Tuesday, 17 June 2014

"#2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness"


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan
Mellya dan Iola akan mengadakan giveaway bonanza
yang bermula pada
2 May 2014 
dan berakhir pada 25 Jun 2014**

Hadiah-hadiah giveaway bonanza kali ini
ditaja sepenuhnya oleh Buttons and Cuteness.
Dan yang best?!
Setiap penyertaan, layak menerima diskaun voucher yang akan
diberikan pada akhir giveaway nanti.

Jemput join beramai-ramai dan jadi top referral giveaway ini ^^
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Satu set combo brooch untuk pemenang top referral serta hadiah misteri untuk referral
melebihi 200 view

Wednesday, 11 June 2014

Wedding GuestBook - WGB


Nampak kan GuestBook di atas ? Handmade by Datin sendiri, cantik ker ? For me memang macam kebudak-budakan. Haissshhh, I spend my lonely night just for this, and this the result. Very disappointed of me. Disebabkan ni juga lah I nekad untuk create new cover for my wedding GuestBook !! Petang ni jugak I nak pergi beli barang barang yang perlu. I tak kira membazir ker apa ker ? Yang penting I nak yang terbaik untuk diri I and my wedding. Haritu beli hard cover tu baru RM 0.70 jer, beli 2 RM1.40. Yang pink-pink and lady bird tu pn baru RM11.10 semua sekali. Isi dalam FOC ( print sendiri dekat office) Dari I habeskan duit I beli WGB sampai RM 80.00++ (berbaloi ker) For those yang banyak duit and tak ada masa tu boleh lah excluded. Tapi for me yang banyak masa ni sangat-sangat la kedekut untuk RM 80.00 tu. Kahwin ni bukan pakai sikit duit oooii, so sume benda I nak DIY. Selagi bole save bajet, i save yang mengikut kehendak hati dan perasaan I yang sangat-sangat cerewet ni.

Kali nie I nak ikot 100% macam example ni, tak nak memandai buat sendiri. Tkot jadi barang kraf tagan budak tadika la pulak. Kesiaaannn !




Walaupn menggunakan bunga yang banyak tapi nampak teratur kemas dan bergaya gitu, hahaha. Hentam sajalah labu !

Friday, 30 May 2014

Menghitung Hari ^^

Ohhh tidak hari semakin hampir. Lagi 90 ++ hari lagi. Ya Allah, tuhanku engkau kuatkan lah semangat hambamu ini, aminnn. Pening doorgift tak siap lagi, maklum lah door gift I buat sendiri guna paper beg goreng pisang dan doilies paper. Kan memang trend orang sekarang. Bukan sahaja trendy, cantik malah jimat kau jahh ! Heheheh ^^

Baju untuk nikah dah ada, putih coklat. Tinggal misi untuk beading ajerrr. Tapi masih kebuntuan, adakah I masih punya waktu (cehhhh gitu) Yelahhh paperbeg untuk doorgift pn tak  habes tampal lagi. Namun demi hari yang bahagia I masih gagahkan kudrat yang ada ini untuk meneruskannya, gituuuu. Huhuhuhu

Bagi Datin macam I ni, I suka nak D.I.Y sumua benda, hehehe. Rasa puas hati bila buat sendiri. Wedding Guest Book pun I D.I.Y taw. Untuk dalaman book tu I print gunakan format yang I download dekat tenet. Sorry sangat tak ada gambar yang dapat I tunjukkan coz baby s3 I rosak, now pakai handphone torchlight ajerr. Semalam baru jer habeskan duit dekat Popular beli hard cover untuk book tu. Now tinggal dak hias-hias cover dia.

