Friday 20 December 2019

Bercuti Ke Langkawi

Assalamualaikum dan hai !

Sebelum aku cerita kisah bercuti ke Pulau Redang , aku rasa nak share dulu kisah bercuti ke Langkawi dulu ahh. Disebabkan baru je bercuti so otak masih fresh dengan semua yang ada kat Langkawi. So boleh aku cerita lebih details.

Percutian aku mengambil masa 4 hari 3 malam, iaitu Jumaat (sampai Langkawi) , Sabtu, Ahad dan Isnin.

Jumaat - Dari Melaka aku bertolak ke Kuala Kedah mengambil masa dalam lebih kurang 8 jam. 8 pagi - 4 petang. Anggaran ini termasuk la berhenti kencing dan makan. Sepatutnya tiket ferry aku adalah pukul 7 malam, disebabkan sampai awal ada laaa ulat tiket (maybe la) tolong kami sekeluarga menyelinap masuk ke ferry pukul 4 petang. Hahaha ! Ekceli dorang bukan la haram punya. Mungkin jenis yang amek komisen. Dari parking kereta smpai ke tiket dorang arrange kan. Parking RM100 = 3 hari. Harga tiket untuk aku 1 family adala RM126 pergi dan balik iaitu RM23 dewasa x 2 dan RM17 Kanak-kanak x 1 atas 3 tahun. 3 tahun ke bawah adalah free TAPI tiada seat.

Untuk tiket Feri boleh beli secara online di Langkawi Ferry Line Venture Sd. Bhd

Ferry gerak agak pelahan mungkin sebab cuaca or keadaan air. Gerak pukul 4 petang sampai ke Jeti Kuah pukul 7 malam. Aku dah booking siap-siap kereta sewa Toyota Vios seminggu sebelum. RM 300 untuk 3 hari. Kereta Sewa Langkawi Untuk harga yang dikenakan adalah peak season. Kalau bukan harga lagi murah yaa. Sangat rekomen !

Penginapan aku juga sangat rekomen ! Suasana kampung yang sangat damai. Agitchuuuuuu ! Untuk 3 malam 4 hari adalah RM257.58 1 queen bed size + aircond. Huda Inn

Sabtu - di Langkawi, opkos la kereta kabel. Bagi aku yang tak pernah pergi Langkawi. Point pertama aku adalah naik kereta kabel (Sky Cab) 






Kalau berhajat ke SkyCab sila beri luangkan masa yang lama ya di sini. Agar rancangan yang lain tak tergendala. Aku sampai dalam pukul 9 pagi. Untuk pembelian tiket tidak lama tapi untuk berattur tunggu giliran adalah sangat lama jika peak season. Harap maklum. Selesai naik semua habis dalam pukul 12 tengah hari. Aku plan makan dan lepastu ke Wildlife pula. Yang punya anak kecik-kecik macam aku, aku sangat rekomen lah ke Wildlife atau Underwater World Langkawi. Aku tak nak budak-budak penat sangat. Nanti dorang meragam. So aku suruh pilih nak kemana. Dan Opal pilih ke Wildlife untuk tengok binatang. Anggaran sampai dalam pukul 4 petang camtu. 





Lepas jalan-jalan tengok binatang, anak-anak tidur kepenatan dalam kereta. So aku pun mulakan misi mencari minyak gamat. Sementara handbeg tak ada, memang berlenggang la oiii !


Macam-macam produk dari gamat ada kat sini. Aku macam blur tak tahu nak beli apa. Hahaha !
Bila dah sampai Langkawi jangan lupa tempat wajib Dataran Helang. 


Aku balik bilik dalam magrib camtulah. Balik mandi rehat kejap malam boleh keluar cari makan. Area penginapan aku ni dekat dengan Telaga Walk. Kalau rasa nak beriadah or ambik angin malam, boleh la berkunjung ke situ. Anak-anak aku memang teruja weii sebab ada macam-macam. 





Ahad - adalah misi mencari coklat. Jangan tanya pergi mana lepas tu coz 1 hari memang aku dan suami cari coklat untuk bawak balik Melaka jer.  


Waze Hotel Haji Ismail Group. Sini memang murah-murah ! Aku terpaksa beli luggage 24'' kot untuk simpan coklat sahaja. Untuk perbelanjaan coklat sahaja adalah


Bila dah penat jalan dan borong coklat. Dah moh ler kita cari jalan pulang.

Isnin - Aku balik naik ferry pukul 12 tengahhari. Kali ni ferry macam laju sikit sebab pukul 2 petang dah sampai Kuala Kedah.