Sunday 29 May 2016

Cendol Durian Kampung

Assalamualaikum dan hai ! 

 Sebelum ni aku request kat husben cakap nak makan durian. Dia bagi tapi tunggu musim durian lah. Sebab sekarang bukan musim dia. Ko rase?? Kalau bukan musim harga boleh meninggal deknoonn ! Bukan nak berkira lah bab makan. Husben jenis tak kisah kalau aku yang nak makan. Tapi aku sendiri rasa tak berbaloi kalau sebiji harga boleh cecah RM50++. Untuk aku sorang jer, husben pulak tak makan durian. Durian jenis besar. 

So, aku amik keputusan nak makan cendol durian. Seulas dua pun cukup lah. Husben pun kata okey boleh.

Masa wedding cousin aku kat area tehel hari sabtu ritu aku ajak husben pergi kedai Ultraz Cafe. Cafe ni terletak dekat tambak so dekat lah dengan rumah sedara aku tu. Memang kat cafe jual cendol + durian. Macam-macam pilihan. Ade cendol + durian crepe / isi durian / durian kampung / D24. Yang aku rambang mata cendol + durian kampung  dengan D24. Dedua nampak sedap. So aku amek durian kampung. 



Ada la dalam 4 ulas durian dalam tu. Hurm durian dia macam biase lah rase durian. Okey lah kalau 4 ulas tu dengan harga RM10. Kalau D24 RM15 tapi tak tahu berapa ulas. Semua okey cuma ais dia jer tak berapa nak okey lah. Sebab sikit sangat. Rase air jer tak rase ais. Bagi pendapat aku lah. Dengan cuaca panas sekarang mungkin boleh lebihkan ais. Dia guna ais kisar bukan ais batu ketul tu. Mungkin ni first and last aku try cendol Ultraz Cafe. 

Friday 27 May 2016

Planning Birthday Opal Yang Pertama

Assalamualaikum dan hai !

Kali ni memang aku plan nak buat birthday party dak Opal. Cadangan pun aku dah usulkan kat husben dan MIL. Dorang pun setuju nak buat. Mulanya memang aku plan nak buat kecik-kecik jer sebab nak jemput saudara-mara dan kawan-kawan yang terdekat jer. Tapi adik ipar aku nak bertunang plak lepas raya. Lagipun birthday Opal 14 haribulan 7 iaitu lepas raya. So aku cadangkan buat sekali je majlis tunang + birthday party Opal.


Sebelum dapat tahu yang nak sekalikan majlis. Aku dah plan nak buat tema "mandi-manda". Tema ni memang sesuai untuk budak-budak. Siapa tak suka air kan ?? Lagi pun Opal memang suka main air masa dia mandi. Sebab tu aku pilih tema ni. Aku dah siap survey nak beli kolam budak-budak yang besar tu. Yela sementara nak tunggu potong kek and tetamu datang. Anak-anak dorang boleh mandi dalam kolam tu. Siap ada ball yang warna warni tu lagi. Wow !! bestnya.



Ini contoh kolam yang aku nak beli tu.

Lepastu aku dah set dah. Sesiapa yang nak datang bawak anak masing-masing boleh lah datang dengan berpakaian nak pergi mandi laut. Hehehe sebab memang akan dikhaskan kolam untuk mandi. Dan aku pun mungkin akan join sekali. Hehehe (mungkin lah)

Bahagian kek and decoration plak. Aku dapat banyak sangat ideas. Contoh nya macam ni 


Disebabkan air itu biru dan Opal boy, so tema akan jadi kaler biru.




Yang ni cantik jugak. Budak-budak pon mesti suka sebab ade cupcake



Banyak sangat yang cantik-cantik. Aku rase macam nak tempah jer tapi disebabkan Opal dulu masa akikah aku buat sekor jer kambing aku rasa macam nak buat lagi sekor jeer untuk diakikahkan. Lepastu bagi tetamu makan. Jadi takut lari bajet. Bahagian decoration aku nak diy jer. Yang aku tempah just kek & kambing golek jela. Lagipun memang aku niat nak hadiahkan dia kereta BMW.
  


Amacam cantik tak ? heheh