adalah Folic Acid. Bagi yang baru-baru lagi dalam 5 ke 6 minggu macam Sha ni . Folic Acid ini memang penting. Sepupu Sha bagitahu Folic Acid untuk membantu pembesaran bayi. Selain itu Ka;sium dan Vitamin D yang ada dalam kandungan susu ini membantu pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Dha jangan dilupakan. Untuk otak dan mata. Memang lengkap !

Berpatutan
Bagi yang rasa nak berjimat tu . Boleh lah try produk dari Nestle ni. Memang berpatutan dan sangat ekonomi.




Wednesday 12 November 2014

Tips Untuk Si Anti Susu

Assalamualaikum dan selamat menjamu selera (makan tengah hari)

Kali ni Sha nak share pengalaman Sha as a Haters Milk.  Seriously selama 23 tahun Sha bernafas tak pernah sekali Sha minum susu segar. Susu F&N pun tak pernah. But kalau dah dicampur milo or nescafe tu minum lah. Tak tahu kenapa.

Tapi kali ini berbeza pulak. Sebagai ibu yang sedang hamil. Susu sangat penting untuk menambah protein dalam badan. So macam mana nak dapat protein kalau Sha  anggap susu itu sesuatu benda yang jijik.

Ini semua fikiran yang mengawal citarasa. Contoh, kalau Sha anggap susu itu tak sedap maknanya lidah akan rasa tak sedap juga. Benda ni pernah terjadi masa Sha zaman berlajar dulu. Seriously sha memang tak makan coslow KFC, tapi disebabkan member-member Sha makan benda alah tu terlalu berselera membuatkan Sha sendiri terliur nak makan. Sampai mengidam-ngidam uols. Then Sha anggap benda tu sesuatu yang sedap, so after makan benda tu. Sha menjadi suka dan sangat obses terhadap coslow KFC.

So semalam bermula kisah Sha berlajar minum Susu Rendah Lemak HL Marigold

Memang percubaan kali pertama meloyakan tekak Sha even minum setengah cawan dengan sekali teguk jer. Tapi bila sahur Sha minum susu ni. Membawa ke opis bau harum susu HL ni. Sha jadi teringin nak minum susu disebabkan tekak kering dek puasa. Serius terbau-bau dalam lubang hidung bau susu ni. Sha anggap susu sesuatu yang sangat sedap. Insha Allah Sha akan suka & gila terhadap susu demi baby comel dalam perut ni.


Tuesday 11 November 2014

Alhamdullilah. Hamil & Tips

Assalamualaikum dan morning

Hari aku gembira sangat. Nak tahu kenapa ? Cer tengok gambar bawah tu jap .




Yesss i'm pregnant. Even cerita ni bukan baru lagi but aku teruja sangat. Yela sebelum ni aku ada update pasal Test guna UPT strip. Tapi tak nampak, so bila, aku nak betol-betol kepastian aku beli la Clearblue yang mahal bapak ni. Hahahah dan keputusan nya sangat-sangat puas hati. So aku pregnant 5 minggu kira sebulan jugak la tu kan. Alhamdulillah.

Memang semua yang  sudah berumahtangga ingin kan zuriat. Tetapi ada yang dikurniakan cepat dan lambat. Macam aku lambat sebulan. Dah 2 bulan kahwin baru disahkan pregnant.  

aku just nak berkongsi tips yang a amalkan supaya cepat dikurniakan zuriat :

1. aku tak pernah berhenti berdoa. Tak payah cakap pun semua orang tahu kan ? So uolss jangan  putus berdoa

2. aku amalkan solat sunat hajat setiap malam. Even bukan lah setiap malam. Ada lah yang Sha skip 1 2 malam. Letih uols kekadang. Mata berat sangat.

3. Selalu mengaji lepas solat hajat tu.aku takdelah baca sampai 5-6 muka surat. 1-2 muka surat jer. At least  mengaji. 

3. Selain tu aku ada amalkan makanan tambahan iaitu KAPSUL SERBUK DEBUNGA KURMA ia dihasilkan dari pucuk pokok kurma. Khasiatnya mengatasi
  • Kemandulan isteri
  • Menyuburkan rahim
  • Menambahkan hormon supaya sperma yang dikeluarkan berkualiti
  • Menambahkan keseronokan bersama
Kapsul ni boleh dimakan suami dan isteri. Kalau nak tahu lebih lanjut Klik SINI

4. Setiap hari aku minta maaf dengan suami aku

5. Dan yang paling penting aku dah tak duk mengumpat orang. (jahatnya aku)

Tips ni tak menjanjikan yang uols akan dapat zuriat tapi sedikit sebanyak dapat membantu uols. Apa yang pernah kita lakukan semasa sedar mahupun tak. Sebaiknya kita berubah lah. Kalau dulu kita selalu bercakap buruk pasal orang, just STOP dan buang perangai tu jauh-jauh. Kalau kita suka mengaibkan orang sekeliling kita, STOP and buat tak tahu jer. Coz benda-benda macam pun boleh mengakibatkan ALLAH buat dono jer dengan permintaan kita. Seperti mana kita buat dono jer larangan Nya.

Thursday 6 November 2014

UPT Yang Kabur

Assalamualaikum dan apo kobar ? Sihat ke idookk  ?

Kali ni Sha just nak sharing pengalaman semalam jer. Pengalaman apa ??

