Friday, 2 October 2015

Anak Tak Tidur Buai

Assalamualaikum dan hai !

Anak siapa yang tidur tak berbuai. Majoriti anak-anak sekarang memang dah dimanjakan dari kecik dengan buai. Asal nak tidur jer masuk buai. Macam tulah mak mertua aku jaga anak aku.



Kalau tak ada buai anak aku tak akan tidur nyenyak. Maksudnya akan terjaga 10 minit 10 minit. Mak mertua aku tak akan ada masa untuk buat kerja lain. Asyik nak duk menghadap jela anak aku si Nofal tu.

Tapi bila difikirkan balik, aku akan susah untuk berjalan kalau si Nofal hanya mengharapkan buai. Kalau aku nak balik rumah mama, aku kena angkut buai ke sana. Kalau nak pergi mall ? Takkan aku nak angkut jugak ? Nofal baru 2 bulan. Memerlukan 20 jam untuk tidur. Akan jadi masalah untuk aku suatu hari nanti.

Akhirnya aku buat keputusan supaya Nofal tak dimanjakan dengan buai. Bila sabtu ahad, aku cuti Nofal aku tak tidurkan dalam buai. Aku bagi susu then main dengan dia sampai dia mengantuk sendiri. Bila budak macam Nofal ni mengantuk, dia akan merengek. So aku menyusukan dia sampai dia terlelap sendiri. Baru aku letak kan dia kat tilam.

Tidur malam pulak, Nofal aku tak tidur kan dia dalam buai. Sejak dia lahir, memang tak ada buai untuk dia. Alhamdullah sekarang time tidur dalam pukul 9-10 malam Nofal memang aku letakkan atas katil. Kalau aku letakkan dalam buai, konpem sampai esok pagi dia takkan tidur. Sebab mata dia sebulat bulatnya dia bukak.


Buat masa ni kemana jer aku berjalan, alhamdullilah Nofal tidur dengan nyenyak nya walaupun hanya di pangku. 

Monday, 28 September 2015

Pengalaman Bergelar Seorang IBU

Assalamualaikum dan hai !

Dah 2 bulan aku bergelar seorang ibu. Perasaan memang la gembira coz ada ada anak sendiri. Sebelum ni asyik main dengan anak orang jer. Aku rasa rata-rata yang bergelar ibu mesti tak dapat nak gambarkan perasaan tu kan ? Sama la dengan aku.



Sejujurnya memang penat. Bagi aku lah, penat  bangun tengah malam, kadang-kadang pagi-pagi buta sebab nak menyusukan Nofal. Aku bagi dia susu badan sepenuhnya. Bagi aku, aku tak ada masa nak tidur petang-petang sebab  Nofal setiap 2-3 jam akan bangun untuk menyusu. Aku kena standby jela. Siyes ! memang mengantuk. Lagi-lagi aku duduk rumah mertua ni, aku kena lah berlakon sikit supaya tak dicop menantu yang pemalas. Even mak mertua aku tahu, jaga anak memang penat, nak-nak lagi baby baru lahir.



Alhamdullilah aku bersyukur sangat dikurniakan Nofal. Sebab Nofal tak reti nak merengek tengah-tengah malam or siang hari. Kalau dia ek-ek 3 ke 4 kali tu tandanya dia nak susu. Jiran-jiran rumah belah mama and mak mertua aku pun cakap "aku tak pernah dengar si Nofal ni menanges" Bukan lah si Nofal ni bermasalah tak boleh menanges. Pernah lah jugak dia menanges bila orang kacau hidung dia. Rata-rata yang sakat Nofal suke picit-picit hidung dia yang kembang semangkuk tu. Menanges lah dia kena picit.




Nofal memang anak yang baik. Aku bawak dia kenduri kawen pun rilek jer tidur. Tak de plak dia merengek panas ker, bising ker , nak tidur pun tak payah nak berbuai. Sebagai seorang ibu aku mestilah tahu kulit anak aku macam mana. Aku perasan badan Nofal macam beruam macam merah-merah. Tapi dia tak  rasa pape. Still boleh tidur dengan nyenyaknya.



