Monday 14 November 2016

Huggies vs Drypers vs Genki vs Petpet

Assalamualikum dan hai !

Bagi aku mana-mana pampers pun okey. Sebab anak aku dak Opal dia tak ada masalah dengan pampers. Masa dia baby mungkin lah ada sikit. Masa tu MIL rekemen aku pampers Fitti. Sejak Opal lahir memang aku bagi dia pakai pampers Drypers. Disebabkan Drypers pricey dia suruh aku pakai Fitti lagi pun Fitti murah. Bak kata orang, baby memang kerap berak dan kencing so pakaikan jer pampers murah so tak lah terasa nak membeli bulan-bulan. (maksudnya boleh berjimat)

Tapi masa permehatian aku, Opal pakai Drypers elok je bila aku terlupa nak tukar lampin or tak teringat nak tukar lampin dia bila dah penuh. Maklum lah masa aku dalam pantang, aku masih lagi impikan tidur yang lena. Tu yang terleka dengan alunan mimpi. Bila aku tukar ke Fitti, bahagian bird-bird dengan pungung dia merah-merah. MIL memang dah belikan aku droplene seblum beranak ritu. So, droplene lah penyelamat aku. Aku memang tak suka branf Fitti tu. Tapi disebabkan MIL aku ikutkan jela cakap dia. Then bila keadaan Opal macam tu, aku tak bagi dah husben beli pampers brand Fitti. Aku pakai dalam 2 bulan camtu lah. Pakai Drypers balik. Lagipun aku tak bape nak suka material Fitti. Dia jenis plastik.

Bila Opal dah pandai merangkak, dalam 9 ke 10 bulan camtu. Dia dah mula lasak. Memang berdrama aku nak pakaikan dia pampers jenis lekat tu. So, aku request kat husben beli pampers jenis pants. Husben setuju. Masa tu aku dengan husben pergi pasaraya Family Store, dia nampak brand Huggies twinpack macam ada offer terus kitarang beli. Sejak dari tu, aku memang pengguna Huggies.

Bagi aku yang baru bergelar ibu ni, aku kosong dalam bab-bab gini. Aku ingat Huggies mahal dan dia brand yang terbaik dari Drypers. Tapi sejak guna Huggies, bila opal berak jenis tak berketul mesti bocor. Aku tak perasan sangat benda ni. Sebab aku tak pernah tukar ke brand lain, disebabkan dia pakai pants  bagi aku normal lah. Bila dia bangun pagi, if pampers dia berat, kadang-kadang tu bocor jugak bila aku dukung dia.


Masa aku pergi baby fair kt MITC haritu, husben beli Drypers jenis pants. Dia cakap, alang-alang dah ada ni, beli jela. Lagipun kalau pampers dekat baby fair memang murah. So pemerhatian aku, takda pulak kes bocor or nipis macam yang diwar-warkan sebelum ni. Bagi aku Drypers dengan Huggies, Drypers lagi tebal dan tak bocor macam Huggies sebelum ni. Yes ! Drypers tebal okay. Yang kes nipis tu aku rasa dorang dah betulkan balik. So uols tak payah percaya cakap-cakap orang yang mengatakan Drypers nipis lah ape lah. 


Baru-baru ni pampers Opal dah nak habes, so aku dengan husben pergi beli pampers dia. Kali ni aku request kat husben nak beli brand Petpet. Dia tanya, bukan Opal pakai Drypers ke ?? Aku jawab nak try Petpet. Dia pun okey jer. So, aku bandingkan Petpet dengan Drypers. Finally terbukti, Petpet lebih nipis dari Drypers. Seriously memang nipis !! Haritu, member aku bagitahu yang dia nak beli pampers untuk anak dia yang bakal lahir nanti brand Petpet. Dia kata, Drypers nipis sebab tu dia nak beli Petpet. Dia dengar ramai ibu-ibu cakap macamtu. Nampaknya dia mudah sangat terpengaruh. Heh 😎 Bagi aku tengok gambar pun boleh tahu yang mana nipis dan tebal. 


Last week aku ada email untuk dapatkan free sample pampers untuk brand Genki !. Dah dapat and dah try pun. Genki ! lebih kurang Huggies ketebalan dia. Tebal dari Petpet tapi nipis sikit dari Drypers. So far, brand Genki ni okey. Material sama macam Drypers dan Huggies. Cuma Petpet material dia seakan-akan plastik sikit but okeylah.




Kat sini aku boleh buat kesimpulan. Drypers adalah pemenang antara semua. Dari ketebalan, material dan tahap kebocoran. 

1. Drypers

2. Genki !

3. Huggies

4. Petpet


Kalau uols nak lebih details boleh follow instagram tyaadnan wife Shukri Yahaya. Dia ada buat video lebih details pasal kesemua brand pampers. Tesco Love pun ada. Aku memang tak minat Tesco Love tu. lagipun tyaadnan cakap material Tesco Love tak bagus.




Tuesday 8 November 2016

Business Card - Pixajoy !

Assalamualaikum dan hai !

