Assalamualaikum dan hai !
Kecantikkan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. So sebagai seorang wanita yang berkerja dan seorang ibu aku kena lah jaga penampilan, tak nak lah dilabel makcik-makcik walaupun baru 25 tahun. Sebelum ni aku dapat hadiah Set Deeja Cosmetic so setiap malam aku gigih amalkan pemakaian set Deeeja Cosmetic walaupun aku sendiri mengaku yang aku ni bukan seorang yang berdisplin dalam bab kecantikkan. Maksud aku tak berdisplin tu macam, nak cantik tapi malas nak konsisten dalam sesuatu produk. Contoh hari ni aku pakai krim esk tak, esok + esok tak pakai. Lepas 2-3 hari tak pakai baru sambung pakai.
Sejak dapat set Deeja Cosmetic tu, aura aku lain macam sikit lah. Setiap malam rasa macam tak lengkap je bila tak sapu krim dari Deeja Cosmetic ni. Maklumlah nak cantik jangan malas ! Aku pegang prinsip tu sampai sekarang.
Dah 2-3 hari jugak lah aku amalkan pemakaian Set Deeja Cosmetic ni. Aku sendiri dah boleh nampak perubahan.
Kiri adalah gambar sebelum aku guna Deeja Cosmetic. Tengok tu kotak pun masih berbalut lagi. Kanan pula gambar selepas 3 hari gunakan.
Perbezaan yang aku nampak dan rasa.
*Lingkaran bawah mata (mata panda) dah tak berapa nak nampak. Uols boleh nilai dari gambar diatas.
*Muka lebih nampak flawless dari sebelum (gambar ni aku snap sebelum pergi kerja, yang kiri just guna pelembap SAFI dan baby powder. Kanan selepas 3 hari menggunakan Deeja Cosmetic) Both no filter. No makeup no 360 camera hokeyy !
*Tona warna lebih sekata.
Macam aku uols boleh nampak. Aku memang tak ada masalah jerawat atau jerawat. So untuk masalah jerawat/jeragat aku tak dapat nak bagi feedback macam mana. So far, guna pencuci muka dari Deeja Cosmetic memang best. Jarang kulit aku tak berminyak macam sekarang.
Kebanyakkan bahan-bahan dia adalah dari bahan semula jadi. So takyah risau pasal bahan-bahan kimia. Ia juga selamat dan halal untuk dibawa solat.
Routine baru sebelum tidur.
1. Bersihkan wajah dengan sabun pencuci muka yang dirumus khas dari bahan-bahan semula jadi
2. Sapukan Toner Nano dengan kapas secara lembut
3. Calitkan Krim Malam secara menipis sebagai lapisan pertama
4. Oleskan wajah dengan Krim Nano (malam) sebagai lapisan kedua
Lepastu bolehlah tidur dengan senang hati. Oleyy !
wahhh nampak perbezaannya. memang berkesan la nie :D
ReplyDelete