Tuesday, 3 January 2017

Sambutan Tahun Baru

Assalamualaikum dan hai !

Sambutan tahun baru aku yang memenatkan. Almaklumlah, MIL aku pilih tarikh 31.12.2016 untuk majlis bertandang. So, kau rasa ? As a menantu aku kena lah rajin-rajin tangan kalau tak mampos kena umpat. Kena umpat lain citer beb ! Kena marah dengan husben tak tahan. Hehehe . Walaupun MIL aku menggunakan 100% semua dari catering but still penat coz ke hulu ke hilir macam anak aku yang kahwin. Hahaha !

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Opal pun baik sangat masa majlis. Dia pukul 10 pagi dah nak tidur. So aku pun bagi tek dan tidur kan dia. Memang time tu majlis baru nak mula sebab dah ada jemputan sorang dua orang sampai. Majlis dah nak penutup dalam pukul 3 petang camtu. Time tu dah hujan lebat. Orang pun dah makin reda. Opal pun bangun dari tidur. Wahh aku adalah orang yang paling bahagia haritu. Sebab Opal tak ada untuk mengacau kerja aku.

Lepas hujan reda. Aku sempat menyumbangkan suara yang tak berapa nak sedap ni. Karoke time ! Me with husben and me with "BIRAS". Walaupun tak sedap aku perduli hape ni majlis rumah aku, so lantak lah !


Memperkenal aku dan husben, adik ipar (pengantin lelaki) dan pasangan nya. Abang ipar dan isteri. Yang tak berteman tu sorang single (MIL) lagi sorang dah berpunya. Kihkihkih. Masa ni Opal tengah sedap diulik mimpi. Maklum lah dia yang paling busy malam sebelum majlis. Hahah !


Kiri sekali aku lah yang chubby-chubby comel tu. Sebelah tu biras. Ekceli aku kena panggil dia kaklong sebab dia kahwin dengan along husben aku, tapi disebabkan dia muda 4 tahun dari aku. So, weols panggil nama je. Wani (aku)-Tira(isteri along). Even dia muda aku tak pernah bahasa kan diri AKU KAU  dengan dia. Pengantin tua setahun dari Tira. Kanan sekali tu adik ipar aku. Single but not available. Tunangan orang. Hehehe !



Aceceh ! Siapa lah yang posing ala-ala model ni ? Hahah ! Ramai tanya aku, pregnant ke ? Ekceli belum ye kengkawan. InshaAllah aku berusaha tahun 2017 ni. Kalau diberi kesempatan pregnant lagi.

Jangan tanya mana Opal ye. Memang gambar dia takde. Huhu

Monday, 14 November 2016

Huggies vs Drypers vs Genki vs Petpet

Assalamualikum dan hai !

Bagi aku mana-mana pampers pun okey. Sebab anak aku dak Opal dia tak ada masalah dengan pampers. Masa dia baby mungkin lah ada sikit. Masa tu MIL rekemen aku pampers Fitti. Sejak Opal lahir memang aku bagi dia pakai pampers Drypers. Disebabkan Drypers pricey dia suruh aku pakai Fitti lagi pun Fitti murah. Bak kata orang, baby memang kerap berak dan kencing so pakaikan jer pampers murah so tak lah terasa nak membeli bulan-bulan. (maksudnya boleh berjimat)

Tapi masa permehatian aku, Opal pakai Drypers elok je bila aku terlupa nak tukar lampin or tak teringat nak tukar lampin dia bila dah penuh. Maklum lah masa aku dalam pantang, aku masih lagi impikan tidur yang lena. Tu yang terleka dengan alunan mimpi. Bila aku tukar ke Fitti, bahagian bird-bird dengan pungung dia merah-merah. MIL memang dah belikan aku droplene seblum beranak ritu. So, droplene lah penyelamat aku. Aku memang tak suka branf Fitti tu. Tapi disebabkan MIL aku ikutkan jela cakap dia. Then bila keadaan Opal macam tu, aku tak bagi dah husben beli pampers brand Fitti. Aku pakai dalam 2 bulan camtu lah. Pakai Drypers balik. Lagipun aku tak bape nak suka material Fitti. Dia jenis plastik.

Bila Opal dah pandai merangkak, dalam 9 ke 10 bulan camtu. Dia dah mula lasak. Memang berdrama aku nak pakaikan dia pampers jenis lekat tu. So, aku request kat husben beli pampers jenis pants. Husben setuju. Masa tu aku dengan husben pergi pasaraya Family Store, dia nampak brand Huggies twinpack macam ada offer terus kitarang beli. Sejak dari tu, aku memang pengguna Huggies.

