Tema untuk nikah Sha pilih putih coklat. Asben memang macam tak ikot tema sangat, sebab dia seorang yang degil. Disuruh beli sampin kaler coklat tak nak. Haishhh. Nak jugak pakai sampin recycle abang dia. Baguslah, dia seorang yang berjimat. Tak macam bini dia yang over boros (owner blog) hahaha.
Sha dinikahkan oleh ayah Sha sendiri di perkarangan rumah. Yang meramaikan majlis, sedara mara dan jiran-jiran pada hari jumaat sesudahnya solat jumaat. Debaran nya jangan cakap lah. Eksaited, takut, malu suma ada. Sedih tu tak ada lah. Tapi lepas pergi rumah blah lelaki, time tu memang sebak gila bila teringatkan mama Sha. Rindu sesangat time tu. Tak sampai 1 hari pun kat rumah blah asben.
Well sorang jer anak perempuan dari 7 orang adik beradik. Mesti lah Sha yang paling rapat dengan mama. Lepas ni dah tak boleh nak manja-manja dengan mama. Manja pun sekejap-sekejap je. Hurmmm...
Okehh tutup kisah sedih, now Sha belanja gambar nikah plak . Heheheh
No comments:
Post a Comment