Thursday 24 March 2016

Pengalaman Bercuti Dengan Anak 8 Bulan

Assalamualaikum dan hai .

Day 1- Destinasi yang pertama adalah Ulu Kinta, Ipoh. Masa ni aku naik 1 kereta dengan husben and opal . Pergi 2 buah kereta. Tapi MIL dengan yang lain naik kereta lain. Kalau nak kata selesa tak jugak sebab aku duduk depan sebelah driver pangku si opal. Mungkin ada yang anggap bawak anak kecik masa travel or jalan jauh jauh penat dan takut budak tak selesa. Tapi bagi aku opal seorang anak yang sangat behave. Sepanjang perjalanan nak ke Ipoh dia hanya tidur and bagun bila kitorang berhenti rehat or nak tek. 

Day 2- Aku dengan family pegi jenjalan kat Taman Rekreasi Gunung Lang. Kat sini best ada sediakan perkhidmatan naik bot pusing pusing tasik dengan bayaran Rm5 seorang. Bagi aku boleh lah sebab masa aku pergi sini aku bawak beberapa warga emas. So aktiviti yang tak berapa nak extrem sangat la. So aku, husben dan opal hanya menikmati keindahan alam dan tasik. 


Day 3 - Lepas jalan jalan dekat Ulu Kinta, aku dan family gerak ke Cameron plak. Dari Ulu Kinta aku lalu ikut Simpang Pulai. Macam biase dari gerak sampai la kat Cameron opal hanya tidur je and tek. Bertuah sungguh aku dikurniakan anak macam dia. Ni lah kali pertama sepanjang dia lahir aku bawak dia jalan jauh/travel. 

Day 4 - Aku dan family pon balik ke Melaka. Alhamdullah sepanjang perjalanan opal tak meragam lansung. Ni yang buatkan aku nak travel lagi bawak dia. Hihi