Sekarang I tengah riki-riki design mana yang I reti buat senang dan cantik for my wedding guest book. Okeyy disebabkan I beli hardcover semalam black colour so design-design I like this


Thursday, 13 March 2014

Pilihan Kasut Nikah & Sanding

Seriously I addict to shopping. Kalau orang bagi I 10k !! 1 hari I boleh habeskan tau. 1 malaysia ni I sanggup travel kalau bab shopping. So disebabkan hobby I nie shopping, masa nikah & sanding nanti I nak beli kasut. En. Tunang lah jadi mangsa I ( tukang bayar ) hehehehe. I da riki-riki kasut nikah dan sanding nanti. Teruja sangat nak beli. Kalau beli sekarang macam cepat sangat jer. En. Tunang cakap nanti beli lepas raya. Majlis resepsi pon bulan 8, so tak ada masalah beli lepas raya ^^. Persiapan untuk my bigday alhamdulilah I dah beransur buat. So jom tengok gambar-gambar kasut pilihan hati I. 

Kasut Nikah

Yang kanan tu, simple dan nice kann. Sweet jer gitu. Tak boleh beli tinggi-tinggi sangat macam platform tu coz En.Tunang tak tinggi sangat. Sedihhh ( sebab minat giler kat platform )
Ohhh gojes, mummy tak boleh nak pilih u. Kalau mummy pilih u, nanti mummy dah macam galah. 163cm ++ u yang over 3-4 inc ni membuatkan En.Tunang mummy tenggelam dalam lautan kerendahan. Hihihi^^
Ohhhmmaaaiii ! U so gojes ! Pleaaasee-please be mine. En.Tunang tolong lah memahami jiwa dan perasaan I. I nak nie sekarang jugakkk !
So setelah di fikir secara panjang dan masak-masak I decide nak beli kasut design macam ni untuk nikah. Tapi bukan pink menyerlah gini. Puteh or cream, coz baju nikah I da kuning suram-suram... Tak crowded and tak simple sangat kan.. Tak nak lahh beli sarat barat dengan bling-bling takot nanti lepas kawin jadi perhiasan pulak. Dan tak TINGGI sangat..^^

Kasut Sanding

Ni lahh pilihan hati I but... Malas lah nak cakap, sedihhh tak dapat nak pakai camni untuk resepsi nanti
Tak kira nak jugak kasut macam ni, walau terpaksa menyeberangi lautan api pun I sanggup untuk mencari kasut macam ni tapi below 3 inch. ohhhmaaaii fall in love. I akan usaha untuk mencari kasut macam ni tapi tak tinggi supaya I and En.Tunang sama level tinggi.

I belive I can find it !







Tuesday, 11 March 2014

Tips Memilih Mak Andam Buat Bakal Pengantin ^^

Hahahah ! Kalau pandai teka lah siapa tu. Yang comel-comel, kecik-kecik, ketot-ketot tu Puan Yuyu Zulaikha lahhh siapa lagi.. Suka giler dengan majlis reception dia yang dekat Langkawi tu. Siapa yang baca entri dia tahu lahh, yang tak baca tue mehh sini ceq habaq kat hang. Yuyu ni berarak naik helikopter uollss ! Okey I jeles -_-! Yuyu comel sangat ! That's why la I jadikan dia inpirasi I.
Ohhhmaiiii ! seriously nak mak andam dia.. Kalau lahh boleh.Hurmmm.. Baju nikah I warna kuning hijau. Alahmak menyerlahhh nyerr bila fikirkan balik.. Patutnya masa pilih kain dulu I pilih warna yang soft-soft kannn ? Hurmmm tak apelahhh nak buat camne dah TERBELI pon. So kali ni I tak nak buat kesilapan pilih mak andam lagi. 

Okey lupakan kisah kat atas tu sekejap, kita move on dengan kisah tips memilih mak andam. Mak andam adalah tunjang utama, so kena pilih betul-betul. Sebab dia yang akan corak kan kita dari kaki sampai kepala. Salah pilih, habis lahhh korang...Pemilihan mak andam mestilah seawal 6 bulan, coz senang la nak survey harga. If buat last minit, mungkin dapat mak andam yang kurang berkenan di hati. Yelah, dah takda pilihan mybe korang main tibai je mak andam yang dari pelusok mana tahhh. Yang paling penting sekali !!!! , pastikan mak andam tue tak ada orang lain booking selain dari uolls. Takot nanti, mak andam tu solek terkejar-kejar dan jadi tak teliti mase makeup. 

