Monday, 19 October 2015

Preloved Update- Jeans

Assalamualaikum dan hai ? 

Hari ni aku nak letgo preloved item Cuxe Lady jeans (bootcut) 


*Fit  31 
*Kain stretch/bergetah
*Condition 9/10 
*Pakai tak lama sebab beli masa tu dah preggy, lepas deliver tak kurus-kurus 
*RM 30 incl postage 
*Berminat ?? Wasaap 0129177960

Wasalam 

Friday, 2 October 2015

Anak Tak Tidur Buai

Assalamualaikum dan hai !

Anak siapa yang tidur tak berbuai. Majoriti anak-anak sekarang memang dah dimanjakan dari kecik dengan buai. Asal nak tidur jer masuk buai. Macam tulah mak mertua aku jaga anak aku.



Kalau tak ada buai anak aku tak akan tidur nyenyak. Maksudnya akan terjaga 10 minit 10 minit. Mak mertua aku tak akan ada masa untuk buat kerja lain. Asyik nak duk menghadap jela anak aku si Nofal tu.

Tapi bila difikirkan balik, aku akan susah untuk berjalan kalau si Nofal hanya mengharapkan buai. Kalau aku nak balik rumah mama, aku kena angkut buai ke sana. Kalau nak pergi mall ? Takkan aku nak angkut jugak ? Nofal baru 2 bulan. Memerlukan 20 jam untuk tidur. Akan jadi masalah untuk aku suatu hari nanti.

Akhirnya aku buat keputusan supaya Nofal tak dimanjakan dengan buai. Bila sabtu ahad, aku cuti Nofal aku tak tidurkan dalam buai. Aku bagi susu then main dengan dia sampai dia mengantuk sendiri. Bila budak macam Nofal ni mengantuk, dia akan merengek. So aku menyusukan dia sampai dia terlelap sendiri. Baru aku letak kan dia kat tilam.

Tidur malam pulak, Nofal aku tak tidur kan dia dalam buai. Sejak dia lahir, memang tak ada buai untuk dia. Alhamdullah sekarang time tidur dalam pukul 9-10 malam Nofal memang aku letakkan atas katil. Kalau aku letakkan dalam buai, konpem sampai esok pagi dia takkan tidur. Sebab mata dia sebulat bulatnya dia bukak.


Buat masa ni kemana jer aku berjalan, alhamdullilah Nofal tidur dengan nyenyak nya walaupun hanya di pangku.