Bukan lah best sangat pun. Tapi bagi seorang yang bergelar suri rumahtangga seperti Sha sangat la mengembirakan, even benda tu tak pasti lagi pun da cukup membuat Sha tersenyum masa tidur. Bukan tidur jer beb, masa solat asar semalam pun tersenyum tertiba(haha macam tak khusyuk jer)

Benda ni terjadi masa kat opis semalam, Sha memang dah lama perasan kuku jari tangan belah kiri Sha macam bengkak sikit. Kanan tak pulak.


camni

Bukan tangan jer, ibu jari kaki 2-2 belah pun cam tu. Bengkak dan terasa sakit sikit, macam tersepit pintu. Sha risau lah, so pun bergoogle. Ada yang Sha baca tu tanda-tanda ibu hamil. Tapi Sha tak preggy pn. Saja lah nak sedapkan hati, even benda tu yang Sha harapkan. 

Hati Sha membuak-buak nak beli pregnancy test. Even Sha akan tahu jawapan nya akan mengecewakan, Sha tetap tekad. Beli pun senyap-senyap tak bagitahu cik abang. Sebab cik abang marah, and dia tak nak Sha selalu berharap and kecewa.

Pukul 4.45 Sha dah keluar opis, eksaited nyer pasai nohh. Dri opis sampai rumah Sha tahan kencing semata-mata nak simpan air kencing yang tak seberapa tu, kahkahkah. 

Bermula ujian kehamilan itu.... jeng jeng jeng...... !


Tengok anak panah sangat-sangat kabur

Keputusan nya Sha tak tahu lah, +ve ke -ve.  Untuk sedapkan hati Sha anggap +ve. Period Sha sepatutnya hari Jumaat 7 hb. Tapi sampai sekarang tak ada pertanda nak period.  Sha tunjuk gambar ni kat cik abang. Berlari dia balik rumah. Tapi cik abang nasihatkan, jangan mengharap sangat kalau belum disahkan lagi. Cik abang cakap, minggu depan  tak period lagi kite g check doktor. Sebagai seorang isteri Sha ikut jer-ceeewaaaahhh

Semoga keputusan yang akan datang menjanjikan berita gembira untuk Sha dan suami. Insha Allah. Amin


Tuesday 4 November 2014

Teringin Kentang Berhantu ^^

Assalamualaikum dan salam muharam.

Korang pernah dengar tak baked potato or Kentang Berhantu (huuuuuu~~~~macam filem seram). Ekcelli benda ni bukan baru lagi. But for me baru jugak lah coz Sha tak pernah makan lagi uols.


Tengok lah cheese dia, melelh baq hang !
That why la I teringin + mengidam (bukan berbadan 2) Terliuq jaq, nengok gambar kentang tue dekat IG. Dekat melaka Sha tak tahu kat mana jual. Yang Sha tahu Pop-Donna ada vendor makanan macam ni.


Tengok la ni uolss ! Banyak nau makanan yang boleh beli. Sha nama jer orang melaka, but tak pernah jejak pun kaki kat Boutique Pop Donna ni. Boutique ni ohsem gila, macam-macam ada. Semua benda yang Sha nak ada kat situ. Tapi sayang Sha takda masa nak pergi.

Tapi kalau Pop Donna ada jual Kentang (huuuuuu~~~~) Sha lah orang pertama akan pergi ! Hahaha pertama lah sangat kannn.

Sha nak try lah buat bnda alah ni. Macam sedap sangatttt la pulak kan ?

Monday 3 November 2014

Kelebihan 10 Muharam 1436H- 03 November 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi uols

Tidak lupa juga kepada adik-adik yang menduduki SPM untuk tahun ni, good luck uols.



Hari ini Sha berpuasa Sunat Hari Asyura. Sepatutnya Sha berpuasa 9 & 10 Muharam tapi disebabkan semalam Sha tak sedarkan diri, tidur keletihan disebabkan melayan En.Suami tengok bola Sha dapat puasa 10 Muharam jer. Tapi Sha ada baca kat tenet, if Sha tertnggal hari  Hari Tasu’a pada 9 Muharam Sha digalakkan untuk berpuasa pada 10 & 11 Muharam.


Sha harap dapat melaksankan ibadah ni dengan ikhlas dan bersungguh supaya segala dosa Sha tahun lalu dan yang akan datang dapat dihapuskan. Sha makin takut dengan dunia sekarang. Azan zohor makin cepat, pertanda untuk matahari terbit di sebelah barat macam nak nampak.

Banyak betul kesilapan yang Sha pernah buat dulu. Manusia tidak pernah lari dari membuat dosa. 

Saturday 1 November 2014

Free Gift From Mentholatum ^^

Assalamualaikum uols

Whatsup ! Uols nak tahu tak, semalam kan uols, Sha dapat free gift from Mentholatum . Comel sangat ! Hahahah^^

Walaupun tak semahal mana pun, tapi Sha teruja nau dapat benda tu. First time uols Sha dapat free gift selama 23 tahun hidup. Hahaha^^ kesian sungguh lah hai.


Tuuudiaaaa! Lip Ice from Mentholatum, omeyyy angat Diana Danielle^^

So after this boleh lah Sha acah-acah Diana pakai Lip Ice tu. Sha dapat Lip Ice Fragrance Free. Thank you Mentholatum muuuuahhh!!