Friday 21 September 2018

Bercuti Ke Penang & Cameron

Assalamualaikum dan hai !


Hari Pertama (Peneng)
Aku dan family sampai dalam jam 6-6.30 petang macamtu. Untuk sampai ke hotel, perjalanan dari jambatan Pulau Pinang hanya beberapa minit je. Tak jauh pun dari jambatan nak ke bandar Georgetown. Hotel Chennai (Lebuh Peneng) yang aku nginap betul-betul berada dalam kawasan India. Hahahahah korang yang suka makanan India or nak beli sari ke boleh lah nginap kat Hotel ni. Aku nginap 2 malam 3 hari dengan bayaran RM197 (belum SST) inclu SST aku tak ingat tapi SST sahaja dalam RM11 something. Katil queen + bathroom + window. So far, bilik tu ok la untuk mandi dan rehat. For me, tips yang aku dan suami guna. Bila kita jalan tempat orang, hotel tak yah mahal and standart sangat. Masa banyak dihabiskan semasa round-round cari makan dan tempat menarik.



Kiteorang sampai dah petang, lepas mandikn anak dan rehat hilangkn penat duduk lama dalam kereta. Aku dan suami decide untuk dinner area-area situ je. Area hotel aku memang dekat dengan Padang Kota. Aku dah riki-riki makan best dekat Peneng ni sebulan. So cakap je nak makan ape yang best. Aku tahu kat mana(Ingat nama jalan je, jalan kesana aku tak tahu) Hihihihihi

Yang best kat Padang Kota ni Pasembur & Hameed Mee Sotong Pata. Tapi nasib kami tak baik masatu. Hari kami di Penang adalah cuti umum opkos la ramai orang, tak dapat pun makan yang fames tu. Terpaksa makan biasa-biasa punya. Tips, Penang makanan mahal, even kau makan kat kedai biase jer pun. Total malam tu kami kena dalam RM30 (Mee udang 2, Nescafe tarik & Teh O Ais) RM10(cucuk dalam 4 batang + kangkung) Kami makan kat kedai khemah di Padang Kota.


Suasana Padang Kota diwaktu malam. Tempat ni memang sesuai untuk family time.


Hari Kedua (Peneng)
Macam aku cerita tadi. Aku dah salah percaturan. Waktu aku di Penang memang ramai sangat orang. Pagi nak sarapan di Famous Roti Canai (Transfer Road) pun tak dapat. Line nak beratur tu terlalu panjang. Aku pula dengan 2 ketul budak kecik, decide makan mana-mana jer janji breakfast. Aku breakfast area situ jugak. Kedai mamak, orang ramai tapi meja penuh. Kena pandai cop meja kalau nak duduk. Aku makan roti bakar telur, hubs makan nasi lemak ayam goreng.





Lepas breakfast. Plan untuk hari ke-2 adalah ke Bukit Bendara. Tips, nak ke Bukit Bendara senang jer. Guna signbord menuju ke ke Air Hitam. Ikut 100% inshaAllah sampai lah. Hubs guna waze tapi sesat. Hahahahaha Masa dalam perjalanan ke Bukit Bendera jem, tak sampai pun ke Bukit Bendara coz ramai sangat orang jalan pun sesak dengan kereta & bus. Aku decide nak pergi muzium-muzium yang best. Macam Muzium 3D. Ekceli muzium 3D ni dekat sangat-sangat dengan hotel. 


Dah penat dalam muzium. Aku decide nak makan dekat-dekat dengan hotel jer. Aku bawak baby (5 months) & toddler (3 tahun).  Ngam teruk !! area muzium ada restoran mamak. Dekat jer dengan pintu keluar muzium. So tak yah nak naik kereta pergi cari makan. Lepas tengok kedai breakfast pagi tadi, aku tahu lah kedai makan yang famous area Penang mesti full house. Aku oder roti naan cheese dan ayam tandoori + fresh orange. Hubs nasi beriani + teh o ais. 




