Wednesday 6 April 2016

Alhamdullilah . Babycot Untuk Opal ^_^

Assalamualaikum dan hai !

Akhirnya aku dah dapat jalan penyelesaian untuk tabiat dak opal yang suka nau main sorang-sorang bila dia terjaga tengah malam. Memang budak-budak bangun tengah malam. Tapi opal bukan biasa-biasa. Minat dia terhadap wayar sangat mendalam tau ! Ahaks!  Aku risau dia main wayar or gigit wayar lagi.

Finally, dak opal aku dapat kurung dia dalam katil ni. Hehehe^^. So bila dia bangun tengah malam, dia takkan main wayar or jatuh katil. Boleh lah aku menikmati tidur yang lena. Cuma leceh sikit la . If dia nak menyusu aku kena bangun dan angkat dia. Sebab sebelum ni if dia nak menyusu aku just selak baju. 

Dulu aku tak terpikir pun nak ada babycot untuk opal. Bagi aku benda tu cuma kehendak bukan keperluan opal. Tapi sekarang bagi aku babycot adalah keperluan sebab aku tidur mati. Tak sedar dak opal main wayar. Walaupun aku dah kepung dia dengan bantal. Dia still boleh mengembara tengah malam. 



Friday 1 April 2016

Dak Opal Suka Jalan Malam

Assalamualaikum dan hai !

Sebagai ibu, memang serasi dengan perkataan ''tak cukup tidur'' lagi-lagi macam aku seorang ibu, isteri yang berkerja. Waktu malam adalah waktu rehat tapi waktu malam lah dak Opal suka buat projek. Aku tak tahu lah, bila aku alert dengan Opal. Dia jatuh katil dia menangis. Tapi bila aku tak alert macam tengah tidur dia turun dari katil tu tak tahu macam mana. 1 bunyi pun aku tak dengar. Then bila aku terjaga tengok-tengok dia tengah gigit wayar kipas. Seram baq hang!

Mungkin dulu, dia gigit tak bahaya sangat (tapi tetap bahaya). Sekarang lagi bahaya kalau aku selalu tak sedar tengah-tengah malam. Sebab dia dah ada gigit sebatang kot ! Bukan sekali masuk ni dah 3 kali dia turun dari katil sendiri lepastu main wayar. Allah berderau jantung mak nakk ! Aku dengan hasben memang tidur 1 katil dengan opal. Disebabkan sempit mungkin opal cari jalan penyelesaian dengan turun main sorang-sorang tengah malam.

Jadi aku buat kira-kira dan jalan penyelesaian dengan keputusan untuk beli katil baby. Aku dah survey paling murah untuk barang preloved jenis kayu dalam RM200-300. Aku cari yang murah-murah jer. Sebab aku tak tahu perangai dak Opal. Andai kata aku beli Rm400-RM500 dia tak nak tidur dalam tu acaner ? Takkan aku nak duk tepi pintu sambil nanges sorang-sorang kot ?

Aku minat jenis katil kayu warna putih. Buat masa sekarang memang aku survey jenis yang boleh laras. Senang untuk aku letak sebelah katil nanti. Sebang Opal masih susu badan waktu malam. Alhamdullah susu badan aku masih ada untuk dia.  Dulu masa dia belum lahir. Aku tak terpikir pon nak beli. Sebab memang dia tak dikhas kan bilik sendiri. Maklum lah aku ni duduk rumah mertua. bilik pun cukup-cukup untuk family belah hasben. Tapi kalau rumah aku sendiri memang akan dikhas kan dia untuk bilik sendiri.



Ni contoh katil yang aku dah survey ritu. Aku dapat dalam RM200 untuk katil sahaja. Insha Allah aku akan DIY tilam dia. Lagipun MIL aku seorang yang kreatif. Dia pun boleh tolong DIY kan tilam tu nanti. Nanti aku dah gi amek, aku update kat blog.