Pulau Besar ? Nama jer duk Melaka, tapi aku belum pernah menjejakkan kaki kat Pulau Besar ni. Ekceli bukan aku nak sangat pergi, coz aku sendiri tak pernah mengoogle tepat-tempat yang menarik di Melaka. Ini pun ajakkan dari akak ipar sendiri. Nak dikatakan memang setiap bulan or kelapangan dia akan ke Pulau Besar untuk mengutip hasil laut. Dah tempat wajib bagi dia dan family. Plan punya plan tup-tup kami pun sampai !
Alhamdulilah perjalan kami dipermudahkan even masa nak ke jeti, aku dari rumah memang tak bawak lesen dan IC. Memang cuak lah, dengan perangai Opal nak menyusu masa aku drive. Aku dan suami berpisah, kiteorang bawak 2 buah kereta untuk keselesaan bersama. Lagipun tak jauh dari rumah mama. Dalam setengah jam je.
Pulau Besar ni macam-macam, cerita ada. Aku tak nak lah cerita. Uolss boleh mengoogle sendiri sejarah Pulau Besar ni. Aku hanya akan cerita part holiday aku jer. Untuk boat ke Pulau Besar aku dan family 5 orang + Opal budak tak sampai 2 tahun. Orang boat tu chage RM60 untuk oneway. Tapi kalau return RM100. Okey lah, bagi aku not bad harga dia. Untuk family akak ipar aku lak FOC coz dorang ada boat sendiri. So aku amek oneway jela, balik nanti aku just naik dengan dorang. Disebabkan dorang sampai dulu sehari sebelum aku dan family. Terpaksa la aku naik boat yang berbayar untuk ke pulau.
Masa sampai air dah surut. Aku memang tak mandilah. Panas-panas terik petang tu. Opal jer mandi. Untuk aktiviti husben pula dorang yang lelaki pergi mengutip hasil laut. Menjala dan memasang jaring. Belah malam pula, husben dengan hobi nya memancing. Memang itulah tujuan utama dia. bak kata family akak ipar, memang banyak ikan kat Pulau Besar ni. Malang nasib suami coz masa kiteorang pergi ni bukan musim ikan kot. Lansung tak dapat ikan. Kesiann ! Yang paling gembira mesti lah Opal.
Budak yang dalam kesejukkan mandi laut
Kekonon sweet main buai gitu, ala-ala bawang merah dekat pokok beringin. Haha
Cover sikit, takot tali tu putus jer. Badan dah berat. 80 kilo uols !!
Aku, family dan family akak ipar tidur dalam khemah. Ekceli tidur dalam khemah memang okey sangat. Kemudahan makan dan mandi memang dekat. Sebelum pergi aku riki chalet dekat situ, RM 150 atas bukit dan RM 180 bawah bukit. Bagi aku macam tak berbaloi, chalet jauh dari laut. Penat nak jalan then mahal !. So aku putuskan untuk tidur khemah jer. Khemah pula memang dari akak ipar sediakan. Besar dan selesa. Aku Opal dan mama tidur khemah. Adik dan husben tidur atas tikar dekat luar. Ekceli dorang nak pergi memancing so tak kesah pasal tempat tidur. Transport dekat pulau tu memang mahal. Tapi bab makan tak jauh beza dari bandar. So far, untuk beriadah or jalan-jalan di Pulau Besar ni amat berpatutan. View pulau ni pun tak kurang cantik. Sedap mata memandang.
No comments:
Post a Comment