Bagi aku yang baru bergelar ibu ni, aku kosong dalam bab-bab gini. Aku ingat Huggies mahal dan dia brand yang terbaik dari Drypers. Tapi sejak guna Huggies, bila opal berak jenis tak berketul mesti bocor. Aku tak perasan sangat benda ni. Sebab aku tak pernah tukar ke brand lain, disebabkan dia pakai pants  bagi aku normal lah. Bila dia bangun pagi, if pampers dia berat, kadang-kadang tu bocor jugak bila aku dukung dia.


Masa aku pergi baby fair kt MITC haritu, husben beli Drypers jenis pants. Dia cakap, alang-alang dah ada ni, beli jela. Lagipun kalau pampers dekat baby fair memang murah. So pemerhatian aku, takda pulak kes bocor or nipis macam yang diwar-warkan sebelum ni. Bagi aku Drypers dengan Huggies, Drypers lagi tebal dan tak bocor macam Huggies sebelum ni. Yes ! Drypers tebal okay. Yang kes nipis tu aku rasa dorang dah betulkan balik. So uols tak payah percaya cakap-cakap orang yang mengatakan Drypers nipis lah ape lah. 


Baru-baru ni pampers Opal dah nak habes, so aku dengan husben pergi beli pampers dia. Kali ni aku request kat husben nak beli brand Petpet. Dia tanya, bukan Opal pakai Drypers ke ?? Aku jawab nak try Petpet. Dia pun okey jer. So, aku bandingkan Petpet dengan Drypers. Finally terbukti, Petpet lebih nipis dari Drypers. Seriously memang nipis !! Haritu, member aku bagitahu yang dia nak beli pampers untuk anak dia yang bakal lahir nanti brand Petpet. Dia kata, Drypers nipis sebab tu dia nak beli Petpet. Dia dengar ramai ibu-ibu cakap macamtu. Nampaknya dia mudah sangat terpengaruh. Heh 😎 Bagi aku tengok gambar pun boleh tahu yang mana nipis dan tebal. 


Last week aku ada email untuk dapatkan free sample pampers untuk brand Genki !. Dah dapat and dah try pun. Genki ! lebih kurang Huggies ketebalan dia. Tebal dari Petpet tapi nipis sikit dari Drypers. So far, brand Genki ni okey. Material sama macam Drypers dan Huggies. Cuma Petpet material dia seakan-akan plastik sikit but okeylah.




Kat sini aku boleh buat kesimpulan. Drypers adalah pemenang antara semua. Dari ketebalan, material dan tahap kebocoran. 

1. Drypers

2. Genki !

3. Huggies

4. Petpet


Kalau uols nak lebih details boleh follow instagram tyaadnan wife Shukri Yahaya. Dia ada buat video lebih details pasal kesemua brand pampers. Tesco Love pun ada. Aku memang tak minat Tesco Love tu. lagipun tyaadnan cakap material Tesco Love tak bagus.




Tuesday, 8 November 2016

Business Card - Pixajoy !

Assalamualaikum dan hai !

Uols pernah dengar tentang pixajoy ? Pixajoy adalah website yang menawarkan perkhidmatan pencetakan. Sekarang uols boleh sign up dan dapatkan business card dengan percuma (postage kena bayar ye) Ye, PERCUMA. Kenapa aku bersungguh-sungguh kata percuma sebab aku dah try dan dah dapat pun. Bukan untuk aku tapi untuk husben. Sebab aku takda produk or tak berapa nak active pergi event. So tak berapa nak sesuai untuk aku ada business card. Lagipun husben aku memang menawarkan perkhidmatan pendawaian untuk rumah baru atau perkhidmatan yang berkaitan dengan elektrik. Why not, aku cuba dapatkan untuk husben aku. Free kan?

First uolsclick → pixajoy ni. Kemudian pergi ke product lepas tu cari perkataan name card-new.  Bila dah jumpa click name card-new tu akan keluar banyak pilihan name card. Untu business, spa, parent card dan macam-macam lagi. So aku pilih bahagian Business - Farve Fun.



Lepas pilih-pilih korang click dekat CREATE FREE 1 SIDE DESIGN


Uols kena sign up dulu ye. Nanti ikot jer step yang dia suruh. InshaAllah senang. 



Tadaaa ! siap sudah. Seingat aku, aku buat hari selasa macam tu. sabtu dapat dah. Cepat kan ? Lagipun pixajoy ni menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah. Ishhh kenapa lah masa birthday Opal dulu aku tak kenal pixajoy ni. Mesti dapat buat kad dan sticker birthday dia.

Wednesday, 2 November 2016

Shopping Di Onniso !

Assalamualaikum dan hai !


