Bagi aku stroller memang penting. So bila ada anak kedua nanti. Aku dah mula listkan stroller yang patut aku beli and ikut bajet yang ada. Memang masa Opal dulu aku tak beli. Disebabkan ikut cakap orang, sekarang aku dah mula menyesal. Ekceli kalau beli masa anak first memang tak akan rasa ralat, sebab adik-adik dia boleh guna kendian hari. Tapi bila dah nak masuk 2-3 orang anak baru nak beli rasa macam membazir pulak. Hmmm
So kat sini ada dalam 3 jenis stroller pilihan hati. 1. Aldo/Baby Trone 2. Quinny Zap Xtra 2.0 3. Foo Foo/ Donna. First rasa menyesal tak beli stroller, aku dah mula berminat dengan stroller roda 3. Bagi aku pattern roda 3 ni memang memenuhi citarasa. Bukan aku malah ibu-ibu di luar sana. Yang Paling aku suka SCR6 Maroon. Memang tertarik sangat. Sejak aku baca feedback ibu-ibu yang guna. Dorang kata stroller ni berat dan makan ruang. So terus aku cancel.
1. Aldo atau Baby Trone. Kenapa ? Fist Dia compact dan jimat space and boleh bawak travel.
Plus stroller gini ringan. So tak menyusahkan lah bila dah anak 2-3 nanti. Capai terus bukak and siap. Then nak masuk kete, lipat terus campak dalam bonet. Senang !! Harga pun tak mahal sangat. Aldo RM500++ dan Baby Throne pula RM300++.
2. Quinny Zap Xtra 2.0. Disebabkan aku dulu minat jenis yang 3 rodaSo aku pilih Quinny. Kenapa ? Sebab Quinny boleh lipat sekali dengan frame and boleh letak sekali carseat (maxi cosi) So macam, 2 dalam 1. Biasa baby 4 bulan kebawah masih tak tegap untuk duduk. Boleh lah guna maxi cosi untuk baby 4 bulan ke bawah.
Harga pun boleh tahan. RM1,400-RM1,600. Aku minat sangat warna merah. InshaAllah kalau ada bajet memang nak beli. Beli mahal sikit takpe. Boleh simpan lama.
3. Foo Foo / Donna. Ekceli Donna. Tapi ada yang jenis ciplak and harga murah dari Donna iaitu Foo Foo. Donna Rm2k gitu. Foo Foo ni Rm1300++. Kenapa aku suka ? Sebab 2 dalam 1. Stroller carseat.
Kekurangan stroller ni cuma budak 1 tahun mungkin tak akan selesa coz ruang dia macam sempit sikit. Yang ni sesuai 1 tahun ke bawah. Kalau tengok pun boleh tahu.
So kesimpulan nya sekarang. Ketiga-tiga stroller ni sangat berguna. Sampai aku tak tahu nak pilih yang mana. Haishhh !
No comments:
Post a Comment