Tuesday 26 July 2016

Birthday Party Naufal - Superman

Assalamualaikum dan hai ! 

Alhamdullilah, selesai akhirnya parti hari jadi Opal. Masa ni aku buat sekali dengan majlis tunang adik ipar aku. So banyak dah save dekat situ. Jemputan aku hanya kawan-kawan dengan saudara mara yang terdekat. Lagipun mak mertua aku nak buat majlis tertutup je. Antara kita dan saudara-saudara terdekat. Part aku lepas adik ipar sarung cincin then belah lelaki dijamu. Masa tu la aku potong kek Naufal. Simple je, takde nyanyi or tiup lilin. Just senyum-senyum sambil potong kek. Maklum lah aku ni pemalu. Hikhikhik 😂😂

Kebanyakkam deco majlis ni aku DIY jer. Walaupun boleh tempah je nak tempah candy booth. Kadang-kadang harga yang dorang tawarkan tu tak masuk akal. Aku pernah survey belon helium yang bulat tu dekat online. 1 biji belon helium gas sahaja RM3-3.50. Belum masuk caj penghantaran lagi. Tapi bila aku pergi survey dekat kedai yang memang sediakan keperluan parti, 1 biji belon cuma RM2.50. Jauh gila beza yang dorang tawarkan. Sama juga, dah siap amek sendiri. Nasib aku tak oder online.
 
Tema untuk majlis Opal aku pilih superman

Belon helium gas tu aku oder 10 biji. Ingatkan nk susun selang seli biru merah, tapi aku buat majlis malam. So angin kuat sikit masa tu then belon tak statik. Penyelesaiannya tu yang segumpal belon macam tu. Gift untuk budak-budak pun aku diy je. Memang aku plan nak bagi dalam paper beg coklat lepastu lekat gambar superman. Tapi husben tak bagi. Dia cakap tak senonoh. Hurmm, bagi aku oke jer sebab memang trend. Kek aku tempah memang design sendiri. Lagipun kek ni simple dan cantik. Ramai  juga pm aku tanya pasal kek. Mungkin sebab cantik kot. Hikhikhik. Jangan perasan oiii, dorang pm sebab nak tanya harga je pun. 

 


Kek ni dalam dia kek pelangi. Ramai cakap sedap. Alhamdullilah tak salah aku pilih. Lagipun murah pun murah. Yela 2 tingkat kannn. Mesti lebih kurang RM200++ tambahan plak kek aku campur sikit dengan fondant. Tapi aku dapat kurang dari RM 150. Disebabkan husben bagi aku peruntukan untuk kek RM200. Aku tambah 20 biji cupcakes. Boleh buat deco-deco atas meja tu. 

Masa nak potong kek ni aku lupa yang biras aku ada belikan pop yang keluar kertas warna warni tu. Tak tahu la apa namanya. Heheh aku hentam je panggil pop. Lepas semua pihak lelaki balik. Tinggal saudara mara je. Aku pun keluarkn pop tu. Terkejut jugak masa tekan button dia. Sebab bunyi dia kuat. 

Cantik jugak hasilnya. Memang masa ni Opal macam blur-blur tak tahu apa. Makpak dia yang over. Hahaha. Kek pun dah tinggal setengah baru lorat nak pop-pop. Hahah. So sekarang aku belanja gambar jela. Sebab cerita pun dah habis. Alhamdullilah, esoknya ahad. Aku cuti dapat lah rehat sekejap sebelum berkemas. 

Kiri sekali biras iaitu isteri kepada abang husben. Kanan pulak bakal biras. Tunang kepada adik husben.

Opal terpaksa berdikari sementara inu sedang asyik melayan tetamu. 

Tudung merah tulah adik ipar yang bertunang. Nampak pelamin tu? DIY tu. 

Keluarga kecik, inshaAllah tahun depan Opal dan adik pulak. Hahah










Thursday 14 July 2016

Selamat Hari Lahir Sayang ^^

Assalamualaikum dan hai !


Hari ni genap lah setahun usia Ahmad Naufal Iman Bin Ahmad Fuad iaitu permata, intan payung, gunung meletop aku tu. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka aku secepat ini dia membesar. Pejam celik pejam celik dah setahun dak Opal.

Tahun lepas masa ni aku tengah tunggu husben datang hantar makanan. Al maklum ler aku ceaser tu tak makan maknan sebarangan. Tapi dekat government hospital dia bagi jer orang bersalin makan ayam. Tak kira lah normal or ceaser. Tapi masa tu aku tak berani lak nak makan. Even akak katil sebelah aku bersalin normal elok jer dia makan. Mungkin lain orang lain kepercayaan.


Allah rindunya nak bersalin lagi. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi dibayangi ketakutan. Aku tak reti teran even laluan dah bukak 9cm. Sampai hari ni aku terkilan sangat-sangat. Kalau lah aku dapat putarkan masa. Aku nak sangat bersalin normal. Aku tak tahu apa salah aku masa tu. Doctor yang sambut baby aku tu cakap cara aku teran salah. Penat + sakit + mengantok + kena marah lagi, semua buat aku down sangat masa tu. Akhirnya aku ditolak untuk emergency ceaser. Alhamdullilah Opal lahir dengan selamat.

Sekarang aku tengah planing birthday dia. Hehe InshaAllah sabtu ni semua berjalan dengan lancar. Hadiah birthday dia yang aku idamkan pun dah dapat. Hehe. Kongsi-kongsi dari nenek ida, busu mira, paklong luqman, moyang nekpon.


Vrooom vroom !! BMW taw jangan main-main