Semalam aku baru update enty pasal Onniso. Aku beli barang mainan untuk Opal. Harini dah sampai barang yang aku oder. Alhamdulillah cepat sungguh service dorang. Dorang pos guna Gdex. Aku ingat lagi 2-3 hari or mungkin seminggu. Well murah kan, mesti barang oversea.







Sangat puas hati dengan barang dioder dengan barang yang sampai. InshaAllah aku akan repeat oder lagi. Wuhuuuu ! Tak sabar nak tunjuk Opal. 


Tuesday, 1 November 2016

Semua Item Bawah RM10 ! Huh, Tak Percaya ??

Assalamulaikum dan hai !

Wahhh semua item bawah RM 10 ? Betul ke ni ?

Betul gais, aku sendiri dah shopping barang mainan untuk Opal. Onniso  adalah website yang menjual barangan permainan kanak-kanak berharga serendah RM 10. Aku yang dah bergelar mak orang ni memang teruja bebenau lerr. Murah kot. Lagi-lagi minggu gaji ni, memang aku borong lah untuk Opal. Kalau kita berbelanja sebanyak RM 50 keatas akan diberikan caj penghantaran percuma. Berbaloi tak ? Bagi aku memang sangat berbaloi. Bayangkan lah dengan berbelanja RM 50 macam-macam uols akan dapat, sebab harga setiap barang murah sangat !!!








Mommies semua jangan rambang mata pulak okeyyh ! Barang-barang yang aku shopping untuk Opal ada 3 barang. Kenapa 3 ? Sikit je kan ? 

Opal baru setahun jagung. Ada yang sesuai dan ada jugak mainan yang tak sesuai umur Opal. Jadi aku kena lah bijak buat pemilihan supaya barang yang aku beli nanti berfaedah untuk dia dan tak membazir. Maklum lah sekarang kegawatan ekonomi. Kos sara hidup makin tinggi. 

Yang pertama : -


Korang mesti pernah tengok kan? Benda ni zaman aku budak-budak pun masih wujud lagi. Aku sendiri suka main benda ni. Lepas tulis or lukis boleh padam dengan sekelip mata jer. Bagi aku elok lah aku beli untuk Opal. Sebab tiap kali check-up, nurse dekat KK akan try bagi dia pen dan kertas. Nurse suruh aku dedahkan dia dengan alat tulis nsupaya boleh tengok perkembangan dia. Aku bagi tapi dia tak conteng kertas, dia conteng kaki dia. Cantik sangat dia buat art kat kaki dia taw !! Hahah 

Yang kedua :-


Aku tak payah terangkan pun uols tahu kan ni apa. Aku saje jer beli sebab setiap petang aku akan bawak Opal untuk jalan-jalan. So, sambil jalan sambil main buih sabun. Wahhh bonda bonding sangat. Kihkihkih ! Lagipun masa aku pergi Festival Food kelmarin, Opal dok kejar-kejar belon yang budak kat situ main. bila aku tanya nak ? Dia angguk kepala tapi masa tu dah nak balik, penjual belon tu pun aku tak nampak kat mana. 

Yang ketiga :-


Kenapa aku beli jam ? Opal kan setahun jagung. nombor pun tak kenal lagi ? Hahaha, bukan suruh dia tengok nombor sebenarnya. Dia suka sangat tengok jam apaknya. Bila apaknya bagi pakai, wahh bukan main dia bergaya dengan jam apaknya. Sayang jam apaknya besar dan longgar kejap-kejap tertanggal. Penat apaknya nak sarung balik. So belikan lah dia 1. Lagipun memang murah, sebab tu aku rasa sangat berbaloi. 

Macam biasa kalau pembelian bawah RM 50 akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM8. Total barang aku RM 21.30 + RM8 = RM 29.30. Wahhh jimatnya. Dapat 3 barang dengan serendah RM 30 jer. 

Minimum pembelian adalah sebanyak RM 20. 


Selamat membeli belah --- Anniso


Monday, 31 October 2016

Thai Food Festival MITC, Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Aku sebenarnya bukan lah food hunter tapi biasalah aku  ni kalau bab makan memang tak boleh dipisahkan. Sekarang MITC tengah buat Thai Food Festival.




 Makin berbuak-buak lah hati ini nak pergi. Tak nak ketinggal lah kata kau ! Aku cadang dengan husben nak pergi jumaat lepas tapi disebabkan jumaat tu husben kena hantar kereta adiknya ke rumah kawan dan aku kena bankin duit terpaksa lah aku tunggu berjam-jam lamanya untuk tunggu giliran. Jadi plan untuk pewrgi hari jumaat ut dibatalkan. Sadiss betol !

