Tuesday, 26 July 2016

Birthday Party Naufal - Superman

Assalamualaikum dan hai ! 

Alhamdullilah, selesai akhirnya parti hari jadi Opal. Masa ni aku buat sekali dengan majlis tunang adik ipar aku. So banyak dah save dekat situ. Jemputan aku hanya kawan-kawan dengan saudara mara yang terdekat. Lagipun mak mertua aku nak buat majlis tertutup je. Antara kita dan saudara-saudara terdekat. Part aku lepas adik ipar sarung cincin then belah lelaki dijamu. Masa tu la aku potong kek Naufal. Simple je, takde nyanyi or tiup lilin. Just senyum-senyum sambil potong kek. Maklum lah aku ni pemalu. Hikhikhik 😂😂

Kebanyakkam deco majlis ni aku DIY jer. Walaupun boleh tempah je nak tempah candy booth. Kadang-kadang harga yang dorang tawarkan tu tak masuk akal. Aku pernah survey belon helium yang bulat tu dekat online. 1 biji belon helium gas sahaja RM3-3.50. Belum masuk caj penghantaran lagi. Tapi bila aku pergi survey dekat kedai yang memang sediakan keperluan parti, 1 biji belon cuma RM2.50. Jauh gila beza yang dorang tawarkan. Sama juga, dah siap amek sendiri. Nasib aku tak oder online.
 
Tema untuk majlis Opal aku pilih superman

Belon helium gas tu aku oder 10 biji. Ingatkan nk susun selang seli biru merah, tapi aku buat majlis malam. So angin kuat sikit masa tu then belon tak statik. Penyelesaiannya tu yang segumpal belon macam tu. Gift untuk budak-budak pun aku diy je. Memang aku plan nak bagi dalam paper beg coklat lepastu lekat gambar superman. Tapi husben tak bagi. Dia cakap tak senonoh. Hurmm, bagi aku oke jer sebab memang trend. Kek aku tempah memang design sendiri. Lagipun kek ni simple dan cantik. Ramai  juga pm aku tanya pasal kek. Mungkin sebab cantik kot. Hikhikhik. Jangan perasan oiii, dorang pm sebab nak tanya harga je pun. 

 


Kek ni dalam dia kek pelangi. Ramai cakap sedap. Alhamdullilah tak salah aku pilih. Lagipun murah pun murah. Yela 2 tingkat kannn. Mesti lebih kurang RM200++ tambahan plak kek aku campur sikit dengan fondant. Tapi aku dapat kurang dari RM 150. Disebabkan husben bagi aku peruntukan untuk kek RM200. Aku tambah 20 biji cupcakes. Boleh buat deco-deco atas meja tu. 

Masa nak potong kek ni aku lupa yang biras aku ada belikan pop yang keluar kertas warna warni tu. Tak tahu la apa namanya. Heheh aku hentam je panggil pop. Lepas semua pihak lelaki balik. Tinggal saudara mara je. Aku pun keluarkn pop tu. Terkejut jugak masa tekan button dia. Sebab bunyi dia kuat. 

Cantik jugak hasilnya. Memang masa ni Opal macam blur-blur tak tahu apa. Makpak dia yang over. Hahaha. Kek pun dah tinggal setengah baru lorat nak pop-pop. Hahah. So sekarang aku belanja gambar jela. Sebab cerita pun dah habis. Alhamdullilah, esoknya ahad. Aku cuti dapat lah rehat sekejap sebelum berkemas. 

Kiri sekali biras iaitu isteri kepada abang husben. Kanan pulak bakal biras. Tunang kepada adik husben.

Opal terpaksa berdikari sementara inu sedang asyik melayan tetamu. 

Tudung merah tulah adik ipar yang bertunang. Nampak pelamin tu? DIY tu. 

Keluarga kecik, inshaAllah tahun depan Opal dan adik pulak. Hahah










Thursday, 14 July 2016

Selamat Hari Lahir Sayang ^^

Assalamualaikum dan hai !


Hari ni genap lah setahun usia Ahmad Naufal Iman Bin Ahmad Fuad iaitu permata, intan payung, gunung meletop aku tu. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka aku secepat ini dia membesar. Pejam celik pejam celik dah setahun dak Opal.

