Friday, 26 August 2016

Shell Out Di Restoran Selera Warisan D'Maria

Assalamualaikum dan hai !

Minggu lepas husben ajak aku pergi makan shell out di kota fesyen berhadapn dengan Mydin Mitc. Benda ni dah lama aku request. Sejak makan berlambak ni tengah hot masa tu. Baru sekarang hajat aku berkesampaian. Sedihhhh !

Mula-mula aku dan husben memang tak pernah pergi or lalu pun restoran ni. Gara-gara adik ipar share gambar dekat group whatsapp. Husben pun jadi terliur nak makan. Adik ipar kata sedap. Sedapp ker ?? Okeyy aku review sikit pasal shell out Restoran Selera Warisan D'Maria ni.


Belanja 1 pict dulu

Macam dalam gambar korang boleh nampak apa yang aku makan. Benda ni sebenarnya set. Dalam buku menu, minimum makan adalah 2 orang. Harga untuk 1 orang makan adalah RM30. Biasa orang akan panggil kepala. So bila aku dan husben + Opal jadi dikira 2 kepala RM60. 1 kepala akan diberi nasi putih, ketam, udang, sotong, kupang dan sayur-sayur (brokoli dan kubis bunga) selain itu 1 mangkuk kecik sup sayur dan buah oren sunkist sebagai pencuci mulut. Air diberi 2 pilihan antara sirap ais atau limau asam boi ais. Aku dan husben pilih air sirap ais dan dapat 2 ekor ketam (mungkin 1 set 1 ekor ketam kot). Husben mintak 1x  nasi tambah. So total RM62. Kesimpulan nya 1x nasi tambah adalah RM2 (macam mahal jer)

Untuk pengalaman aku, ni pertama kali aku makan berlambak macam ni. Rasa selesa bila makan macam ni sebab lebih menggunakan tangan. Aku memang orang kampung betul. Service dari pekerja dia pun tiptop. Kata firstime so mesti lah aku terpingga-pingga masuk kedai. Alhamdullilah pekerja dia ramah dan mesra. Takder lah nampak macam rusa masuk bandar. 

Rasa makanan dia pun boleh tahan. Tak pedas sangat so sesuai untuk Opal. Cuma yang aku perasan makanan seafood dia ni memang siap sedia, So bila custemer oder ondaspot dia kan hidang. Bagi aku makanan macam ni tak berapa lah. Aku dan husben memang gemar makanan panas-panas. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku untuk makan bershell out dekat sini. Aku suka gila kat pekerja dia sebab servive tip top and friendly.

Ohh lupa pula, dekat sini memang dikira set, air boleh refill tanpa caj. Untuk air yang dalam set jela iaitu sirap ais dan limau asam boi ais. Kalau kita nak tukar air pun boleh tapi mungkin dicaj harga lain. Selain itu, kedai ini juga menyediakan makan panas seperti goreng-goreng. 







Tempat makan memang selesa betul. Bukan sahaja boleh makan dalam kedai. Dia ada open table di bahagian luar. Sambil makan sambil cuci mata tengok abang bangladesh jual karpet.


Lokasi : Restoran Selera Warisan D'Maria 

No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC Ayer Keroh, Melaka.


Facebook : Restoran Selera Warisan D'Maria  (masuk jalan-jalan cari makan TV3)


Kaau ada yang bercuti di Melaka tapi tak tahu nak makan apa and dimana. Aku suggest kan korang makan dekat sini. 

4 comments: