Monday 14 November 2016

Huggies vs Drypers vs Genki vs Petpet

Assalamualikum dan hai !

Bagi aku mana-mana pampers pun okey. Sebab anak aku dak Opal dia tak ada masalah dengan pampers. Masa dia baby mungkin lah ada sikit. Masa tu MIL rekemen aku pampers Fitti. Sejak Opal lahir memang aku bagi dia pakai pampers Drypers. Disebabkan Drypers pricey dia suruh aku pakai Fitti lagi pun Fitti murah. Bak kata orang, baby memang kerap berak dan kencing so pakaikan jer pampers murah so tak lah terasa nak membeli bulan-bulan. (maksudnya boleh berjimat)

Tapi masa permehatian aku, Opal pakai Drypers elok je bila aku terlupa nak tukar lampin or tak teringat nak tukar lampin dia bila dah penuh. Maklum lah masa aku dalam pantang, aku masih lagi impikan tidur yang lena. Tu yang terleka dengan alunan mimpi. Bila aku tukar ke Fitti, bahagian bird-bird dengan pungung dia merah-merah. MIL memang dah belikan aku droplene seblum beranak ritu. So, droplene lah penyelamat aku. Aku memang tak suka branf Fitti tu. Tapi disebabkan MIL aku ikutkan jela cakap dia. Then bila keadaan Opal macam tu, aku tak bagi dah husben beli pampers brand Fitti. Aku pakai dalam 2 bulan camtu lah. Pakai Drypers balik. Lagipun aku tak bape nak suka material Fitti. Dia jenis plastik.

Bila Opal dah pandai merangkak, dalam 9 ke 10 bulan camtu. Dia dah mula lasak. Memang berdrama aku nak pakaikan dia pampers jenis lekat tu. So, aku request kat husben beli pampers jenis pants. Husben setuju. Masa tu aku dengan husben pergi pasaraya Family Store, dia nampak brand Huggies twinpack macam ada offer terus kitarang beli. Sejak dari tu, aku memang pengguna Huggies.

Bagi aku yang baru bergelar ibu ni, aku kosong dalam bab-bab gini. Aku ingat Huggies mahal dan dia brand yang terbaik dari Drypers. Tapi sejak guna Huggies, bila opal berak jenis tak berketul mesti bocor. Aku tak perasan sangat benda ni. Sebab aku tak pernah tukar ke brand lain, disebabkan dia pakai pants  bagi aku normal lah. Bila dia bangun pagi, if pampers dia berat, kadang-kadang tu bocor jugak bila aku dukung dia.


Masa aku pergi baby fair kt MITC haritu, husben beli Drypers jenis pants. Dia cakap, alang-alang dah ada ni, beli jela. Lagipun kalau pampers dekat baby fair memang murah. So pemerhatian aku, takda pulak kes bocor or nipis macam yang diwar-warkan sebelum ni. Bagi aku Drypers dengan Huggies, Drypers lagi tebal dan tak bocor macam Huggies sebelum ni. Yes ! Drypers tebal okay. Yang kes nipis tu aku rasa dorang dah betulkan balik. So uols tak payah percaya cakap-cakap orang yang mengatakan Drypers nipis lah ape lah. 


Baru-baru ni pampers Opal dah nak habes, so aku dengan husben pergi beli pampers dia. Kali ni aku request kat husben nak beli brand Petpet. Dia tanya, bukan Opal pakai Drypers ke ?? Aku jawab nak try Petpet. Dia pun okey jer. So, aku bandingkan Petpet dengan Drypers. Finally terbukti, Petpet lebih nipis dari Drypers. Seriously memang nipis !! Haritu, member aku bagitahu yang dia nak beli pampers untuk anak dia yang bakal lahir nanti brand Petpet. Dia kata, Drypers nipis sebab tu dia nak beli Petpet. Dia dengar ramai ibu-ibu cakap macamtu. Nampaknya dia mudah sangat terpengaruh. Heh 😎 Bagi aku tengok gambar pun boleh tahu yang mana nipis dan tebal. 


Last week aku ada email untuk dapatkan free sample pampers untuk brand Genki !. Dah dapat and dah try pun. Genki ! lebih kurang Huggies ketebalan dia. Tebal dari Petpet tapi nipis sikit dari Drypers. So far, brand Genki ni okey. Material sama macam Drypers dan Huggies. Cuma Petpet material dia seakan-akan plastik sikit but okeylah.