Tahun lepas masa ni aku tengah tunggu husben datang hantar makanan. Al maklum ler aku ceaser tu tak makan maknan sebarangan. Tapi dekat government hospital dia bagi jer orang bersalin makan ayam. Tak kira lah normal or ceaser. Tapi masa tu aku tak berani lak nak makan. Even akak katil sebelah aku bersalin normal elok jer dia makan. Mungkin lain orang lain kepercayaan.


Allah rindunya nak bersalin lagi. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi dibayangi ketakutan. Aku tak reti teran even laluan dah bukak 9cm. Sampai hari ni aku terkilan sangat-sangat. Kalau lah aku dapat putarkan masa. Aku nak sangat bersalin normal. Aku tak tahu apa salah aku masa tu. Doctor yang sambut baby aku tu cakap cara aku teran salah. Penat + sakit + mengantok + kena marah lagi, semua buat aku down sangat masa tu. Akhirnya aku ditolak untuk emergency ceaser. Alhamdullilah Opal lahir dengan selamat.

Sekarang aku tengah planing birthday dia. Hehe InshaAllah sabtu ni semua berjalan dengan lancar. Hadiah birthday dia yang aku idamkan pun dah dapat. Hehe. Kongsi-kongsi dari nenek ida, busu mira, paklong luqman, moyang nekpon.


Vrooom vroom !! BMW taw jangan main-main

Thursday, 30 June 2016

Mood Raya Dah Kembali. Yeaaayyyy !

Assalamualaikum dan hai !


Haritu aku ada cerita yang mood raya aku drop 20% sebab baju raya. Tapi kali ni naik 100% balik sebab baju raya jugak. Hahah ! Ini semua sebab jasa baik suami tercinta. Sebelum ni kan baju raya aku baju kurung Anzalna kaler emerald green beli dekat bazaar Klebang. Tapi aku tak suka baju tu sebab bagi aku pattern tu dah lama(takda lama cuma dah ramai pakai) and aku tak nak sama dengan orang lain. Macam terpukau beli baju tu. Dah sampai rumah baru perasan yang aku tak puas hati dengan baju tu. Baju tu memang cantik. Sangat cantik. Tapi kalau nak buat baju raya bagi aku, itu bukan lah pilihan yang terbaik. (sangat mengada !)

Bila aku selalu merungut kat suami yang aku tak suka baju tu, nak tukar pattern lain. Dia marah aku balik. Kenapa masa beli tak fikir. Bukan murah suami belikan. Dekat online RM120 ++ jer. Aku beli sampai RM170. Itu pun dah minta kurang kalau tak RM190. Haissshh ! Akhirnya demi sayang, dia layan kan jugak permintaan aku nak pergi tukar baju tu dengan pattern lain. Alasan aku bagi kat peniaga kedai sebab nak tukar ialah baju kurung Anzalna ni sempit bagi aku. Sebab aku breastfeeding anak. So nak angkat baju ketat. Dia suh aku tukar saiz tapi aku tak nak. Aku kata aku nak pattern baju kurung lain. Dia pun suruh aku pilih. Memang menyesal beli dekat kedai tu. Rate harga baju-baju kat kedai dia memang mahal. Lepastu pattern baju semua tak cantik. Masa tu memang susah aku nak buat pilihan. Sebab kesemua baju dalam kedai dia aku tak berkenan. Suami kata amek jela pape pattern pun. Kalau tak, pakai je baju kurung Anzalna tu. Dan akhirnya pilihan aku adalah



Lepastu aku cakap kat suami aku tak suka baju ni. Suami tanya kalau tak suka kenapa pilih yang ni. Aku jawab sebab terpaksa. Kedai tu dah takda baju yang menarik. Suami marah aku lagi. Dia kata, lain kali nak beli baju fikir betol-betol jangan main rembat jer. Aku cakap aku nak baju raya kain cotton masa tu aku ternampak kat bazaar Klebang. Suami tak payah membazir. Lepastu aku merajuk dengan dia. Aku cakap kali ni aku tak nak raya. Sebab baju raya tak cantik. Suami akhirnya redho je dengan pernagai aku. Dia kata gi jual baju ni kat sapa-sapa. Duit tu boleh beli baju yang aku nak tu. Aku merungut, aku cakap mana ada orang nak beli. Baju dah la mahal tak cantik plak tu. Suami suruh aku tanya mama. Kot-kot mama nak ker ? Jual RM120 kalau baju cotton yang aku nak tu mahal suami tambah lebihnya. Aku tanya mama dan akhirnya selesai. Mama beli baju tu. Saiz kami anak beranak memang sama sejak-sejak aku dah bergelar mak orang ni. 


