Monday 22 May 2017

Penangan Jus Kunyit Malika

Assalamualikum dan hai !


Jus kunyit Malika, pernah dengar or pernah rasa tak ? Ekceli ni botol ke 2 aku minum jus kunyit ni. Masa aku dalam pantang, aku tak merasa minum jamu or air kunyit. Disebabkan Opal jaundice sebulan, terpaksa lah aku tahan dulu dari minum or makan makanan yang berasakan kunyit, halia dan sewaktu dengannya. Sampai habis pantang pun aku masih tak berurut atau makan jamu. Big mistake untuk aku yang sangat noob pasal pantang beranak.

Lepas setahun baru aku terhegeh untuk berurut dan makan jamu. Sebenarnya aku beranak secara operate tu yang aku amek mudah dalam semua hal. Pilis pun aku tak pakai. Haisssh. Seriusly aku pernah kena bengkak urat. Sakit dia Allah jer yang tahu. Lepas aku amek keputusan untuk berurut baru aku rasa lega dan badan rasa ringan sangat-sangat. Kemudian aku try Jus Kunyit Malika direkemen oleh kawan yang mengamalkan. Sebelum ni aku minum jugak jus kunyit tapi jenama cap kampung ori buatan sendiri. Hehehe. Yang ori dari kampung tu jangan cakap la, nak telan aku kena tutup-tutup hidung. Dengan rasa loya lagi. Kemain pekat rasa kunyit dia. Tapi Jus Kunyit Malika ni first time aku try. Wahhhh ! aku rasa sedap. Macam air eskrem soda. Heheheh. Sebab tu dah 2 botol aku minum.

First aku minum sebab aku nak buang angin dalam badan. Yes, memang badan aku ringan. Tak rasa sakit-sakit sendi or sakit belakang. Aku minum sampai habis. Bila dah habis aku tak beli lagi sebab masa tu aku dah rasa sedap badan, so anggapan ku meleset sama sekali. Selang beberapa bulan badan aku sakit-sakit balik. Macam orang kerja kontrak tau sakit dia. So aku amek keputusan untuk beli and minum jus kunyit Malika.

Masa aku beli tu, memang aku alami keputihan. Teruk jugak lah. Sampai gatal-gatal. Masa tu aku boleh wat lek wat peace macam tak de benda. Ekceli kalau keputihan pakej gatal-gatal kan dah tahap bahaya. Sejak aku amalkan minum jus kunyit Malika yang ke 2 ni. Alhamdulillah, baru aku perasan yang keputihan aku dah takda. Gatal-gatal pun takda. Badan pun dah rase ringan-ringan. Masa beli jus tu aku tak perasan  khasiat yang ada dalam jus kunyit Malika. Aku ingat hanya untuk orang pantang bersalin je. So amazing. Yuhuuuu




Wednesday 17 May 2017

Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band

Assalamualaikum dan hai!

Aku bukan lah penggemar tauhu. Sedangkan tauhu yang kat mee goreng pun aku asing kan. Heheh. Tapi semenjak aku makan tauhu sumbat berlauk by Intan Syahira (kawan aku) alhamdulillah, now aku dah pandai makan tauhu. Boleh dikatakan selalu jugak lah aku buat sendiri tauhu sumbat berlauk tu. Husben pun suka makan. Nanti aku share resipi tauhu berlauk tu keyy.

Now aku nak share resepi Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu by Projector Band. Ngehnghngeh




Bahan - bahan 


  1. Tauhu Jepun (yang tiub tu )
  2. Cili Merah dibuang biji
  3. Tauhu biasa
  4. Isi Ayam @ Isi Udang @ Kedua duanya
  5. Daun Bawang
  6. Telur Ayam dalam 3-4 biji
  7. Serbuk Perasa/kiub ayam maggie/garam/lada sulah


Kaedahnya 


  1. Bersihkan isi ayam, telur ayam dan tauhu biasa, kemudian blend bersama tauhu jepun. Kalau adunan nampak seperti tak boleh diblend dengan baik, boleh tambahkan telur. 





      2. Selepas semua bahan diblend halus, boleh masuk kan daun bawang dan racikkan cili merah.



    
       3. Sambil kacau, boleh lah tambah bahan perasa, kiun ayam, garam dan lada sulah secukup rasa. 

      4. Sementara itu, naikkan dapur kukus. Bagi aku yang baru kahwen, memang takde dapur kukus ni. Tapi aku DIY je dapur kukus aku guna periuk nasi. Kihkihkih. Next time aku dah boleh beli dapur kukus tu. Coz aku rasa macam nak buat kuih ler pulak. 


      5. Masukkan adunan ke dalam bekas, kemudian kukus sehingga kental selama 15-20 minit.
      6. Selepas adunan kental boleh lah dipotong ikot kesusaian untuk di goreng. 