Kat sini aku boleh buat kesimpulan. Drypers adalah pemenang antara semua. Dari ketebalan, material dan tahap kebocoran. 

1. Drypers

2. Genki !

3. Huggies

4. Petpet


Kalau uols nak lebih details boleh follow instagram tyaadnan wife Shukri Yahaya. Dia ada buat video lebih details pasal kesemua brand pampers. Tesco Love pun ada. Aku memang tak minat Tesco Love tu. lagipun tyaadnan cakap material Tesco Love tak bagus.




Tuesday 8 November 2016

Business Card - Pixajoy !

Assalamualaikum dan hai !

Uols pernah dengar tentang pixajoy ? Pixajoy adalah website yang menawarkan perkhidmatan pencetakan. Sekarang uols boleh sign up dan dapatkan business card dengan percuma (postage kena bayar ye) Ye, PERCUMA. Kenapa aku bersungguh-sungguh kata percuma sebab aku dah try dan dah dapat pun. Bukan untuk aku tapi untuk husben. Sebab aku takda produk or tak berapa nak active pergi event. So tak berapa nak sesuai untuk aku ada business card. Lagipun husben aku memang menawarkan perkhidmatan pendawaian untuk rumah baru atau perkhidmatan yang berkaitan dengan elektrik. Why not, aku cuba dapatkan untuk husben aku. Free kan?

First uolsclick → pixajoy ni. Kemudian pergi ke product lepas tu cari perkataan name card-new.  Bila dah jumpa click name card-new tu akan keluar banyak pilihan name card. Untu business, spa, parent card dan macam-macam lagi. So aku pilih bahagian Business - Farve Fun.



Lepas pilih-pilih korang click dekat CREATE FREE 1 SIDE DESIGN


Uols kena sign up dulu ye. Nanti ikot jer step yang dia suruh. InshaAllah senang. 



Tadaaa ! siap sudah. Seingat aku, aku buat hari selasa macam tu. sabtu dapat dah. Cepat kan ? Lagipun pixajoy ni menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah. Ishhh kenapa lah masa birthday Opal dulu aku tak kenal pixajoy ni. Mesti dapat buat kad dan sticker birthday dia.

Wednesday 2 November 2016

Shopping Di Onniso !

Assalamualaikum dan hai !


Semalam aku baru update enty pasal Onniso. Aku beli barang mainan untuk Opal. Harini dah sampai barang yang aku oder. Alhamdulillah cepat sungguh service dorang. Dorang pos guna Gdex. Aku ingat lagi 2-3 hari or mungkin seminggu. Well murah kan, mesti barang oversea.







Sangat puas hati dengan barang dioder dengan barang yang sampai. InshaAllah aku akan repeat oder lagi. Wuhuuuu ! Tak sabar nak tunjuk Opal. 


Tuesday 1 November 2016

Semua Item Bawah RM10 ! Huh, Tak Percaya ??

Assalamulaikum dan hai !

Wahhh semua item bawah RM 10 ? Betul ke ni ?

Betul gais, aku sendiri dah shopping barang mainan untuk Opal. Onniso  adalah website yang menjual barangan permainan kanak-kanak berharga serendah RM 10. Aku yang dah bergelar mak orang ni memang teruja bebenau lerr. Murah kot. Lagi-lagi minggu gaji ni, memang aku borong lah untuk Opal. Kalau kita berbelanja sebanyak RM 50 keatas akan diberikan caj penghantaran percuma. Berbaloi tak ? Bagi aku memang sangat berbaloi. Bayangkan lah dengan berbelanja RM 50 macam-macam uols akan dapat, sebab harga setiap barang murah sangat !!!








Mommies semua jangan rambang mata pulak okeyyh ! Barang-barang yang aku shopping untuk Opal ada 3 barang. Kenapa 3 ? Sikit je kan ? 

Opal baru setahun jagung. Ada yang sesuai dan ada jugak mainan yang tak sesuai umur Opal. Jadi aku kena lah bijak buat pemilihan supaya barang yang aku beli nanti berfaedah untuk dia dan tak membazir. Maklum lah sekarang kegawatan ekonomi. Kos sara hidup makin tinggi. 

Yang pertama : -


Korang mesti pernah tengok kan? Benda ni zaman aku budak-budak pun masih wujud lagi. Aku sendiri suka main benda ni. Lepas tulis or lukis boleh padam dengan sekelip mata jer. Bagi aku elok lah aku beli untuk Opal. Sebab tiap kali check-up, nurse dekat KK akan try bagi dia pen dan kertas. Nurse suruh aku dedahkan dia dengan alat tulis nsupaya boleh tengok perkembangan dia. Aku bagi tapi dia tak conteng kertas, dia conteng kaki dia. Cantik sangat dia buat art kat kaki dia taw !! Hahah 

Yang kedua :-


Aku tak payah terangkan pun uols tahu kan ni apa. Aku saje jer beli sebab setiap petang aku akan bawak Opal untuk jalan-jalan. So, sambil jalan sambil main buih sabun. Wahhh bonda bonding sangat. Kihkihkih ! Lagipun masa aku pergi Festival Food kelmarin, Opal dok kejar-kejar belon yang budak kat situ main. bila aku tanya nak ? Dia angguk kepala tapi masa tu dah nak balik, penjual belon tu pun aku tak nampak kat mana. 

Yang ketiga :-


Kenapa aku beli jam ? Opal kan setahun jagung. nombor pun tak kenal lagi ? Hahaha, bukan suruh dia tengok nombor sebenarnya. Dia suka sangat tengok jam apaknya. Bila apaknya bagi pakai, wahh bukan main dia bergaya dengan jam apaknya. Sayang jam apaknya besar dan longgar kejap-kejap tertanggal. Penat apaknya nak sarung balik. So belikan lah dia 1. Lagipun memang murah, sebab tu aku rasa sangat berbaloi. 

Macam biasa kalau pembelian bawah RM 50 akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM8. Total barang aku RM 21.30 + RM8 = RM 29.30. Wahhh jimatnya. Dapat 3 barang dengan serendah RM 30 jer. 

Minimum pembelian adalah sebanyak RM 20. 


Selamat membeli belah --- Anniso


Monday 31 October 2016

Thai Food Festival MITC, Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Aku sebenarnya bukan lah food hunter tapi biasalah aku  ni kalau bab makan memang tak boleh dipisahkan. Sekarang MITC tengah buat Thai Food Festival.




 Makin berbuak-buak lah hati ini nak pergi. Tak nak ketinggal lah kata kau ! Aku cadang dengan husben nak pergi jumaat lepas tapi disebabkan jumaat tu husben kena hantar kereta adiknya ke rumah kawan dan aku kena bankin duit terpaksa lah aku tunggu berjam-jam lamanya untuk tunggu giliran. Jadi plan untuk pewrgi hari jumaat ut dibatalkan. Sadiss betol !

Husben janji nak bawak hari ahad nanti kalau kerja habis awal. Bila tiba hari sabtu, aku merajuk dengan husben sebab henpon aku button tengah tu tak boleh tekan. So, cara dia nak pujuk aku dengan ajak aku pergi Thai Food Festival tu malam sabtu tu jugak. Kebetulan memang dia balik kerja awal. Dia takut ahad nanti tak sempat pergi. Tapi aku tak berapa nak eksaited lah, sebab henpon aku tengah rosak. Mood semua dah lari jauh ke laut ! Husben paksa-paksa suruh pergi, aku dengan berat hati pun pergi. Memang takda mood lansung masa dalam perjalanan tu.

Selepas 1 jam perjalan ke MITC. Akhirnya aku sampai ke destinasi. Macam biasalah parking memang susah. Terpaksa parking tepi-tepi jalan. Bila sampai aku macam teruja sikit lah (mood baru sampai).











Terliur ?? Sedap ?? Mestilah kan dalam gambar semua nampak sedap ! Hahah. Meh sini aku citer sikit. Sampai-sampai jer, aku tengok ramai orang. Masuk-masuk jer khemah dah terasa bahangnya. Entah macam mana lah peniaga kat situ meniaga seharian. Lepastu husben tanya aku ''yang nak makan apa ?'' aku pun jawab "nanti dulu lah, kita jalan dulu, ramai ni nak makan kena beratur. Cari yang tak ramai'' Husben nak beli air "jap abang beratur beli air jap, haus ni" -SETENGAH JAM KEMUDIAN- okey jom ! Setengah jam habis gitu hanya beratur untuk beli air balang je okeyh !