Perkara yang paling aku suka pasal Nofal ni. Dia suka mandi. Masa dalam pantang dia mandi tak pernah berbunyi. Walaupun sekali. Sampai lah sekarang dia mandi boleh senyum-senyum lagi dalam tab mandi dia tu. Dia baru 2 bulan, tapi aku dah mandikan dia dengan air paip. Sejuk la sikit. Tapi tak nanges jugak. Kental juga si Nofal ni. Huuhuh



Tuesday, 22 September 2015

Pengalaman Bersalin Normal & Czer

Assalamualaikum dan hai you guys !

Okey aku rasa dah berhabuk dah blog ni bila aku tak ada masa nak update blog. Lama gila kot aku tak buka blog. Sebab bizi sangat mase pregnen mase tu(bizi lah sangat padahal malas!) hihihi
Well semua orang sedia maklum hormon ibu  mengandung kan berubah-berubah. Ada malas tahap gaban ada masa rajin.

So hari ni aku nak kongsi kat blog tentang pengalaman bersalin 2 bulan lepas (dah lama baru nak update, dah tak fresh dah cerita kau tu ) Walaupun dah lama tapi kenangan tu masih lagi terbayang-bayang oke ! First time kann, siapa boleh lupa.

10 Julai 2015
Aku  start cuti hari ni.Orang sibuk cuti awal coz takot terberanak awal, aku rilek keje lagi even due date 14.7.15. Yela aku  rasa macam baby nak keluar lambat. Tu yang tak rasa sakit or keluar tanda. Okey 10 haribulan masa tu hari jumaat aku masih tak sakit lagi, tapi setiap hari aku doa supaya keluar tanda coz tak nak kena induce. Banyak pengalaman yang aku dengar induce ni sakit dari biasa(betul ker ?)

11 Julai 2015
And the day pun tiba,  lepas sahur  nak mandi macam biasa sebelum solat subuh, then aku terperasan ada darah sikit dekat panties. Tapi aku buat tak tahu jer. Lepas solat aku rasa macam darah period keluar, kali ni banyak sikit dari kat panties tadi. So aku berdesup pergi GH dan kena tahan wad. Pesan nurse KK Tanjung, kalau pecah air ketumban, keluar darah bercampur lendir terus pergi hospital. Kes aku lebih kurang darah bercampur lendir.

12 Julai 2015
Darah masih keluar seperti biasa, sikit tapi jarang. Ujian CTG pun masih normal. Disebabkan duedate semakin hampir doc kat GH tu buat scan pada baby. Doc ramalkan kemungkinan baby aku 3.5 kg. Orang cakap berat baby macamtu kira besar. Tinggi aku163cm, so takde masalah untuk normal. Keputusan untuk hari ini, semua normal dan masih menunggu jalan keluar terbuka.