Semalam suami ajak pergi beli baju yang aku nak tu. Baju tu tak lah berapa cantik. Warna pun jauh dari tema baju raya suami dan Opal. Tapi suami kata takpe janji kaler hijau. Baju tu pun banyak saiz. Maknanya tak ramai lah yang beli. So pagi raya nanti takda lah yang sama baju dengan aku. Hiihiih. Test-test dan akhirnya aku pun beli baju tu. Tadaaaaa


Mungkin baju yang aku pilih ni pattern lama. Tapi yang penting pattern ni tak ramai pakai. Dan aku sangat-sangat berpuas hati. Sebab aku memang perminat kain cotton. Terima kasih suami ! Love you 


Monday, 27 June 2016

Giveaway Raya Tugeda

Assalamualaikum dan hai !

Korang-korang yang mana nak dapatkan persiapan untuk baby contohnya baby carrier boleh lah singgah dekat Babywearing by Royanness ni. Design dia semua superb cantik !! Aku tengok pun dah rambang mata.

Uolls jangan tak singgah page Babywearing by Royanness plak ! Sebab page ni tengah buat Giveaway taw ! Tugeda Carrier & Royanness Babywearing nak berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama uollss. 1 unit baby carrier jenis SSC brand Tugeda standard size menanti pemenang bertuah. Aku dah join. Korang pun jangan lepaskan peluang !!





Langkah mudah :-

     1)   ''Like" page Tugeda Carrier

     2)   "Join" Royaness Group Royanness Group

     3)    "Like" post ini & "Share" post ini ( pastikan public setting ).

     4)    "Tag" kawan anda seramai mungkin ( satu nama satu komen ). 

 Pemenang dipilih secara random & diumumkan di Royanness Group. Tamat 28 June 2016. Good Luck semua!!!

Tuesday, 21 June 2016

Hilang Mood Rayaku - Kurung Anzalna

Assalamualaikum dan hai !


Korang dah beli baju raya ? Persiapan raya macam mana ? Mood raya korang okey tak ?

Haissh mood raya aku dari 100% terus drop 20%. Ini semua pasal baju raya lah. Semalam asben dah ajak pergi H&M cari baju raya aku dan Opal. Tapi macam mana tah aku boleh tergerak hati cakap tak yah. Aku ajak beli dekat Padini jer. Tapi bagi aku baju-baju dekat Padini memang oke dan harga berpatutan. Masalahnya sekarang seluar tak ada saiz. Sebelum pregnant and kawen memang aku selalu beli seluar dekat Padini. Time tu saiz aku like model lah. Hehehe sebab badan pun halus-halus aje. Sekarang saiz paling besar pun tak muat. Aku rasa time puasa ni la aku kurang makan. Haisssh! Lepastu aku cakap kat asben tak apelah, nanti seluar aku beli dekat butik Voir. Memang masa pregnant beli situ sebab ada saiz besar-besar. Baju jerla yang aku dapat rembat sehelai kat Padini sebab masa pilih-pilih tu dah nk kol 10 malam. Kedai pun nak closing.

Balik aku singgah Bazaar Klebang 1 Malaysia. Memang plan nak cari jubah untuk husben & dak Opal. Tapi jubah tak ada yang sedondon anak beranak untuk lelaki. So beli jela baju melayu warna Emerald Green. Cantik pulak warna tu. Patutnya amek warna unggu tapi asben kate hijau tu cantik. Masa tu jugak cari baju kurung untuk aku. Asben malas nak keluar banyak-banyak kali. So aku jumpa 2 baju yang berkenan. 1 kurung Anzalna 1 lagu kurung cotton manik. Kalau ikot aku memang peminat kain cotton. Tapi tak tahu ape yang buat aku tercakap kat asben nak baju Anzalna. Terus beli and bawak balik rumah aku rasa menyesal sangat beli. Sebab tertiba terlintas dalam pikiran baju ni kan dah lama release so ramai lah yang dah ada sebelum raya and pattern dia sama jer semua. Mungkin aku jalan raya nanti mesti ada yang pakai. OMG ! aku tak nak.. ! Kalau boleh aku nak orang tengok baju aku and cakap "cantiknya baju dia" paling penting orang tak pernah nampak baju tu. Mahal pun mahal sampai RM170. Kat on9 baru RM120. Aku boleh beli blouse kot RM50 tu.