"Yang nak makan apa ?'' "Jap lah abang semua kena beratur ni, cari yang tak kena beratur" Pusing 2-3 kali dalm tu. "Dah lah yang nak makan beratur jela" "hurmmm okeylah." Husben pun decided nak makan benda panggang yang  dicucuk. 


Macam dalam gambar ni, suami beratur hampir 1 jam untuk dapatkan nya. Allah ramai sungguh yang nak beli. Aku tak tahulah, peniaga yang salah sebab tak prepare awal or pembeli yang ramai sangat. Sebatang RM3. Sedap sangat. Opal suka. Aku dan husben pun suka. Lepas beli ni, husben kata jom balik makan kat tempat lain. Kat sini nak makan, mau pukul 12 am baru dapat makan semua jenis makanan. Aku pun tak larat nak menunggu. Penat ooiii ! Tunggu jer ! 

So, aku decided pulak nak makan kat mana. Aku ajak husben makan kat Opocot Cafe alang-alang dah dekat dengan rumah. Nanti nak balik dah tak jauh. Lagipun masa nak balik dari festival tu dah hujan. Nasib aku balik awal, kalau tak mesti Opal kena hujan. 

Tak tahu lah apa nasib haritu, pegi festival dah lah ramai, pergi cafe ni pun ramai. Ohhh ! Lupa plak cuti Deepavali patut lah ramai semacam. Ngeee ~~

Masuk kedai memang takda meja, 10 minit jugak lah aku berdukung dak Opal sambil tunggu meja kosong. Finally dapat jugak meja. Aku oder char kueh teaw kerang sebab memang tengah teringin makan char kueh teaw dari minggu lepas, Husben pun oder yang sama, coz chicken chop yang dia oder tu takda. Yelahh, dah ramai-ramai kat kedai tu besar kemungkinan menu yang ada banyak sold out. Aku nak oder char kueh teaw soft shell pun takda. Takpa, next time boleh oder lagi. Lagipun not bad char kueh teaw dia. Rasa macam nak oder 2 pinggan. Bhahahaha! Tapi next time aku nak makan ni. 




Credit to Opocot Cafe 



Menarik bukan ?? Hahah 














Wednesday 26 October 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Assalamualaikum dan hai !


Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun mummy Azlinda Alin nak buat GA !!! Seronoknyaa. InshaAllah kalau ada rezeki, boleh memenangi  Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 !!! Bukan senang orang nak bagi free-free gitu jahh !



*Tujuan aku  memenangi hadiah GA ini adalah untuk diberikan kepada anak aku iaitu Amad Naufal Iman B. Ahmad Fuad (Opal) yang berumur 1 tahun 3 bulan. Opal belum pernah dibelikan hadiah seperti Play-Doh oleh aku mahupun husben. Motif utama aku adalah untuk lihat perkembangan dia semasa bermain dengan permainan seperti Play-Doh ni. Mampukah otak dia berhubung seiring dengan tumbesaran dia. Semoga ada rezeki Opal dalam GA by mummy Azlinda Alin ni.

Klik ----- SINI untuk maklumat lanjut ! Semoga berjaya !

Tamat ------ 7 November 2016




Thursday 20 October 2016

Scotts Emulsion VS Caliph Stage 1

Assalamualaikum dan hai !

Bila anak makin membesar, aku sebagai ibu sentiasa nak kan yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah sejak Opal lahir sampai lah setahun, dia memang jarang demam. Selsema tu kira biasa lah sebab budak-budak. Tapi belum sampai tahap kritikal. Selera makan Opal pun tak berapa sangat. Dia makan bila dia nak jer. Kadang 3-4 kali suap. Aku dah pelbagaikan menu, macam buatkan mee goreng, speggetti, mee sup, nasi goreng tapi tak menarik minat dia. Jadi aku nak cari produk yang boleh tambah selera makan Opal. Brand Appeton memang sinonim dengan tambah selera makan. Tapi aku tak bagi sebab takut Opal dah besar gemuk sebab terlebih selera makan.(contoh terdekat dah ada) So aku pilih Scotts Emulsion macam yang kawan-kawan aku rekemen.

Sebelum ni aku dah beli Scotts Emulsion perisa perisa orange. Belum sempat aku nak bagi, MIL aku kata scotts mengandungi lemak oink-oink! Hurmm hampa aku. Tapi husben aku kata, kalau ada lemak oink-oink takkan boleh tembusi pasaran. Kalau haram kenapa penjualannya masih diteruskan. Takpaa... alang-alang aku dah beli aku simpan kat rumah mama. Mama okey.


Walaupun Scotts aku simpan rumah mama. Aku belum pernah cuba bagi Opal rasa. Then aku beli Caliph stage 1 untuk bayi 7 bulan ke atas. 



Pada awalnya aku cuba untuk Opal dia macam tak nak buka mulut. Pesen ni memang dia ikut 100% perangai aku. Benda baru takut untuk cuba. Aku cuba calitkan cecair Caliph kat bibir dia. Dia rasa then buat aksi masam. Aku tak try, mungkin masam kot. Husben tanya Opal nak lagi ker? Opal mengangguk, aku kira dia sukakannya. Hati aku gembira sebab tak sia-sia lah aku beli dengan harga RM 39.90(sebotol) + RM6.00(postage). Esok hari aku bagi lagi Caliph pada Opal, dia lansung tak nak buka mulut walau sikit. Bila aku aku calitkan cecair Caliph, dia still tak nak. Sudahhhh ! Dia memang tak minat perasa Caliph. Aku stop 2-3 hari juga dari bagi dia. Sebab berdrama sangat masa nak suapkan dia.

Before ni aku balik rumah mama, masa tu aku teringat yang Scotts. Aku tanya Opal nak tak ? Macam biasa reaksinya angguk-angguk jer. Geleng-geleng memang tak reti lagi. Bila aku nak suap dia tak buka mulut tapi macam biasa aku calitkan kat bibir dia. Bila dia rasa, dia mula beri perhatian dekat sudu yang aku pegang. Dia tunjuk tandakan dia nak lagi. Bila aku kata buka mulut. Cepat-cepat dia buka mulut. Aku tanya nak lagi ? Dia angguk, tapi aku tak bagi. Hahah Opal kena tipu !

Esok nya aku cuba bagi Scotts pada Opal. First aku tanya Opal nak tak sambil tunjuk botol Scotts dia cepat-cepat datang ke arah aku. Bila aku suruh buka mulut dia cepat-cepat buka. Then dia tunjuk tanda nak lagi. So aku dapat rumuskan dia memang suka perisa orange Scotts dari Mix Berry Caliph. 

Bila dekat rumah MIL aku test  tunjuk Caliph. Dia awal-awal dah buka mulut. Bila aku suap cecair Caliph dia macam luek balik. Kesian Opal mungkin dia ingat aku suap dia Scotts. Aku dalam dilema, aku memang tinggal bersama mertua. MIL tak bagi aku bagi Scotts pada Opal, tapi dia suka Scotts. Opal tak minat Caliph. 

Bagaimana aku nak bagitahu pada MIL yang Opal suka Scotts ?? 



Wednesday 19 October 2016

Hadiah Buds Smoothing Organics Dari Karangkraft

Assalamualaikum dan hai !

Awal tahun dulu aku ada join contest dari karangkraft iaitu majalah Pa&Ma untuk ruang konsi idea. Aku takkan join kalau tak dapat hadiah. Heheh. So aku kongsikan kisah lucu aku masa Opal kena tahan nursery dulu.


Then aku pun dapat feedback yang cerita aku ni terpilih untuk disiarkan dalam Pa&Ma edisi April. 


Bila terpilih, aku pun eksaited lah kan nak dapatkan hadiah tu. Lama juga lah aku tunggu. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba gituu. So aku ingat harapan aku hanya tinggal harapan. Aku pun tak berharap sangat nak dapatkan hadiah tu. Semalam masa aku balik rehat rumah mama. Aku ternampak bungkusan colour purple. Aku tengok, ehhh dari karangkraft !! Teruja mak nak. Tapi geram lah sebab takda siapa pun telepon aku bagitahu aku ada dapat parcel. Cisss !


Kemek-kemek sikit. Biasalah kalau dah dipos. Abam-abam posmen takdak masa nak jaga barang hampa nahh. 



