Wednesday, 12 April 2017

Tak Period Tapi UPT Negatif

Assalamualaikum dan hai !

Lama rasanya aku tak buat entri baru. Kali ni aku nak kongsi sikit pasal masalah yang sedang aku hadapi. Kot-kot ada yang boleh membantu bagi tips dan nasihat ? Ekceli aku sepatunya dah datang bulan. Kalau ikot kalendar, jatuh pada 9 haribulan. Tapi hari ni dah 12 haribulan. Tapi haid aku sebenarnya tak tentu. Kadang-kadang awal. Tapi kadang-kadang lewat pada tarikh yang tak dijangka. Contohnya, bulan Januari aku datang haid 11 haribulan tapi bila bulan Febuari aku datang haid 6 haribulan. Last month bulan March 9 haribulan. So aku anggap bulan April ini haid aku 6-9 haribulan. Tapi sepatunya 9 haribulan la. Sebab aku guna Menstruation Calender. ↓


Ini tarikh aku datang haid bulan March


Ini pula tarikh harini. *kaler merah menandakan aku sepatutnya dah datang haid. Tapi aku still tak datang haid. *kaler hijau adalah waktu subur *manakala gambar baby tu menunjukan gender baby yang bakal kita dapat kalau bersama waktu itu. Aku tak pandai nak huraikan dalam bahasa sains. *biru adalah tarikh hari ini

Aku start download apps ni dari bulan lepas. So senang aku nak reminder tarikh aku datang haid sambil tu aku memang planning nak anak perempuan. So benda ni macam guide la bila tarikh yang sepatutnya bersama. Untuk yang buat family planning pun elok juga guna. Dia bagitahu bila waktu subur kita. Kalau nak diikutkan aku dah seminggu lah tak datang haid. So aku gelabah lah buat UPT. Lagipun UPT ni aku dah beli dari sebelum aku tahu yang aku lambat haid. Sebab murah tu yang aku beli. 1pcs RM1. Dia jual 10 pcs RM10 + RM6(postage). Masa anak pertama dulu, aku selalu beli dekat 7e. Mahal jugak lah. Belas-belas ringgit. Persoalannya sekarang lihat gambar di bawah


Aku dah buat UPT ni 3 kali. 7haribulan, 10 haribulan dan 12 haribulan iaitu harini. Kesemua nya adalah negative. Tapi kenapa, aku dah lewat haid kot. Masa preggy pertama dulu, lewat semggu aku check UPT still double line walaupun samar-samar. Aku tak pernah lambat haid sampai 12 haribulan. Ini lah kali pertama. Tapi symptoms preggy tu aku adalah rasa sikit macam sakit pinggang, tekak asyik nak makan (sebab aku sekarang on diet, so aku memang dah kurang makan sejak sebulan lalu, bulan ni jer over laparnya) lambat haid seperti sedia maklum. Penat, malas tu baru perasan. Aku sekarang memang malas buat kerja-kerja rumah tak macam selalu. Loya muntah memang takda. Tapi keinginan makan benda masam-masam tu ada. Tapi tak semua symptoms preggy tu melambang kan kita preggy. Perasaan seolah-olah kita hamil disebut sebagai ''Imaginary Pregnancy Systoms" IPS. Ianya bukan lah istilah perubatan tapi istilah mengambarkan perasaan tersebut.

Aku request dekat husben, kalau still tak period lagi minggu depan and UPT pun negative. Aku cadang nak pergi klinik sakit puan, and nak scan. Kot-kot ada yang aku tak tahu ke ? Ada yang aku baca, masalah seperti aku ni mungkin CYST. Allah, minta dijauhkan lah. ADA TAK TAHU KENAPA ? BOLEH BAGI SEBAB ??? 

2 comments:

  1. hopefully berita menggembirakan la ya..good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah sis. Alhamdullilah klu berita gmbira. tp kita pernh baca. mslah cm kita ni bila dia scan. ad CYST. Ya Allah minta dijauhkan

      Delete