Menyesal sangat beli. Rasa nak beli baju lain jer. Tapi mesti asben aku marah. Sebab membazir. Allah , mood raya pun ke laut.


Sumber dari facebook

Friday, 17 June 2016

Karnival Bazaar Ramadhan - Klebang 1 Malaysia

Assalamualaikum dan hai !


Bazaar memang sinonim dengan bulan Ramdhan. Bila Sampai jer bulan Ramdhan, semua orang berpusu-pusu pergi bazaar. Dekat situ lah orang cari makanan, baju raya, kasut raya, kuih raya ehhh tak kan semua aku nak sebut. Mau berjela-jela lah. dan aku akan jadi pengunjung tetap bazaar tu. Heheh. Bazaar yang jual makanan memang setiap petang lepas balik kerja aku akan pergi melawat dengan husben.

Setiap tahun area rumah mak mertua aku memang ada bazaar Ramadhan. Tapi tahun ni lain sikit. Sebab tahun ni meriah dari tahun yang sebelum nya.


180 tapak uolss. Meriah sebab aku dah pergi dah masa Ramadhan ke 8 ritu. Heheh cari kasut raya Opal. Memang ramai orang sebab khemah peniaga kiri dengan kanan. Rambang mata aku tengok. Jalan pun jadi sempit sikit, sampai langgar-langgar bahu. Masa ni aku tak survey harga baju sebab rasa macam awal plak nak cari baju pagi raya. Cuma cari kasut raya Opal jer. Kasut kena beli awal sebab nanti takot takda saiz. Masa cari kasut Opal ritu peniaga tu cakap setiap design kasut datang 1 saiz. Nasib aku rembat awal-awal.  







Mengah nak jalan wei. Boleh melecet kaki


Best. Macam-macam persiapan raya ada. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semua ada. Rugi lah orang melaka yang tak datang serbu tu.



Wednesday, 15 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Assalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah dah 10 hari kita berpuasa. Allah cepat nya aku rasa. Tinggal lagi 2 minggu jer nak sambut Aidilfitri. Hihi tapi dalam hati sebenarnya membuak-buak aku nak sambut raya. Al maklumlah tahun lepas aku berpantang sebab beranakkan dak Opal. Opal lahir 28 Ramadhan, kau rasa ?? Memang tak lah aku nak rasa rendang, ketupat, lemang bagai tu. Tapi tahun ni memang aku raya kaw kaw !

So, firstly persiapan raya aku adalah cari beg, kasut dan baju raya. Hurmm terpikir jugak dekat mana nak beli ? Murah cantik dan bergaya. Ehhh Nile.Com.My kan hadooo ! Lagi pulak sekarang tengah ada giveaway yang boleh menang wang tunai hingga RM 1000 ! Wow ni bukan macam, ini memang besst tahap dewa !

First kena tempek banner ni
                                               



Lepas tu kena pilih 5 items dari "Jualan Raya Meletop 2016" dan pilihan aku adalah 



JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


JLM2016 Sales price: RM17.00
Date: 17/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 units only


JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only



JLM2016 Sales price: RM9.90
Date: 21/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 180 units only


Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


Ya Allah Senang giler giveaway ni !!

Lepastu korang email details kat  give_away@nile.com.my dengan tajuk sekali. Contoh macam dekat bawah ni...

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016

Link blog :
Nama penuh : 
No. Telefon :

Uols jangan tak join taw ! Tamat 30 Jun 2016 (11.59 p.m) 

Nanti korang boleh check result dekat SINI


Semua aku nak untuk raya nanti. 3 untuk diri sendiri, 1 Opal punye dan 1 untuk suami tercinta. Rambang mata aku nak pilih. Semua cantik-cantik plak tu. Insha Allah kalau ada rezeki, tak kemana... ye tak ? Bukan selalu nak melaram. Hihi