Sampai-sampai jer rumah. MIL aku tanya, ''beli ke ?'' Aku jawab "takda lah, hadiah yang majalah Pa&Ma tu" MIL aku jawab "dah bertahun dah, baru dapat" Hahaha (eceli mak, belum cukup setahun lagi) Okeylah dapat dari tak dapat kan even lambat sikiiiiiiittttttttttt jerrrrrrrrrrr. Terima kasih Karangkrat !!! Muahhhh !

Tuesday 18 October 2016

Datin Dah Kurus Uols !

Assalamualaikum dan hai !

Hari tu aku pergi orang kahwin dekat seremban. Macam biasa la uols kalau jumpa sedara yang dah lama tak ketemu ni, ayat paling common yang aku akan dengar adalah "eh ... ke tu ? lain eh sekarang, dulu kurus jer'' "eh, .. ke tu ? gemuk dah eh sekarang'' dan aku macam biasa lah ayat jaga hati sendiri "biasalah dah ada anak" "biasalah dah kahwin" Sedihhh baq hang !

Macam biasalah aku akan selfie then upload kat instagram. Tapi ada orang komen aku dah kurus ! Perghh berbunga hati aku dengar. Betul ehh, aku tak tipu or nak sedapkan hati taw !


Hahaha jangan kecam datin okey. Walaupun sorang jer yang komen tapi hati aku berbunga okehh. Well, memang sebelum ni ramai yang cakap aku gemuk. Aku tak kesah pun, gemuk or kurus yang penting aku bahagia. Cuma kebelakangan ni aku kurang makan. Bukan diet, tapi selera tu dah kurang mungkin sebab penat dek kerja.

Sekarang pulak Opal dah makin aktif sebab dah pandai jalan. Semakin kurus lah aku sebab penat kejarkan dia. Bila siap mandi, nak pakai kan pampers dan baju aku kena berlari-lari untuk dapatkan dia. Semputt mak nak diabuatnya.

Banyak baju sebelum pregnant aku tak boleh pakai lagi. Aku memang ada azam nak kurus dan diet tapi tak boleh, husben selalu jadi hasutan yang paling kuat. Time aku kata nak diet time tula dia nk berlanja makan sedap-sedap. Tak aciii betul.

Tapi kalau betul-betul nak langsing lepas beranak, uols boleh amalkan minum jus kunyit dari akak Nur Azreen Ali (fesbuk) Sebelum ni pun aku dah amalkan. Alhamdulillah, kan dah kurus sikit tu. Kihkih






Monday 17 October 2016

Tempat Makan Best Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog. Ini kerana ketandusan idea, idea dan kesibukkan melayan suami dan anak. Omaigod ! Anak baru seorang tapi kesibukkan aku mengalahkan makcik anak sepuluh ! Hahah.Ini baru anak sorang belum 3,4,5 lagi ! Maklumlah anak lelaki memang sifat agak buas sikit.

Dulu masa pregnant aku memang kuat makan. Uols jangan tak tahu, aku naik 90kg masa pregnantkan Opal dulu. Sampai kena checkup 2 minggu sekali untuk pantau berat badan aku okey. Ini semua sebab makanan kat melaka best-best. Jangan orang post kat pesbuk lah. Mesti aku merengek kat husben. Aku share senang nanti aku or uols boleh buat panduan untuk nak makan kat mana. Aku pun belum try tapi nak masukkan dalam list.

1. Mee Besen Ori Melaka
    No, 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun, 75200 Melaka.
   

Mee besen ni, sebenarnya mee soup biasa jer tapi kelainan dia just dihidangkan dalam besen. Tapi aku tertarik dengan dia punya checken chop. Dulu tak silap aku Mee Besen ni konsep vendor. Mungkin dapat sambutan dia dah ada kedai sendiri. 

  No 41, Jalan TU 49A, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.
  

Yang ni aku selalu lalu depan kedai dia. Tapi tak pernah plak singgah. Bila husben tanya makan kat mana aku jadi blur. Blank terus pale otak ni. Next time boleh suggestkan husben kat sini.

    No.39, Jalan TU41, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
    

Chaq Corner ni selalu jugak frenlist pesbuk aku post. Bab western aku tak bape minat kedai ni tapi bab char kueh teaw dia ni ha. Bukan main meriah aku tengok. Hari tu dah nak try dah kat sini tapi masa balik dari shopping jauh plak dengan Ayer Keroh, so the end nya tak dapat lah merasa.

