Wednesday 31 December 2014

Samseng Jalan Raya

sumber google

Okay harini Sha nak share sikit pengalaman Sha kena buli dekat jalan raya masa keluar lunch tadi. Bukan kena buli extreme, tapi kena hon by driver  tak bertamadun yang  masih kekal di bumi nyata ni. Ekceli driver yang macam ni lah mengundang kemalangan jalan raya. Sha mengaku Sha sendiri ada niat nak hon-hon driver lain if ada some mistake yang dorang buat. But tak buat pun, just ada niat yang tak terlaksana jer. Sebab Sha bukan di didik menjadi sebegitu rupa.

Ini tak, Sha cuma lambat jalan jer masa dekat lampu hijau. Kereta belakang dah hon-hon bagai. Menyebabkan kereta tu tak sempat nak lintas dan lampu bertukar merah semula. Hon Sha tak kesah lagi.  Memang time lesen L dulu  selalu kena hon. Ni  lalu sebelah then orang sebelah driver tu siap angkat-angkat tangan macam marah-marah dengan mulut mengomel. What the Fishhh ! Mentang-mentang lah dalam kereta tu semua lelaki and Sha ni perempuan sorang-sorang dalam kereta, mereka berani buat macam tu. Dasar pembuli jalanan ! Geram bila difikirkan balik. 


 Sha bawak bawak pelahan pun kena hon. Bukan nya pelahan mana. Setakat jarum meter tu cecah 80 jer. Kena hon jugak. Bukan dekat atas highway tapi jalan kampung kot. Tak paham betul lak tipikal orang Malaysia ni. 

Lagi Sha menyampah driver yang suka potong jalan semata-mata tak nak tunggu lampu merah and baris panjang-panjang. Kalau macam tu memang Sha tak bagi muka. Jangan harap dapat potong line Sha. Memang Sha ikut kereta depan dekat-dekat sampai tak ada ruang driver macam gitu nak masuk. 


Siapa yang baca ni, hope uols tak macam dalam cerita ni. Mybe uols bangga dapat buat macam tu tapi bila kena batang hidung sendiri paham-paham jela ok. Cuma nak pesan, jadi lah pemandu berhemah. 



Wednesday 24 December 2014

Scan Part 1 - So excited !

Assalamualaikum dunia, and hello !

Semalam first checkup untuk baby sulong Sha. Excited sangat coz bulan lepas Doktor klinik tu buat scan tp baby tak nampak lagi. So dia cakap next checkup kita scan lagi sekali.

So semalam Sha pergi la cam biase, amik number, tunggu then amek darah, and bla bla. Lepas jer jumpa nurse yang macam kaunselor tu. Sha pun jumpa Doktor.

Tanpa berlengah Doktor suru baring dan buat scan. Kali ni baby nampak jelas. Seronok sangat dapat tengok dia. Dah nampak bentuk kepale dengan tangan. Hehehe comel.


Siap bagi gambar and tampal dekat buku pink. Satu untuk Sha satu lagi untuk buku yang klinik simpan.  Cer tengok. Tang kecik-kecik tu tangan dengan kaki dia. Comellll !!! 

Wednesday 17 December 2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia - Review


Auuucchhh ! Fazura (Ifti) sangat menawan hatiku ! Shaheizy Sam (Nazmi) pulak romantik gilerr dalam cerita ni. Ouhhhh hatiku  cair bagai coklat cadbury yang diletakkan di bawah matahari terik !

Semalam Sha dengan Asben bawak sepupu iols pergi tengok wayang. Tak bajet pun nak tengok cerita melayu. Paham-paham lah cerita melayu zaman sekarang mengarut sangat. Tapi disebabkan cerita omputeh sume under 18. So budak-budak tu kesian tak dapat tengok cerita yang best-best ! 

So Sha bawak dorang tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia Dan cerita nya membuat aku tertarik. Coz tak de part-part membosankan. Walaupun dah pukul 11 malam. Sha still tak mengantuk tengok cerita ni. Sebab sangat ROMANTIK !!! 

Nazmi sangat gentlemen ! Suka part Nazmi ikot Ifti pergi Turkey. Then jujur jer Nazmi cakap yang dia ikot Ifti pergi Turkey. Tapi part Bakhtiar(Faizal Hussien) lamar Ifti memang tak suka lansung. And What The Fishh ! Dengan perangai yang tak bertanggungjawab tu ada hati nak jadikan Ifti sebagai isteri. Memang people can change. Tapi kalau dah perangai dah buruk sesiapa pun akan serik.



