Wednesday 11 February 2015

Rezeki Baby Dan Emak Nya ~.~

Okay semalam I request nak makan KFC dengan hasben tapi dia tak bagi. Yerla selalu makan fast food. Kan tak baik untuk ibu mengandung. Fast food tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pun seperti sedia maklum. Tak apa la, hasben cakap kalau nak jugak tunggu jumaat. 


Pada yang sama, I request nak makan pisang plak. Lepas mintak KFC tak dapat. I pun mintak la pisang. Dengan harapan dapat la konon. Tapi hasben cakap 'esok-esok la sayang'. 


So I sangat frust bila 2 benda yang I request tak dapat petang tu. I cari alasan lain. I tanye hasben mana sukun yang I nak tu. Hasben cakap rumah member dia ada tanan pokok tu. Tapi dengan kecewa nya hasben menjawab ' pokok belom nak berbuah lagi' Arrrrrghhhh bertambah la frust I. 

Dengan hati yang luka lara I keluar dari kereta dan masuk rumah dengan harapan dapat merehat kan badan setelah penat berkerja-cehhhhhh!

tapi....... jeng jeng jeng !!! 

Mak mertua I cakap, 'wani kat dapur ada KFC, pakteh bawak tadi, gie ler makan'
Hahahah, dengan laju nya pergi ke dapur dan melahap KFC tu. Kemudian I nampak pisang dalam pelastik, even 2 ketul pun dah membuat hilang kempunan I. Memang rezeki I dan anak petang tu nak makan.

After 6 petang, I pergi dapur then mak kata bawah tudung saji ada sukun goreng jiran bagi. Hahaha apa lagi dengan lahap la I makan. 



Alhamdullilah, syukur sangat petang tu.  ~.~

Tuesday 10 February 2015

Pengalaman 1st Trimester


Macam-macam dugaan masa 1st trimester ni. Yang paling I tak sanggup adalah berat badan naik mendadak. Orang kata masa mengandung lah selera makan seseorang tu akan bertambah. Memang betul berlaku pada diri I. Satu hari berkali-kali I makan. Sarapan,minum pagi, tengahari, makan malam, makan tengah malam lagi.  Makan nak yang berat-berat plak tu. Setakat makanan ringan ni, memang I dapat tahan sekejap je lapar nya. 

Mabuk ?? I memang tak rasa lansung. Tapi kalau bab malas and rasa nak membuta jer tu memang ada. Pagi-pagi nak bangun pagi waktu cuti  memang liat sangat. Sumpah tak tipu. Lepas sarapan and hantar hasben pergi kerja, mata ni berat sangat. Nak tidur jer sepanjang pagi. Bila petang jangan cakap lah. Time panas-panas matahari tegak tu lah, mata ni mula berat. 

Emosi jangan cakap la. Hasben yang selalu jadi mangsa. Heeeee -.- 
Mana tidaknya, dah dia orang yang paling dekat and I berani. Memang tak ada orang lain lah yang jadi mangsa. 

Berat badan dah bertambah, memang berat lah I nak bangun dari duduk. Kadang-kadang kaki jadi sakit-sakit bila nak pijak lepas baring. Macam orang tua-tua tu. Sakit-sakit badan. Kulit badan I dah mula merekah. Systom ni memang akan berlaku,tapi  I punya teruk sangat uols. Sedih jer bila tengok masa mandi. 

Macam-macam menu makanan yang bermain dalam fikiran. Nak makan itu-ini. Setiap hari ada jer menu yang nak dimakan. Mana taknya berat badan naik. Selera dah macam orang yang baru balik dari planet pluto. 

Pape pun, memang akan rasa seronok bila layan kan. Rasa bahagia jer. Bagi I la kan, time ni lah I nak menikmati pengalaman hamil pertama kali dalam hidup. Mungkin 2nd and so on tak akan sama macam first time. So setiap hari I akan kenangkan setiap detik yang I lalui. 




Giveaway Free Template By CreamyLittleDiary

 Click Banner Untuk Join
Click Banner Untuk Join

Hadiah utama :
1 blog bertuah akan mendapat Free Template dari CreamyLittleDiary+
 diletakkan didalam bloglist CreamyLittleDiary

Saguhati:
10 blog bertuah akan diletakkan didalam bloglist CreamyLittleDiary

Pemenang akan dipilih melalui:
random.org 

 Pemenang akan diumumkan pada :
 3 April 2015, Insha Allah :)



Ciri-ciri blog yang saya impikan:  
1. Tema Blog Opcoz Pink - Hello Kitty
2. Tajuk / Nama & description pada header blog Tajuk> Belog Datin Sha (dulu single bolehlah CikGadisFantasy, sekarang status isteri orang) Description >cikgadisfantasy.blogspot.com
3. Header nak simple tapi ada hello kitty sebiji kalau boleh tak nak kebudak budak kan 
4. Maklumat menu - Sama macam sedia ada
5. Warna pilihan - F289D8 , EE38A2
6. Nama Font untuk tajuk dan description - Janda Elegant Handwriting



Blog Yang Ditag

1.Yahyah Shylla
2. Atiqah Jaidin


Wednesday 4 February 2015

Pengalaman Minum Air Gula Klinik Kesihatan

Minum air gula ?? Siapa yang sedang berbadan dua tu mesti dah mengalami and akan mengalami. For those yang memang berpenyakit kencing manis jangan cakap lah. Memang rutin bulanan uols minum air gula ni.

Bila kandungan I dah mula masuk 4 bulan. Nurse klinik kesihatan dah mula suruh I untuk minum air gula supaya mereka dapat mengesan penyakit kencing manis pada ibu mengandung. Kalau nak diikutkan mama I memang ada penyakit kencing manis. Tapi I tak ada. Lagipun berat badan I naik mendadak, so akak ipar I cakap kemungkinan besar I akan dapat penyakit tu. Hurmmmmm.

Better tak ada dari ada. Why ??? Yela siapa tahan yang nak minum air gula tu setiap bulan ? Rasanya ?? Ya Allah... Tak payah rasa, bau jer pon dah cukup meloyakan.


Oke, bagi yang belom pernah minum air gula tu. Meh sini i kongsi sikit pengalaman I. Nurse klinik tu akan suruh uols berpuasa dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 8 pagi esoknya. So uols kena lah makan kenyang-kenyang sikit sebelum kol 12 tu. Takot esok pagi tu uols kelaparan plak. Coz pagi-pagi uols sampai klinik, nurse akan amek darah dahulu. Mana yang tak kuat tu. Pengsan plak. After that, baru lah nurse bagi 1 mug air gula yang sedappp sangat tu (sambil tangan atas bahu, mata pandang atas)

Uols akan rasa air gula tu macam perit-perit sikit kat tekak. Bau dia, macam bau apa tah. Loya bila teringat balik. Uols tak dibenarkan makan selama 2 jam. Muntah pun dia tak boleh

After 2 hours, nurse panggil balik untuk amek darah buat kali ke-2. Ya Allah, seriau rasanya. I ni bukan boleh bab cucuk-cucuk ni. Masa nurse amek darah, I hanya pejam mata and berlagak macam tak takut. 

Nurse akan bagitahu keputusan pada next appointment. Macam I. I tak tahu lagi keputusan kencing
manis tu .