    Taman Krubong Perdana
    

Kedai ni dekat dah dengan rumah mama aku. Kedai ni aku rasa baru dengar. Mungkin baru bukak kot. Boleh lah ajak husben makan kalau balik rumah mama. 

    No.89 Jalan KL 3/8, Kota Laksaman Seksyen 3, 7500 Melaka.
    

Asyik belanja makan jer, ni aku berlanja dessert pulak. Yang ni konsep sama macam bigbowl ice. Yang bigbowl ice aku pernah cuba, yang ni belum lagi. Dah request dah kat husben tapi masa nak g makan tu, aku request makan nasi pulak. So tak merasa lagi. Sedihhh !


Buat masa ni. Ini jer yang aku dapat list kan. Semua sedap-sedap. Tak sabar nak makan. Auuum !

Tuesday 4 October 2016

Cabaran 5 Hari Deeja Cosmetic Beauty

Assalalmualikum dan hai !

Hari tu aku ada update pasal Set Deeja Cosmetic kan ? Tapi masa tu hanya 3 hari. So hari ni aku update lepas 5 hari penggunaan Deeja Cosmetic ni. Memang sebenarnya cabaran dia 5 hari. Tapi masa tu aku ter~update awal plak. Heheh

Selama 5 hari aku konsisten dengan penggunaan set Deeja ni. Well hari semakin hari aku boleh nampak perubahannya. Masalah kulit berminyak pada wajah aku memang ketara sekali. Selalunya bila dah tengahari kulit aku akan mula berminyak bils aku berpeluh. Bahagian pipi yang selalu aku perasan. Lepas aku guna sabun pembersih wajah dari Set Deeja Cosmetic ni, aku dah tak rasa kulit aku berminyak. Sebelum pergi kerja, pagi masa mandi aku akan cuci muka aku dengan sabun pembersih tu. Lepas tu baru sapi krim siang. Lagipun aku bukannya bermekap kalau pergi kerja. Al maklumlah kerja biasa-biasa jaaa. Tak perlu bermekap bagai.

Selain kawalan minyak, kulit aku makin flawless dari dulu. Dulu asal bergambar jer mesti nak ada filter. Sekarang aku lebih yakin tanpa filter. Aku suka dengan keaadan muka aku yang sekarang.



Untuk penilaian uols aku dah sediakan gambar.  Tempat sama, waktu yang sama(pagi-pagi nak pergi kerja) no filter (oroginal camera) bukan 360 taw ! Tiada matahari yang boleh nampak putih berseri-seri !!

Ini dari pemerhatian aku

* Gambar belah kanan nampak lagi putih sikit, berbanding kiri. Kiri nampak macam kuning langsat.

* Belah kanan nampak lebih flawless

* Lingkaran bawah mata  tak ada

* Jerawat / jeragat tak ada. Nak beranak pinak pun tak berani

Set Deeja Cosmetic memang best ! Aku takda alahan lansung. FYI kulit aku dah nipis mungkin keran pakai krim herba natasya dulu. Krim tu dulu menghakis kulit aku. Sebab tu bila kena panas kulit aku cepat terbakar dan merah-merah.

Dulu masa mula-mula aku guna krim herba tu, kesan sampingan dari product tu ialah kulit aku terkopek-kopek. Bila aku tanya orang, rata-rata jawab sebab dia buang kulit mati. Kulit aku macam kering. If lepas mandi kulit aku akan okey sebab lembap. Bila dah lama sikit sekeling bibir aku nampak macam ade air liur basi. Tapi rupanya kulit yang tengah mengelupas.

Tapi sekarang aku tak ada masalah macamtu lagi. Sejak guna Deeja Cosmetic ni. Sebab ia diperbuat dari bahan-bahan semula jadi. So tak ada masalah kulit kering, mengelupas or terbakar lagi.

So apa tunggu lagi Jom ! ! ! Dapatkan Set Deeja Cosmetic ni dengan harga RM85 sahaja

Facebook  : Intan Syahira Ramli (Trusted Seller Deeja Cosmetic, Milky Queen Whitening Booster, Susu Kambing 5 Jari dan The Best Roti Sarang Lebah & Tebuan)