Sikap cerewet pon perlu ada taw ! Mase mak andam nak makeupkan tu. Yela, jangan ikut bulat-bulat cakap mak andam tu. Tapi jangan lah melampau sangat cerewet tu. If rase diri tu, pandai dalam bab-bab perdandanan nie, so tak salah suarakan pendapat. Yang tak pandai pun jangan mebatukan diri, ringan-ringankan lah mulut tu menyuarakan pendapat. If warna or cara persolekan mak andam tu tak berapa nak berkenan di hati. Senang lah mak andam tu nak merealisasikan impian uolls nanti. Banyak-banyak kan lah membaca or melihat pelbagai contoh supaya senang nanti mak andam and uolls bertukar pendapat.

If yang baru kenal or main tibai jer mak andam tu, I sarankan uolls buat test makeup. Supaya nanti tak jadi Drag Queen macam someone tu. Ada lahh nama dirahsiakan. Takut-takut nanti hari bahagia jadi hari memalukan sedunia.

Insha Allah mak andam yang I pilih kali nie yang terbaik. Doakan I okeyy, semalam pergi rumah dia tak dapat tengok baju. Hari ini nak pergi lagi sekali tengok baju dan pilih warna tema sekali. Nanti I update ye^^


Insha Allah tema nanti bukan purple ^^

Monday, 10 March 2014

Supplements Bakal Pengantin ^_^ - Gluta Delima With Vitamin B17


Kenapa I amek supplements ni ? Opcoz lah I nak nampak berseri-seri masa hari persandingan nanti ^^
Sebelum nie I tak pernah cuba apa-apa supplement dari mana-mana produk pon. Tapi disebabkan i nak nampak puteh sikit^^ masa sanding nanti so my neighbor a.k.a makcik-makcik kaki gossip.com hehehe sarankan I produk Gluta Delima dengan vitamin B17. Masuk ni Alhamdullilah da 3 minggu I makan supplement nie. So far tak de apa-apa yang memberi kesan negative. Hasilnya I da mula nampak sikit-sikit. Hari-hari I duk belek-belek muka I depan cermin, belum nak retak lagi cermin tu tak pe kan uolls ^^ . Dulu I pakai I produk ni, krim malam.. Muka I jadi terkopek-kopek bila tak pakai 1 hari, then bila bawah panas, kulit I jadi bahang.. Kesian I dulu kulit I jadi nipis disebabkan krim tu. Tona kulit pon jadi tak sekata. Malu bila keluar date dengan En boyfriend (sebelum En.Tunang) ditegur kenapa dengan kulit ?



Ni masa I tak makan supplements but I guna krim malam tu 


Ni gambar 3 minggu selepas makan supplements dan tidak menggunakan krim malam

Even gambar pertama tu lebih cerah but at least gambar kedua tu tak diedit macam gamba pertama. Perbezaan pun tak banyak. Camera biasa, bukan 360 oke ! Just yang pertama tu guna photoscape jer. But if uolls perasan gmbar kedua tu tona kulit I nampak sekata kannn ?? Jerawat pun takder !!

Kelebihan Yang I dapat dari Gluta Delima With vitamin B17
  • memperoleh kulit cerah anjal dan gebu
  • mengatasi kulit kusam, berminyak dan berjerawat
  • membantu mencegah pelbagai jenis cancer ( penting tu ! )
  • meningkat sistem imunisasi badan
Lagipun supplements ni bukan dari bahan kimia yang terlarang. Kandungan nya pun dari Ekstrak buah delima, L-Glutathione, kolagen marin, ekstrak biji aprikot, ekstrak durian belanda dan ekstrak daun belalai gajah.

So apa yang uolls tunggu lagi, cepat-cepat pergi order supplements Delima ni cepat !