Sinopsis:

‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ifti Liyana yang masih tercari-cari erti cinta sejati.Hubungan cinta Ifti bersama Fredo yang terjalin bertahun lamanya terputus dipertengahan jalan apabila Ifti menyedari teman lelakinya itu tidak setia.Pertemuan pertama Ifti bersama Nazmi telah menimbulkan satu perasaan yang dia sendiri tidak faham. Kehadiran Nazmi dalam hidupnya benar-benar membuatkan perasaan bercelaru. Atas rasa ego yang tinggi, perasaan rindu terhadap Nazmi dibiarkan tersimpan erat di dalam hati.Namun, Ifti sekali lagi rasa seperti dipermainkan apabila dia mendapat tahu Nazmi sebenarnya sudah berkahwin.
Adakah Ifti sanggup mengorbankan cintanya? Adakah Ifti sanggup menjaga anak-anak Nazmi seperti anak-anaknya sendiri?


Oke part yang Nazmi dah berkahwin tu, tipu jer. Itu bukan Nazmi tapi Khairil abang Nazmi yang muka sama macam Nazmi. Then bila Ifti dapat tahu kebenaran nya. Masa tu lah dia rasa menyesal tak kesudah. Kesian Nazmi tau masa tu. Tapi Nazmi datang pujuk dengan menghadiahkan kereta kodok (volkswagen) yang dah dimakeup. -kereta tu lah, yang Nazmi bawak Ifti pergi first date. Tapi masa tu volkswagen tu buruk giler(ala-ala kerata haji bakhil dalam Labu Labi)

Sweet kan ? So kalau nak fefeeling romantik pergi lah pawagam yang berdekatan. Heheheeh ^^

Tuesday 16 December 2014

29 Ogos 2014 - Majlis Pernikahanku

Agak macam terlambat jer untuk Sha share kat sini gambar nikah . Well tak berkesempatan lah sejak-sejak dah berumahtangga ni. Heheheh. Btw tak pe. Bagi yang tengah nak berumahtangga, selamat menjalani la ye . Yang sudah berumah tangga mesti uols teringat-ingat jer kan ? Kenangan manis, siapa boleh lupa beb !

Tema untuk nikah Sha pilih putih coklat. Asben memang macam tak ikot tema sangat, sebab dia seorang yang degil. Disuruh beli sampin kaler coklat tak nak. Haishhh. Nak jugak pakai sampin recycle abang dia. Baguslah, dia seorang yang berjimat. Tak macam bini dia yang over boros  (owner blog) hahaha.

Sha dinikahkan oleh ayah Sha sendiri di perkarangan rumah. Yang meramaikan majlis, sedara mara dan jiran-jiran pada hari jumaat sesudahnya solat jumaat. Debaran nya jangan cakap lah. Eksaited, takut, malu suma ada. Sedih tu tak ada lah. Tapi lepas pergi rumah blah lelaki, time tu memang sebak gila bila teringatkan mama Sha. Rindu sesangat time tu. Tak sampai 1 hari pun kat rumah blah asben.

Well sorang jer anak perempuan dari 7 orang adik beradik. Mesti lah Sha yang paling rapat dengan mama. Lepas ni dah tak boleh nak manja-manja dengan mama. Manja pun sekejap-sekejap je. Hurmmm...

Okehh tutup kisah sedih, now Sha belanja gambar nikah plak . Heheheh














Monday 1 December 2014

Kentang Berhantu ~Huuuuuu Huuuuu

Assalamualaikum dan hai !


Hari ni nak cerita pasal kentang berhantu yang Sha duk mengidam ritu. Hahaha finally Sha dapat membaham kentang tu dengan lahapnya. Mohon jeles ^^



Kentang ni Sha beli dekat Butik Pop Donna yang pames sangat tu. Insta shop dekat melaka. Orang melaka yang kaki shopping mesti tahu. Masa tu nak pergi beli takoyaki yang sedap dekat Pop Donna sekali Sha ternampak Kentang Berhantu a.k.a Baked Potato ni. So ape lagi capai lelaju pergi bayar. Hahaha, Dah lah takoyaki Sha beli 3 bekas, Capai lagi kentang ni. So uols akan tahu lah reaksi Mr.Asben macam mana kann ? Reaksi terkejut + redha + apa nak dikata dapat wife kuat makan. 

RM 12 sebekas. Lepas bayar and balik rumah try la makan. Firstly Sha bagi 4 star dekat cheese dia yang meleleh tu coz I'm the cheese lovers uols. Lepas tu diapit pula dengan daging yang dimasak dengan sayur campur dibawah lapisan cheese tersebut membuat lidah menari-nari dalam mulut. Kahkahkah. Opcoz bawah sekali tu kentang. Kentang yang direbus. Bila makan kesemua sekali serentak. Sangat sedap sehingga mengalirkan air mata. Argghhhh mohon uols jeles !