Lepas makan, aku dan hubs jalan-jalan cari jeruk pulak. Ekceli nak pergi ke Street Art yang famous tu tapi sesat. Hahahahha  Benti di Chowrasta, beli tshirt Penang then beli Jeruk Madu Pak Ali sebelah bangunan Chowrasta. Area Chowrasta tu tak ada apa yang best. Famous cendol(Chinese) mybe, coz nampak ramai sangat orang beratur. Jeruk Madu Pak Ali pun ramai orang oiii ! Better bercuti di Penang time kerja. Time public memang sesak ! Tengok anak-anak kesian pulak panas. Aku pun balik hotel rehat-rehat kan badan. Petang request kat hubs nak sangat makan nasi kandaq. Aku rekemen nasi kandaq Line Clear. Hubs pun ok. Gerak ke nasi kandaq dalam pukul 6.30. Tak jauh dari hotel. Mybe 20 minit kalau ikut waze & cari parking. Tak ramai but still kena beratur. Tips, pergi lah time nak magrib orang tak ramai sangat. Air di nasi kandaq ni dia dah siap-siap sediakan teh o ais limau @ sirap ais limau. Pilih jer. 1 pinggan nasi kandaq dalam RM20 incl air. 


Paket kecik 3 RM10. Paket besar RM6.80



Kalau nak beli keychain or baju-baju. Area kedai Jeruk Madu Pak Ali ni banyak. Tak sure murah ke mahal. Aku bawak kids memang susah nak shopping. Cuma dapat jalan & makan sahaja. Beli jeruk pun hubs yang beratur. Lepas makan, just jalan dalam kereta di bandar Georgetown. Padang Kota yang aku gie tu hari ramai orang, parking pun jauh. Hubs tak nak turun coz kesian nak jalan jauh bawak kids lagi. Aku request Pasemboq. Di Padang Kota pun ada Pasemboq, tapi takda parking. Request Pasemboq Gurney Drive. MashaAllah, sangkut jem jer 1 jam. Sudahnya lalu tengok dari tingkap jerrr. So saddd ! Berlalu la aku dan family balik hotel dan tidur untuk perjalanan esok nya. 

Hari Ketiga (Cameron Highland)
Dari hotel aku bertolak dalam 9 pagi. Tak sarapan cuma beli air dan roti di R&R and makan dalam kereta. Sampai CH dalam tengahri, tapi sangkut jem ada lah 1-2 jam jugak. Jalan nak ke Brinchang. Sampai di hotel pukul 3-4 petang camtu. Naik hotel simpan beg dan turun makan di area-area hotel. Aku menginap di Hotel Jasmine. RM300 incl SST, 2 malam 3 hari. Rekemen sangat hotel ni. Murah, bersih dan tempat strategik. Cari jer dalam booking.com. Konpem jumpa. Kedai makan, pasaraya,dobi, station minyak & kedai savounir bawah hotel sahaja. Nak ke pasar malam pun dekat. Malam tu aku pergi pasar malam cari makan. Kalau nak cari stoberi, boleh cari di pasar malam. Bagi aku murah dan fresh. 





Hari Keempat (Cameron Highland)
Aku dan family sarapan di kedai Nasi Lemak Abang Strawberi. Nampak banyak bunting sepanjang perjalanan di CH. Macam menarik, apa salahnya mencuba. 


Lepas sarapan kitarang pergi ke Mardi. Time ni tak ramai sangat orang. Mardi caj masuk RM5 untuk dewasa.. Kalau korang nak berjalan yang save bajet. Mardi sesuai. Dalam Mardi cantik juga. 




Dalam Mardi di area kebun stoberi RM4 (eskrem)

Lepas jalan-jalan dalam Mardi. Aku pergi ke Ladang Strawberi. Tak ingat la nama nya. Tapi banyak jer Ladang Strawberi di CH. 


RM10 kalau + chocolate RM11


Yang ni tak pasti, hubs beli. 

