Tuesday 22 September 2020

PKP Holiday - L E G O L A N D

 Assalamulaikum dan hai. 

Setelah hampir 7 bulan tidak berjalan-jalan  kerana menghadapi pandemic covid 19 yang bermula March 2020 hingga ke harini setelah sekatan merentasi negeri dibenarkan aku membuat keputusan untuk bawak anak-anak ke LEGOLAND sebagai reward kepada mereka dan diri sendiri. Laki cadang ke Cameron jerr  tapi aku tak nak sebab nak bawak budak-budak better ke Legoland. Diorang memang dah lama sangat tak keluar rumah walaupun kidszoona dah mula beroperasi , kanak-kanak dibenarkan ke mall dan taman permainan. Aku insecure lagi. Setelah merancang dan membuat persiapan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. 

29 Ogos 2020 (Sabtu)

Pagi aku bergerak dari Melaka jam 9 pagi. Tak dan benti makan cuma tuang minyak,  beli roti sebagai alas perut dan meneruskan perjalanan macam biasa. Tiba di Johor sekitar jam 1 petang. Aku stay di Nusajaya , bandar Meridin. Aku stay apartment 2 bilik. Sepatutnya apartmen 1 bilik tapi disebabkan bilik yang aku booking tu ada masalah pihak pengurusan ganti dengan 2 bilik. Sayang bilik yang aku booking tu cantik ada gambar kartun Marvels. Yang 2 bilik ni tak ada gambar pape. Sedihhh! Harga pula hanya RM158.40(2malam) + RM60 (caj) = RM 218.40. Untuk hari pertama, aku just pusing-pusing bandar JB. Area bandar Merindin yang aku stay ni 5 minit je ke Legoland. Memang dekat gila. Kalau korang jenis beli annual pass memang berbaloi. Macam aku beli day ticket THEME PARK je . Malam untuk dinner aku makan area mana lupa dah. Sebab bukan aku bawak kereta, yang aku janji pergi makan. Haha





Macamni dah RM200++ (boleh dikatakan makanan di Johor ni agak mahal la)

30 Ogos (Ahad)

Aku plan nak habiskan masa seharian di Legoland. 9am-4.30pm. Banyak review aku baca kata Legoland besar kena habiskan masa sehari kat dalam tu kalau nk have fun. So aku gerak masuk ke Legoland lepas sarapan dalam 9.30 am. Harga untuk day ticket THEME PARK ONLY adalah RM189 (dewasa) dan 2nd ticket adalah 80% (RM 37.80) Kanak-kanak (3-11) dan warga emas (60+) adalah RM149 2nd ticket 80% (RM29.80) Masa aku beli ni ada promo 80% . Anak sulong aku ticket full harga untuk anak no2 pulak free sebab dia 3 tahun kebawah. Seriusly kalau ada anak yang 3 tahun ke bawah bawak gi Legoland sangat tak berbaloi. Dalam legoland tak semua permainan 3 tahun ke bawah atau 100cm ke bawah boleh main. So budak ni dia boring la semua benda tak boleh main. Untuk yang abang pulak best la semua boleh main. Yang adik tengok je. Aku teman abang, yang suami teman adik. Habis la dipakuk kan ayah. Sebab ayahnya kesian yang adik tak dapat main permainan dalam tu. WELL DIA FREE ENTRANCE KOT. Hahaaha. 



Untuk stroller ni aku sewa under Legoland RM70 + RM50(deposit) 



Aku masuk legoland seawal 9.30 pagi dan cuba semua permainan dalam tu. Mungkin anak-anak dah penat yang sorang tu dah meragam(opkos la adik) jam 12pm kitaorang dah keluar dari legoland. Plan nak balik apartment tukar baju je. Budak-budak macam dah rimas. Rupanya bagi susu je anak aku yang no2 tu dah tertido. Memang time dia tidur lupa plak aku. Haha (bad mom). Aku pun suruh abang nya tidur sekali sebab aku pun nak tidur. Hahaha penat gila. Berjalan dalam tu. Besar dan banyak permainan. Disebabkan time aku gi ni tak ramai tapi disebabkan covid-19 SOP kena jaga. Nak tunggu giliran tu agak ambil masa la. Lepas rehat tidur semua. Lepas magrib kitaorang gerak cari makan. Area mana aku pun tak ingat. Hahah sorry guys. Tapi kedai ni memang sedap. King crab dia pun sedap. 
 

Sekor dia sahaja dalam RM250++ (laki aku ingat dia cakap 250g, bila bayar terkejut amount RM350++ sebab harga king crab sahaja dah mendominasi) 



Bukanlah bermaksud tak mampu bayar. Suami tahu harga dia mahal cuma dia terkejut sebab dia salah informasi. Lagipun kalau tak mampu dia tak akan ambil masa aku mintak nak makan king crab tu. Memang style dia, ada duit nak makan makan lah. Gitewww ! Alhamdulillah kenyang malam tu. Berbaloi la tiap-tiap malam layan kan tekak laki nak makan seafood walaupn aku dah request nak makan benda lain. Haha Jahanam !

31 Ogos 2020 (Isnin) 

Berbaki 1 hari lagi sebelum balik ke sarang. Apartment aku ni floor 5 ada kolam. Dari bilik boleh nampak dah. Disebabkan budak-budak ni dah nampk kolam. Nak tak nak kena la layan tak lama sekejap pun jadi lah. Lepas mandi-mandi kitaorang dan gerak balik. Sampai melaka pun awal dalam 2 petang. Alhamdullilah syukur. Perjalanan pergi dan balik tu selamat.