13 Julai 2015
Hari ini doc ada check jalan bawah, baru buka 1cm. aku adalah buat ketuk ketampi selama kat hospital tu. Tiap kali masuk toilet lepas kecing aku ketuk ketampi 10x. Petua katenya klau nak baby keluar awal. Sape nak induce oiii. Sakit !!
10 malam- ( 14 Julai 2015) Mama datang nak jenguk princess dia yang sorang ni. aku citer lah yang petang tadi aku rasa sakit, perut macam mengeras. Tapi tak macam contraction yang 10-15 minit tu. Mama dah takut, mama cakap dia tak nak balik and nak tidur dekat luar wad. Sebagai seorang anak, aku kesian ar tengok mak sendiri tidur kat kaki lima. GH kann, mana boleh sesuka hati masuk. Lepas pujuk-pujuk  akhirnya mama bersetuju nak balik tapi dengan syarat kalau masuk labour orang pertama kena call ialah mama.
12 Malam-( 14 Julai 2015) Lepas keluar masuk keluar masuk toilet sebab nak terkencing and sakit macam contraction, masa baring tiba-tiba rasa air suam keluar macam terkencing. Akak sebelah katil perasan and cakap''air ketumban dah pecah, pergi panggil nurse''. Masa tu aku gagahkan diri untuk berjalan even masa tu sakit contraction tu makin kuat. Doc check bukaan dah 4cm and aku ditolak masuk labour room. Call mama, and mama tak tidur sebab risaukan aku.
4 Pagi-( 14 Julai 2015) Asben aku dipanggil masuk coz kami dah pergi kursus peneman.
5 Pagi-( 14 Julai 2015) Mungkin bukaan dah 8-9 cm , doc dan yang lain mual buat persiapan. aku disuruh teran (alaaa macam beranak tu, push-push) Tapi sayang, doc cakap aku tak reti. Tiap kali aiku teran, doc kata salah and bukan macam tu. Sedih sangat time tu, sebab doc kate kepala baby dah nampak.
6 Pagi-( 14 Julai 2015) Apabila ditinggalkan bersama asben, asben aku bagi semangat. Tapi masih lagi sama. aku masih tak boleh teran. Doc dah mula marah-marah, sebab dia takut baby lemas dan aku tertidur sebab kepenatan. Mungkin itu cara dia. Sumpah memang masa tu aku tak tahu nak push. Dan akhirnya doc buat keputusan untuk czer. Even kena czer aku lega coz baby masih boleh diselamatkan.
7 Pagi -( 14 Julai 2015) aku ditolak ke bilik pemedahan. 2 kali sedut gas yang nurse cakap boleh tahan sakit tu, aku dah tertidur dan lansung tak sedar apa-apa.
8 Pagi -( 14 Julai 20155) Alhamdullilah lahir lah seorang kalifah kecil Allah yang dinamakan Ahmad Naufal Iman Bin Ahmad Fuad. Semoga menjadi anak yang soleh mendengar kata dan taat kepada ibu bapa. Betul-betul ikut due, 14.7.2015.



3.2 kg 



Wednesday, 17 June 2015

Yeaaayyy!! Kencing kotor dah turun. 36 Weeks already

Asslamualaikum dan hai.

Semalam I checkup macam biasa. Well benda utama sekali ialah ujian air kencing I, so keputusannya dah turun. Alhamdulliah dari 3+ turun 1+, dan tak payah makan antibiotic yang bucukk tu lagi. Cuma dapat ubat lawaskan air kencing sahaja. 

Yeaaayyy !!! I dah 36 minggu. Nurse cakap I dah dalam tunggu hari ajerr. Semalam bila doc scan babybump I, doc cakap kepala baby dah masuk dalam lubang peranakan( betol ke? mungkin) tapi doc cakap memang dah masuk dalam lubang. So bila bila masa jer kalau baby nak keluar. Alhamdullah sekali lagi coz semua nya baik baik sahaja. 

Allah tak sabarnya nak deliver tapi dalam masa yang sama I tak nak cepat masa berlalu coz I rasa macam tak puas jer nak merasai keindahan semasa hamil. Serious !!! indah sangat. Allahh syukur sangat kerana diberi peluang. 

Keperluan baby alhamdullah buat masa ni I beli yang perlu jer dulu. Maklum lah buat masa ni I dalam kesempitan. Mana nak settle hal rumah baru, nak sambut raya lagi( raya ke ??) hahahah kalau deliver sebelum raya, memang tak raya lah. Insya Allah semoga dipermudahkan.

Sekarang memang I tengah eksaited tunggu orang baru, insya Allah lepas deliver I update pasal rumah baru I plak. Dari sebelum pindah sampai lah pindah.  

Wednesday, 10 June 2015

Alahai Kencing Kotor Lah Pulak !

Assalamualaikum dan hai !