Aku tak berahi sangat nak petik stoberi. Cuma lebih nak makan dessert stoberi fresh. Dah makan and penat jalan. Dalam pukul 4 petang camtu aku dan suami balik hotel. Aku tak makan tenghari pun. Kenyang makan stoberi agaknya.  Kids pulak, baby belum boleh makan. Toddler jenis kurang makan. Bagi makan nugget beli kat food truck di pintu masuk Mardi pun dia dah kenyang. Hubs pun kenyang makan nasi lemak stoberi & dessert. Kitorang plan nak makan steamboat di De' Bamboo. Balik hotel kosongkan perut dengan tidur dulu. Lagipun masa di Mardi dah renyai. Takut jalan ke tempat lain hujan pulak. Sampai hotel, hujan pun turun. Alhamdulillah, kids selamat tak kena hujan. Malam dalam pukul 8 lebih dah gerak ke De' Bamboo. Jalan ke sana boleh ikut waze. Wazekan ajee nama kedai. InshaAllah sampai. 1 kepala RM30. Kids free. 



Hari Kelima (Pulang Melaka)
Hari terakhir macam biasa, borong stoberi, sayur, patung HK dan jagung. Masa nak balik ni, hari biasa banyak juga lah kedai tutup. Beli belah di Kea Farm. Macam biasa, aku bawak kids memang susah nak shopping. Pakai rembat je. 


Sebelum balik perkena dulu ais-krim stoberi RM4. Aku rekemen minum teh di Cameron Valley. Memang ummpphh ! 

So far bawak baby & toddler jalan jauh memang penat. Tapi kalau pandai urus inshaAllah perjalanan jadi lancar. For me, baby bab jalan ok sangat. Tak meragam. Cuma duduk dalam kereta lama-lama dia bosan. Jadi tak tentu arah. Toddler bukak kan cd Upin Ipin. Dia dalam dunia dia. Bab jalan pun alhamdulilah. Cuma penat dan malas jalan tu ada. Kena ada carrier & stroller. Antara sorang boleh duduk salah 1. 


















Wednesday 5 September 2018

Review Fairworld Baby Stroller

Assalamualaikum dan hai !

Aku cuma nak kongsi pendapat dan nasihat aku sebagai seorang ibu. Beli stroller ni kena fikir betul-betul. Aku bukan jenis yang berduit nak ada 2-3 stroller. So bila dah beli 1 tu, sampai jahanam lah aku kena guna baru boleh beli baru. But sekarang kalau pandai jaga boleh je preloved mur-mur.

Haritu aku ada share pasal aku beli stroller apa untuk dikjemi SINI korang boleh baca. FYI stroller tu memang best !!! aku ulang memang BEST !!

Stroller yang aku beli tu tak ada lah mahal. RM260(GST) jer kat manjaku. . Tapi tadi aku cari kat Lazada, dah jadi RM339(SST). Hahahahah why so fast naik harga.


Macam aku bukan lah kaki jalan. So memang jarang bawak anak-anak ke mall. Aku beli stroller pun memang plan untuk letak dikJemi kalau ada-ada masa nak guna. Contoh macam pergi beli baju raya ke, beli barang ke pergi makan ke. Motif utama untuk guna masa makan luar. 

For me yang ada 2 anak dan suami yang tak membantu sangat ni. Hahahahah. Stroller is penting. Lagi penting stroller jenis mudah. ringan dan compact macam stroller Fairworld ni. Kadang tu aku sendiri nak bukak dan simpan stroller sambil pegang anak. Hahahah ! See superwoman tak dengan stroller brand ni. Kadang tu tak payah nak suruh suami keluar kan stroller dari bonet. Aku sendiri boleh buat.

First time guna pun aku dah jatuh cinta, ini pulak guna banyak kali. Berjatuh-jatuh cinta la aku dengan stroller ni. Aku memang rekomen korang brand ni kalau yang nak cari stroller jenis compact tapi murah. Dah la comel corak dia.


Aku rasa next baby (5 tahun lagi) aku nak try stroller yang boleh facing parent pulak. Memang dah aim je dari mula-mula nampak. Harga pun not bad dan compact ! Ekceli stroller ni aku nak preloved tapi takut suami bising pulak. Hahahah baru 4 bulan guna. Dah gatal nak beli yang lain. Bukan tak best. Best sangat. Cuma nak bertukar angin yang jenis facing parents pulak. Macam bawah ni. InshaAllah rezeki anak number 3 kott. Hahahahahahah





Comel kan corak dia. Berkenan sungguh aku. Tapi tula, aduh duh duh. Ak siap masuk cart dah. Tinggal beli je. Hahahahahah