Husben janji nak bawak hari ahad nanti kalau kerja habis awal. Bila tiba hari sabtu, aku merajuk dengan husben sebab henpon aku button tengah tu tak boleh tekan. So, cara dia nak pujuk aku dengan ajak aku pergi Thai Food Festival tu malam sabtu tu jugak. Kebetulan memang dia balik kerja awal. Dia takut ahad nanti tak sempat pergi. Tapi aku tak berapa nak eksaited lah, sebab henpon aku tengah rosak. Mood semua dah lari jauh ke laut ! Husben paksa-paksa suruh pergi, aku dengan berat hati pun pergi. Memang takda mood lansung masa dalam perjalanan tu.

Selepas 1 jam perjalan ke MITC. Akhirnya aku sampai ke destinasi. Macam biasalah parking memang susah. Terpaksa parking tepi-tepi jalan. Bila sampai aku macam teruja sikit lah (mood baru sampai).











Terliur ?? Sedap ?? Mestilah kan dalam gambar semua nampak sedap ! Hahah. Meh sini aku citer sikit. Sampai-sampai jer, aku tengok ramai orang. Masuk-masuk jer khemah dah terasa bahangnya. Entah macam mana lah peniaga kat situ meniaga seharian. Lepastu husben tanya aku ''yang nak makan apa ?'' aku pun jawab "nanti dulu lah, kita jalan dulu, ramai ni nak makan kena beratur. Cari yang tak ramai'' Husben nak beli air "jap abang beratur beli air jap, haus ni" -SETENGAH JAM KEMUDIAN- okey jom ! Setengah jam habis gitu hanya beratur untuk beli air balang je okeyh !

"Yang nak makan apa ?'' "Jap lah abang semua kena beratur ni, cari yang tak kena beratur" Pusing 2-3 kali dalm tu. "Dah lah yang nak makan beratur jela" "hurmmm okeylah." Husben pun decided nak makan benda panggang yang  dicucuk. 


Macam dalam gambar ni, suami beratur hampir 1 jam untuk dapatkan nya. Allah ramai sungguh yang nak beli. Aku tak tahulah, peniaga yang salah sebab tak prepare awal or pembeli yang ramai sangat. Sebatang RM3. Sedap sangat. Opal suka. Aku dan husben pun suka. Lepas beli ni, husben kata jom balik makan kat tempat lain. Kat sini nak makan, mau pukul 12 am baru dapat makan semua jenis makanan. Aku pun tak larat nak menunggu. Penat ooiii ! Tunggu jer ! 

So, aku decided pulak nak makan kat mana. Aku ajak husben makan kat Opocot Cafe alang-alang dah dekat dengan rumah. Nanti nak balik dah tak jauh. Lagipun masa nak balik dari festival tu dah hujan. Nasib aku balik awal, kalau tak mesti Opal kena hujan. 

Tak tahu lah apa nasib haritu, pegi festival dah lah ramai, pergi cafe ni pun ramai. Ohhh ! Lupa plak cuti Deepavali patut lah ramai semacam. Ngeee ~~

Masuk kedai memang takda meja, 10 minit jugak lah aku berdukung dak Opal sambil tunggu meja kosong. Finally dapat jugak meja. Aku oder char kueh teaw kerang sebab memang tengah teringin makan char kueh teaw dari minggu lepas, Husben pun oder yang sama, coz chicken chop yang dia oder tu takda. Yelahh, dah ramai-ramai kat kedai tu besar kemungkinan menu yang ada banyak sold out. Aku nak oder char kueh teaw soft shell pun takda. Takpa, next time boleh oder lagi. Lagipun not bad char kueh teaw dia. Rasa macam nak oder 2 pinggan. Bhahahaha! Tapi next time aku nak makan ni. 




Credit to Opocot Cafe 



Menarik bukan ?? Hahah 














Wednesday, 26 October 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Assalamualaikum dan hai !


Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun mummy Azlinda Alin nak buat GA !!! Seronoknyaa. InshaAllah kalau ada rezeki, boleh memenangi  Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 !!! Bukan senang orang nak bagi free-free gitu jahh !



*Tujuan aku  memenangi hadiah GA ini adalah untuk diberikan kepada anak aku iaitu Amad Naufal Iman B. Ahmad Fuad (Opal) yang berumur 1 tahun 3 bulan. Opal belum pernah dibelikan hadiah seperti Play-Doh oleh aku mahupun husben. Motif utama aku adalah untuk lihat perkembangan dia semasa bermain dengan permainan seperti Play-Doh ni. Mampukah otak dia berhubung seiring dengan tumbesaran dia. Semoga ada rezeki Opal dalam GA by mummy Azlinda Alin ni.

Klik ----- SINI untuk maklumat lanjut ! Semoga berjaya !

Tamat ------ 7 November 2016