Thursday 26 November 2015

Iphone 5

Assalamualaikum dan haiii ! 


Okay, korang tengok and judge. Kau rasa, kalau hp kau jadi macam ni kau nages tak ? Firstly hp aku ni tak lah teruk nau sampai gini. Dulu kat button tengah tu jer retak. Memang perasaan masa tu bagai kaca retak seribu. Takper, aku sabar jer time tu. Memang kumpul duit nak betul. Pastu, ada ritu aku nak keluar dari kereta, TIBA TIBA - puuuuuuppp !!!!!! Iphone aku jatuh. Aku memang tak jerit sebab iphone memang power. Banyak kali kot aku jatuh kan. Rilek jer takde pape. Tapi aku tak tahu lah ritu, maybe jatuh kat tar kot. Tu yang retak belah kanan atas tu. But my iphone still boleh berfungsi dengan baik. Sebab tu aku pengguna iphone setia. Kalau boleh nak beli hp mesti iphone. Jenama lain aku tak pandang. Bukan sebab nak berlagak iphone jenama mahal (walhal mampu milik jugak lah) tapi sebab ketahanan. 

Kalau aku compare kan samsung aku dulu dengan iphone even iphone 4 je pon dulu. Samsung aku tak sampai 3 bulan dah macam-macam problem. Iphone 5 yang sekarang ni dah setahun pakai. Alhamdullilah takder masalah kecuali yang retak tu jela. 


Still boleh guna lahi . 



Tuesday 17 November 2015

Cara Milkbooster Datin

Assalamualaikum dan hai uolss !

Hari tu aku ada cerita pasal susu badan aku makin berkurang kan ? Nak dapatkan 1 oz pun payah deknon. Macam-macam cara aku ikhtiar tau. Yela sape yang nak bagi anak dia susu tepung. Rata-rata semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia. Ye ke idookk ? 

Aku gigih google petua-petua yang blogger lain share. Tapi tak semua aku ikot. Antaranya amalkan makan ulam raja, minum air horlicks, makan oat. Disebabkan aku memang tak minum susu, susah gak lah aku nak makan suppliment yang berunsurkan susu. Orang kata nak susu banyak. Banyak-banyak kan la minum susu. Wey pregnant pun aku tak mampu minum susu ni plak dah bersalin. Matilanakk!! 

Aku rasa susu badan aku makin kurang sebab aku amek pil perancang Norriday. Entah lah, selama aku makan pil tu memang takde susu badan. Bila direct  BF Nofal susu keluar. Bila aku pump tak keluar plak. Sekarang aku dah stop makan pil perancang. Ehhh elok plak susu ni keluar. Mula-mula stop dulu dapat lah dalam 2 oz. Sekarang boleh dapat sampai 5 oz. Gembira nya aku tak terkata.

Ada sekali tu aku tengok iklan D'Herbs terlajak laris kat tivi. Air masyur yang ada habatussauda tu. Alhamdullah minum air tu susu kira banyak la jugak. Sebab habatussauda tu kot . 




Tuesday 3 November 2015

Pengalaman Breastfeeding NofaL

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini genap 3 bulan 20 hari NofaL sepenuhnya menyusu badan. Alhamdulillah, amiinn.
Walaupun baru 3 bulan, sekarang susu badan aku makin berkurangan. Bukan lah kurang maksudnya tak ada lansung. tapikuantiti tu dah kurang  pump. Selalu bila tepat kol 1 lunch hour aku pump at least paling sikit pun aku dapat 3oz. Dulu sampai 5oz boleh dapat. Bila 2nd pump dapat 4-3 oz. Sekarang mampu dapat 1oz tengahari and petang.



Walaupun bila aku pump time tu takda, tapi susu untuk NofaL direct breastfeeding ada. Tapi aku seorang ibu yang berkerja. Tak mampu nak direct breastfeeding setiap masa. Bila tengok kuantiti tu semakin sikit, semakin sedih pulak rasa.

Dulu masa baru-baru bersalin aku nak sangat anak aku minum FM. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku tak tahu lagi kebaikan BF nie. Sebab sebelum ni apa yang aku nak makan akan terbatas dek kerana risaukan NofaL. Yela orang akan cakap '' eh jangan minum ais nanti budak hisap susu kembung perut'' ''jangan makan pedas-pedas nanti baby kembung'' '' jangan minum air gas nanti kembung'' tapi tu semua kegemaran aku. -_-! (Even sekarang memang aku makan jer, alhamdulilah NofaL kental tak kembung perut)

Sekarang bila pump susu and tak keluar banyak, aku akan sedih. Sedih gila dohh, lagipun Nofal dah terbiasa direct breastfeeding. Bila dengan aku dia tak nak hisap botol, even susu perah pun. Mula-mula dulu memang la aku rasa, ''susah lah baby nak susu nak bagi kat mana. Alahh nak berjalan susah lah nak menyusu baby nanti orang tengok''. (maklum lah bebudak lagi) Sekarang aku dah terbiasa dan aku bangga dapat breastfeeding NofaL.

Bila aku terjumpa sesiapa yang ada baby, aku akan buat-buat tanya , ''baby susu ape ?'' dengan perasaan '' tanya la aku balik '' hahaha (nak bangga sebab mampu bagi susu badan) Aku bukan lah nak riak tapi cuma nak share je kan, tak salah kan ??