     
        7. Bila dah dipotong, bolehlah digoreng. Sebelum goreng celup telur dulu baru enakk dong. 







Tadaaaa. Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band. Boleh dimakan bersama sos, kuah cili atau nasi. 


Friday 5 May 2017

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan hai !


Alhamdulillah sekarang genap la usia aku 26 tahun 3 hari. Ngeh ngeh ngeh. Nak kata dah boleh kawen memang aku dah kawen pun. Nak kata dah layak jadi mak org pun aku memang seorang ibu kepada seorang anak. Cuma boleh cakap, dah boleh tambah anak jer. Hiiiiiii πŸ‘ΆπŸ‘Ά

InshaAllah kalau ada rezeki aku dan husben bertambah lah anak kiteorang. Memang plan nak tambah lagi 1 untuk dijadikan kawan  Opal, then boleh lah tutup kilang untuk seketika sehingga diberitahu kelak. Kah ! πŸ˜‰πŸ˜‰

Masa birthday aku haritu, husben kata aku boleh pilih tempat makan yang aku nak. Aku tanya, "mana-mana pun boleh ? dia jawab ''apa-apa je boleh, mintak jer " So aku decide nak makan Seoul Garden. Kenapa Seoul Garden ?? Lagipun tempat tu bukan la baru or hipster sangat tapi sebab aku memang tak pernah makan situ heheheh 😁😁. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku ajak husben makan situ tapi dia taknak. Dia jenis suka makan kedai yang bukan dalam mall. Contoh macam kedai-kedai biasa tepi jalan. Kalau kiteorang teringin makan western. Dia just cari kedai western yang shoplot tu jer.  Seoul Garden ni dalam Mahkota Parade disebabkan birthday aku, so dia layan kan lah sehari. Birthday girl la katekan kihkihkih πŸ˜‰πŸ˜‰

First time makan Seoul Garden, aku teruja kau. Tengok banyak sangat menu, haha. Husben lagi teruja, sebab dia dah terpandangkan kambing yang diperap dengan blackpaper. Feberet dia tuuu !  Opal free of charge. Menu ada, ayam, seafood, ais krim. nasi goreng, fries ehhh memang banyak la. Tak terkata aku nak type. Kahh πŸ˜†πŸ˜†


Sumber Encik Google. 


Aku belanja gambar Opal dan kulit udang. 

Menu utama husben adalah udang. Bagi dia udang sekarang mahal. So bila makan macam ni, manfaat kan la waktu yang ada. 😎😎 Aku layan Opal. Layan dia makan hot dog, bebola la sayur la. Behave sangat Opal masa ni. Aku dan husben bergembira makan. First time Opal behave taw 😐😐 Mungkin sebab birthday aku kot. Dia bagi aku kesempatan makan kenyang-kenyang. Ekceli kalau makan dengan Opal aku lah orang yang paling tak kenyang. Time aku makan lah dia buat hal, nak tek la, lari sana sini la, main kucing la 😐😐😐. 

Memang sedap Seoul Garden ni. Sampai harini aku terbayang-bayang lagi makan dia. Hmmmm dapnyaaaa. Huben nak lagi boleh takk ?? Hehehe 😁😁

Ehh jangan ingat birthday husben belanja makan jer. Aku dapat hadiah jugak. Alhamdullilah, husben ada rezeki lebih. LOve you husben. Muahhhh ! πŸ’“πŸ’“



 Masa balik dari makan tu aku dah macam kecewa sikit sebab pikir memang husben tak beli hadiah ke ? Sebab dia senyap je sampai jer rumah  terus tidur sebab masing-masing kekenyangan. Ekceli aku dah pesan dah, aku kata kalau hadiah seliper je pun aku terima. Sebab aku dah kata tak kesah beli hadiah apa-apa yang penting dia beli tak bawak or tak bagitahu aku (macam suprise gitu). 3 tahun perkenalan dengan dia(setahun masa baru-baru kenal + 2 tahun lepas kawen). 3 kali dia bagi hadiah berkonsepkan nak apa oder πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯. Sekali dia suruh aku pilih nak beli apa, aku pilih tuk beli kasut sukan. Second dia bawak aku pergi kedai kasut pilih kasut apa yang aku nak tak kesah berapa ringgit. Mahal pun dia bayar. Third tahun lepas, dia tanya aku nak apa lagi πŸ˜”πŸ˜” Aku jawab gelang emas. So dia bawak aku pergi pilih sendiri gelang emas tu. 

Tahun ni dia buat kejutan belikan cincin belah rotan letak atas perkataan I πŸ’™ U . Kihkih romantik la jugak. Lepastu duk depan TV acah-acah macam tak de apa-apa. Happy je masa tu. Tq abang sebab bahagiakan ayang. (dia memang selalu baca blog aku harap-harap dia baca) Kahhhh !