Result ujian kecing manis haritu dah pun keluar. Alhamdullah 4.00++. That means gula dalam darah I tak tinggi. Tapi...... kencing kotor I still tak hilang, dan masih 3+. Sedihhhh ! -__-

Doc kata if kencing kotor I tak turun and after buat ujian pada air kncing I and bermasalah kemungkinan akan dihantar ke hospital besar untuk scan masalah bua pinggang. Oh no ! I tak nak !!! I tak suka masuk hospital, eeeeuuuu. Nanti dia cucuk tang sana sini. I ni penakot bukan berani sangat nak kena cucuk-cucuk ni. Tapi I risau sangat dengan anak dalam kandungan ni. Semoga dilahirkan cukup sifat (sempurna) dan sihat hendaknya.

Keputusan ujian air kencing pun dah keluar last Monday. And nurse kat klinik yang I selalu checkup tu call and suruh I datang amek ubat. Kate nya doc dah oder ubat untuk I. Ubat tu agak mengerikan., setiap biji dimasukan dalam tempat kita nak tut dengan suami, nasib baik ubat tu hanya 3 biji jer . Masuk hari ni dah 2 biji. Esok yang terakhir. Moga-moga I dan baby sihat hendaknya. Aminnnn.

Saturday, 23 May 2015

Omg ! Air Gula Kali Ke 3 -_-

Assalamualaikum dan hai ! 

Last day I checkup and berat naik 2 kilo ( dah biase) tapi yang OMG sangat sebab I kena minum air gula buat kali ke 3 minggu depan (mata pandang ke atas tangan di bahu) 

Uols bukan tak tahu I dah 2 kali okey minum air gula tapi tak disahkan kencing manis. Alhamdullah syukur sangat. Tapi disebabkan berat I asyik naik 2 kilo setiap 2 minggu. Doktor suruh I buat lagi ujian kencing manis. Keredhaan I terpaksa okey!! 

Every checkup kan kena buat urine test. So last urine test I disahkan kencing kotor. Sebenarnya dari bulan lpas I dah diberitahu yang I kncing kotor, tapi I buat dek jer dengan teguran doktor. Antibiotic pun I tak makan. Tapi last day I checkup kencing kotor I naik dari 2+ ke 3+. I mula risau. Doktor cakap kemungkinan akan effect pada kandungan. Makin la I takut !! Serious weyy ! takut sangat apa-apa terjadi pada baby ni. 

I dah baca experience ibu ibu lain. So far memang bahaya kencing kotor ni.  Antara nya kelahiran pra matang. So sekarang I banyak kan minum air masak, minum air barli panas homemade. Dan makan antibiotic yang doktor bagi dulu(yang tak makan). Hope sangat kandungan I tak ada apa-apa. Insha Allah. Aminnn  

Thursday, 23 April 2015

Minum Air Gula Kali Ke-2

Assalamualaikum dan hai ! 
Macam biasa semalam adalah hari untuk I checkup mingguan untuk ibu mengandung, dan semalam juga lah I kena minum air gula. Waaaaa !! tak sanggup rasanya nak cerita kesedapan air gula tu(drama) Bab air gula 1, bab I kena cucuk amek darah sampai 3 kali pehal ?? Sakit weyyy! Nurse tu macam tak profesional jer. Sakit lepas tu darah dia sedut tak cukup. Dulu masa minum air gula kali pertama dengan daftar buku pink, amek darah tak de plak kes macam ni. Rileks je darah I kena sedut. Kali ni nurse yang amek darah tak berapa nak okey la, tapi dorang sume mesra alam and baik-baik belaka.

Semalam timbang berat just naik 800 gram je. Nurse cakap, berat tak cukup naik. Sepatutnya naik 1kg. Memang I sengaja tak nak kasi berat naik. Sebelum pergi checkup I puasa 2 hari. Sambil jaga makan sambil puasa sunat bulan Rejab. Selalunya berat I akan naik 2 kg sekaligus. Nurse akan mula membebel, cakap terlebih berat, nanti anak besar lah kena kencing manis la. -_-!

Bagi yang hamil anak pertama akan kena enject bagi mengelakkan kancing gigi pada ibu and bayi. So semalam 4 kali la I kena enject. Bulan depan lagi sekali untuk kancing gigi. Rasa bengkak-bengkak 1 badan kena enject(propa je) heheheh!