Wednesday, 17 June 2015

Yeaaayyy!! Kencing kotor dah turun. 36 Weeks already

Asslamualaikum dan hai.

Semalam I checkup macam biasa. Well benda utama sekali ialah ujian air kencing I, so keputusannya dah turun. Alhamdulliah dari 3+ turun 1+, dan tak payah makan antibiotic yang bucukk tu lagi. Cuma dapat ubat lawaskan air kencing sahaja. 

Yeaaayyy !!! I dah 36 minggu. Nurse cakap I dah dalam tunggu hari ajerr. Semalam bila doc scan babybump I, doc cakap kepala baby dah masuk dalam lubang peranakan( betol ke? mungkin) tapi doc cakap memang dah masuk dalam lubang. So bila bila masa jer kalau baby nak keluar. Alhamdullah sekali lagi coz semua nya baik baik sahaja. 

Allah tak sabarnya nak deliver tapi dalam masa yang sama I tak nak cepat masa berlalu coz I rasa macam tak puas jer nak merasai keindahan semasa hamil. Serious !!! indah sangat. Allahh syukur sangat kerana diberi peluang. 

Keperluan baby alhamdullah buat masa ni I beli yang perlu jer dulu. Maklum lah buat masa ni I dalam kesempitan. Mana nak settle hal rumah baru, nak sambut raya lagi( raya ke ??) hahahah kalau deliver sebelum raya, memang tak raya lah. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Sekarang memang I tengah eksaited tunggu orang baru, insya Allah lepas deliver I update pasal rumah baru I plak. Dari sebelum pindah sampai lah pindah.  

Wednesday, 10 June 2015

Alahai Kencing Kotor Lah Pulak !

Assalamualaikum dan hai !

Result ujian kecing manis haritu dah pun keluar. Alhamdullah 4.00++. That means gula dalam darah I tak tinggi. Tapi...... kencing kotor I still tak hilang, dan masih 3+. Sedihhhh ! -__-

Doc kata if kencing kotor I tak turun and after buat ujian pada air kncing I and bermasalah kemungkinan akan dihantar ke hospital besar untuk scan masalah bua pinggang. Oh no ! I tak nak !!! I tak suka masuk hospital, eeeeuuuu. Nanti dia cucuk tang sana sini. I ni penakot bukan berani sangat nak kena cucuk-cucuk ni. Tapi I risau sangat dengan anak dalam kandungan ni. Semoga dilahirkan cukup sifat (sempurna) dan sihat hendaknya.

Keputusan ujian air kencing pun dah keluar last Monday. And nurse kat klinik yang I selalu checkup tu call and suruh I datang amek ubat. Kate nya doc dah oder ubat untuk I. Ubat tu agak mengerikan., setiap biji dimasukan dalam tempat kita nak tut dengan suami, nasib baik ubat tu hanya 3 biji jer . Masuk hari ni dah 2 biji. Esok yang terakhir. Moga-moga I dan baby sihat hendaknya. Aminnnn.

Saturday, 23 May 2015

Omg ! Air Gula Kali Ke 3 -_-

Assalamualaikum dan hai ! 

Last day I checkup and berat naik 2 kilo ( dah biase) tapi yang OMG sangat sebab I kena minum air gula buat kali ke 3 minggu depan (mata pandang ke atas tangan di bahu) 

Uols bukan tak tahu I dah 2 kali okey minum air gula tapi tak disahkan kencing manis. Alhamdullah syukur sangat. Tapi disebabkan berat I asyik naik 2 kilo setiap 2 minggu. Doktor suruh I buat lagi ujian kencing manis. Keredhaan I terpaksa okey!! 

Every checkup kan kena buat urine test. So last urine test I disahkan kencing kotor. Sebenarnya dari bulan lpas I dah diberitahu yang I kncing kotor, tapi I buat dek jer dengan teguran doktor. Antibiotic pun I tak makan. Tapi last day I checkup kencing kotor I naik dari 2+ ke 3+. I mula risau. Doktor cakap kemungkinan akan effect pada kandungan. Makin la I takut !! Serious weyy ! takut sangat apa-apa terjadi pada baby ni. 

I dah baca experience ibu ibu lain. So far memang bahaya kencing kotor ni.  Antara nya kelahiran pra matang. So sekarang I banyak kan minum air masak, minum air barli panas homemade. Dan makan antibiotic yang doktor bagi dulu(yang tak makan). Hope sangat kandungan I tak ada apa-apa. Insha Allah. Aminnn  

Thursday, 23 April 2015

Minum Air Gula Kali Ke-2

Assalamualaikum dan hai ! 
Macam biasa semalam adalah hari untuk I checkup mingguan untuk ibu mengandung, dan semalam juga lah I kena minum air gula. Waaaaa !! tak sanggup rasanya nak cerita kesedapan air gula tu(drama) Bab air gula 1, bab I kena cucuk amek darah sampai 3 kali pehal ?? Sakit weyyy! Nurse tu macam tak profesional jer. Sakit lepas tu darah dia sedut tak cukup. Dulu masa minum air gula kali pertama dengan daftar buku pink, amek darah tak de plak kes macam ni. Rileks je darah I kena sedut. Kali ni nurse yang amek darah tak berapa nak okey la, tapi dorang sume mesra alam and baik-baik belaka.