Uols pernah dengar tentang pixajoy ? Pixajoy adalah website yang menawarkan perkhidmatan pencetakan. Sekarang uols boleh sign up dan dapatkan business card dengan percuma (postage kena bayar ye) Ye, PERCUMA. Kenapa aku bersungguh-sungguh kata percuma sebab aku dah try dan dah dapat pun. Bukan untuk aku tapi untuk husben. Sebab aku takda produk or tak berapa nak active pergi event. So tak berapa nak sesuai untuk aku ada business card. Lagipun husben aku memang menawarkan perkhidmatan pendawaian untuk rumah baru atau perkhidmatan yang berkaitan dengan elektrik. Why not, aku cuba dapatkan untuk husben aku. Free kan?

First uolsclick → pixajoy ni. Kemudian pergi ke product lepas tu cari perkataan name card-new.  Bila dah jumpa click name card-new tu akan keluar banyak pilihan name card. Untu business, spa, parent card dan macam-macam lagi. So aku pilih bahagian Business - Farve Fun.



Lepas pilih-pilih korang click dekat CREATE FREE 1 SIDE DESIGN


Uols kena sign up dulu ye. Nanti ikot jer step yang dia suruh. InshaAllah senang. 



Tadaaa ! siap sudah. Seingat aku, aku buat hari selasa macam tu. sabtu dapat dah. Cepat kan ? Lagipun pixajoy ni menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah. Ishhh kenapa lah masa birthday Opal dulu aku tak kenal pixajoy ni. Mesti dapat buat kad dan sticker birthday dia.

Wednesday 2 November 2016

Shopping Di Onniso !

Assalamualaikum dan hai !


Semalam aku baru update enty pasal Onniso. Aku beli barang mainan untuk Opal. Harini dah sampai barang yang aku oder. Alhamdulillah cepat sungguh service dorang. Dorang pos guna Gdex. Aku ingat lagi 2-3 hari or mungkin seminggu. Well murah kan, mesti barang oversea.







Sangat puas hati dengan barang dioder dengan barang yang sampai. InshaAllah aku akan repeat oder lagi. Wuhuuuu ! Tak sabar nak tunjuk Opal. 


Tuesday 1 November 2016

Semua Item Bawah RM10 ! Huh, Tak Percaya ??

Assalamulaikum dan hai !

Wahhh semua item bawah RM 10 ? Betul ke ni ?

Betul gais, aku sendiri dah shopping barang mainan untuk Opal. Onniso  adalah website yang menjual barangan permainan kanak-kanak berharga serendah RM 10. Aku yang dah bergelar mak orang ni memang teruja bebenau lerr. Murah kot. Lagi-lagi minggu gaji ni, memang aku borong lah untuk Opal. Kalau kita berbelanja sebanyak RM 50 keatas akan diberikan caj penghantaran percuma. Berbaloi tak ? Bagi aku memang sangat berbaloi. Bayangkan lah dengan berbelanja RM 50 macam-macam uols akan dapat, sebab harga setiap barang murah sangat !!!








Mommies semua jangan rambang mata pulak okeyyh ! Barang-barang yang aku shopping untuk Opal ada 3 barang. Kenapa 3 ? Sikit je kan ? 

Opal baru setahun jagung. Ada yang sesuai dan ada jugak mainan yang tak sesuai umur Opal. Jadi aku kena lah bijak buat pemilihan supaya barang yang aku beli nanti berfaedah untuk dia dan tak membazir. Maklum lah sekarang kegawatan ekonomi. Kos sara hidup makin tinggi. 

Yang pertama : -


Korang mesti pernah tengok kan? Benda ni zaman aku budak-budak pun masih wujud lagi. Aku sendiri suka main benda ni. Lepas tulis or lukis boleh padam dengan sekelip mata jer. Bagi aku elok lah aku beli untuk Opal. Sebab tiap kali check-up, nurse dekat KK akan try bagi dia pen dan kertas. Nurse suruh aku dedahkan dia dengan alat tulis nsupaya boleh tengok perkembangan dia. Aku bagi tapi dia tak conteng kertas, dia conteng kaki dia. Cantik sangat dia buat art kat kaki dia taw !! Hahah 

Yang kedua :-


Aku tak payah terangkan pun uols tahu kan ni apa. Aku saje jer beli sebab setiap petang aku akan bawak Opal untuk jalan-jalan. So, sambil jalan sambil main buih sabun. Wahhh bonda bonding sangat. Kihkihkih ! Lagipun masa aku pergi Festival Food kelmarin, Opal dok kejar-kejar belon yang budak kat situ main. bila aku tanya nak ? Dia angguk kepala tapi masa tu dah nak balik, penjual belon tu pun aku tak nampak kat mana. 

Yang ketiga :-


Kenapa aku beli jam ? Opal kan setahun jagung. nombor pun tak kenal lagi ? Hahaha, bukan suruh dia tengok nombor sebenarnya. Dia suka sangat tengok jam apaknya. Bila apaknya bagi pakai, wahh bukan main dia bergaya dengan jam apaknya. Sayang jam apaknya besar dan longgar kejap-kejap tertanggal. Penat apaknya nak sarung balik. So belikan lah dia 1. Lagipun memang murah, sebab tu aku rasa sangat berbaloi. 

Macam biasa kalau pembelian bawah RM 50 akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM8. Total barang aku RM 21.30 + RM8 = RM 29.30. Wahhh jimatnya. Dapat 3 barang dengan serendah RM 30 jer. 

Minimum pembelian adalah sebanyak RM 20. 


Selamat membeli belah --- Anniso