Semalam timbang berat just naik 800 gram je. Nurse cakap, berat tak cukup naik. Sepatutnya naik 1kg. Memang I sengaja tak nak kasi berat naik. Sebelum pergi checkup I puasa 2 hari. Sambil jaga makan sambil puasa sunat bulan Rejab. Selalunya berat I akan naik 2 kg sekaligus. Nurse akan mula membebel, cakap terlebih berat, nanti anak besar lah kena kencing manis la. -_-!

Bagi yang hamil anak pertama akan kena enject bagi mengelakkan kancing gigi pada ibu and bayi. So semalam 4 kali la I kena enject. Bulan depan lagi sekali untuk kancing gigi. Rasa bengkak-bengkak 1 badan kena enject(propa je) heheheh! 

Tuesday, 21 April 2015

Back Pain -_-!

Assalamualaikum dan hai !! 
I bersyukur sangat dapat pregnant walaupun lambat sebulan jer after nikah. Kira cepat jugak lah. 

Sekarang usia kandungan I dah 28 minggu means dah 7 bulan lah kan ? So eksaited nak jumpa budak kecik yg selalu   gerak-gerak dalam perut I ni.
Sekarang symptoms yang paling ketara adalah sakit belakang( back pain) 
Symptom kali ni memang I tak bole nak terima, coz setiap masa terasa. Nak tidur, baring or tengok tv. Sakit nya hanya Allah jer yang tahu. 
Semakin besar perut I ni semakin sakit I rasa. If sakit ni terjadi masa first trimester mybe I akan menagis like other symptoms. Tapi kali ni, semua sakit hilang setiap kali I rasa baby gerak gerak dalam perut I . Time tu I senyum sensorang and mula cakap- cakap dengan baby. 
I jadi sangat eksaited bila rasa dia gerak-gerak. Seolah olah nak pujuk Ibu dia yang kuat nangis ni. Allah !! 
Then setiap kali I tengok usia kandungan I bertambah, I rasa macam takmo bersalin cepat- cepat. Becoz I masih tak puas nak menikmati indah nya saat hamil. Seriously, I rasa sangat sangat bertuah bila diberikan peluang ni. I bersyukur sangat. Bagi I first preggy tak sama kot dengan second and seterusnya. 
InshaAllah baby yang I kandung ni lahir dengan sihat dan cukup sifat. Aminnnn. 



Thursday, 16 April 2015

Simple Contest For Great Gift - GiveAway Buy AVON Oline ^^


5 Hadiah Istimewa Untuk 5 Yang Bertuah
  • Hadiah AVON bernilai RM50
  • Hadiah AVON bernilai RM40
  • Hadiah AVON bernilai RM30
  • Hadiah AVON bernilai RM20
  • Hadiah AVON bernilai RM10
  • 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!
Just need to follow 3 easy terms :

  1. Share this post
  2. Follow blog http://avononlinemalaysia.blogspot.com (Buy AVON Oline Malaysia)
  3. Follow Google +1 (Laish Closet)

p/s: Dah settle semua syarat, komen "saya dah join contest buy avon online" di  Buy AVON Oline Malaysia ok. 

SELAMAT BERJAYA 

Tuesday, 14 April 2015

Mak Yong 6 Bulan Preggy

Assalamualaikum dan hai !!!
Rasanya dah lama tak update blog. ~Ehh ada ker orang kesah ??~ hahaha well I bukanya blogger pames macam Yuyu Zulaikah, Cik Epal, Namee Roslan and ramai lagi.

Sekarang kandungan I dah 26 minggu(bersamaan 6 bulan) ^^ third trimester.
Wahhhh cepat sungguh masa berlalu. Dan bermacam macam dugaan I hadap selama 6 bulan ni. 

Seriously first trimester adalah trimester yang paling gembira. Tahu sebab apa ??? Happy la wey sebab tahu diri mampu melahirkn zuriat dan bakal dapat baby yang comel(inshaAllah) dan tak ada morning sickness.

Then second trimester pulak, sangat mencabar. I sangat terasa tekanan masa second trimester ni. Masa tu I menangis sensorang dalam bilik air and tak share pun dengan sape-sape. Siapa tak stress bila keadaan badan makin mengembang(temban or gemuk) bukan sebab tak suka. Tapi jadi susah untuk buat rutin harian. Macam nak bangun duduk baring and nafas I makin pendek. Seriously I kadang-kadang rasa macam tak boleh nak bernafas(lemas dalam air). Kaki mula membengkak and selalu rasa sakit-sakit.

Sekarang I baru jer masuk third trimester. Mula rasa sakit belakang. Macam kerja angkut padi jer sakitnyer. Tapi best coz I dah boleh rasa baby gerak uolss! Geliheli jer rasenya. Tersenyum sensorang uollss!!! 

Nah I belanja 1 gambar before and after preggy. 
Comel tak yang tudung peach tu?? Mak Yong 6 bulan preggy uols !