Friday, 4 August 2017

So Excited !! My Second Pregnancy

Assalamulaikum dan hai !

Aku bersyukur dan gembira sangat. Yess ! I'm pregnant. Dalam kiraan aku guna apps sekarang lebih kurang 6 minggu usia kandungan, sekecil kacang pea. Alhamdullilah, aku terima dengan hati yang terbuka. Ekceli memang aku rancang untuk tambah anak selepas usia Opal 2 tahun. Genap je Opal 2 tahun aku pun dihadiahkan dengan berita gembira.

Aku last period masa bulan 6 iaitu 21 haribulan. Dari bulan 1 aku dah mencuba, tapi belum diberikan rezeki. Kadang tu aku terfikir negative. Kenapa aku masih tak pregnant lagi. Aku akui masa untuk dapatkan Opal dulu aku gap 2 bulan lepas bernikah.

 Bila masih belum diberikan rezeki aku buat keputusan untuk menguruskan badan. Start dalam bulan 6 haritu , awal ramdhan aku dah berdiet. Sebelum aku diet berat aku hampir-hampir 80kg, dalam 78-79 kg. Lepas sebulan, masa raya aku timbang 74-75 kg. Kihkih masa tu gembira nau nau ler. Bila dah hujung-hujung bulan aku dah syak yang aku tak period lagi. Aku tak sangka pun akan positif. Sebab sebelum ni memang period aku ada lambat sikit tapi bila test negative je manjang.

Masa tu aku tak tahu apa perasaan, suka or sedih. Yerla dalam aku tengah berkobar-kobar berdiet terpaksa pulak stop sebab dah pregnant. Tapi bila suami aku berikan respon yang baik. Perasaan negative tu mula bertukar positif. Now, aku rasa sangat eksaited bila pregnant. Even dulu aku pernah cakap, 1st dengan 2nd pregnancy takkan sama eksaitednya maklum lah 2nd kan. Tapi bagi aku sekarang, kalau 2nd ke 3rd ke yang ke 10 ke aku still rasa macam 1st pregnancy. Ternyata sangkaan aku dulu meleset. Huhuhuh.


Ini test UPT yang pertama tak ingat pulak tarikhnya tapi hujung bulan 7 dalam 28-29 / 7 / 2017 macamtu. Nampak sangat kabur tapi aku yakin aku pregnant. Kenapa ?? Sebab Opal dulu pun macam ni. Lagi pun boleh tahu kann memang aku tak period dah sebulan. 


Ini UPT test yang aku buat pagi tadi 4 / 8 / 2017. So tak ada keraguan lagi tentang kehamilan aku ini. Heheheh

Aku mengaku masa aku 1st pregnant dulu. Opal dalam perut aku blur / kosong pasal pregnancy. Umur bukan budak, 23 tahun kot ! Tapi aku kosong. Yang aku tahu , shopping baju baby comel-comel, beranak tu sakit, cuti 2 bulan dibayar gaji. Hahahah. 

Bab pantang, supplement, urut lepas bersalin, penjagaan diri lepas bersalin. Memang aku amek mudah. Bab beranak lagi aku kosong. Sebab tu aku beranak czer gara-gara tak reti teran. Huh ! Aku harap 2nd pregnancy ni aku lebih bersedia dari dulu. Aku nak beli yang perlu, benda wajib "berpantang" dan paling penting aku boleh beranak normal, InshaAllah. Aminn

Bila dapat tahu yang aku pregnant, masa awal-awal ni la aku dah mula makan dan minum benda-benda berkhasiat. Acid folic aku dah beli, tak payah tunggu klinik bagi. Nak tak nak aku paksa jugak diri aku minum susu. Aku amalkan susu HL marigold. Alhamdullilah, diterima tekak. Suami suruh aku minum susu tepung ibu mengandung. Bukan aku tak nak, aku takut jadi macam pregnant kan Opal dulu. Susu lansung tak boleh terima oleh tekak. Paksa jugak minum, tak sampai setengah jam, perut dah mula memulas dan loya and muntah semula susu tu. Tapi aku akan cuba untuk minum susu ibu mengandung. Kalau tak boleh jugak, terpaksa la aku minum HL je.

Banyak feedback yang positif berkenaan pati delima Gulsan. Semua dari ibu-ibu mengandung. Ada yang kata naik kan HB, ada kata lepas beranak anak kurang and takda kuning, selain itu delima kan memang buah yang berkhasiat. Mana tahu aku dikurniakan puteri pulak ni, putih melepak dia keluar nanti. InshaAllah. Heheheh. 


Bercakap pasal anak perempuan. Memang masa aku plan nak tambah anak haritu, aku guna calender gender chinese. SINI. Aku sungguh nak anak perempuan sebab Opal dah boy. Cucu belah mama masuk Opal 3 boys. Cucu belah mertua Opal first and sorang. So harap la aku dapat pregnant kan girl. Sampai aku larang suami makan seafood sebelum nak bersama. Hahaha Tapi tak da rezeki masa tu, so aku macam tak kesah dah bila bersama. Tup tup melekat pulak. Aku macam redha je sekarang boy ke girl ke aku terima dengan hati terbuka. Dan aku sayang kedua-dua anak aku nanti. Semoga aku boleh berlaku adil. Aku dah buat keputusan. Lepas beranak yang kedua ni nanti. Aku akan merancang, sampai kedua-dua dah sekolah baru aku akan fikir untuk tambah anak LAGI. Hahaha. Aku nak guna perancang Implan. Orang cakap anak tu rezeki, buatpe nak rancang-rancang, orang len nak dapat anak kemain susah lagi bila kau dah boleh nak sekat-sekat pulak. InshaAllah kalau diberi rezeki aku takkan tolak. 






Monday, 10 July 2017

Trade In Cincin Tunang + Risik

Assalamualaikum dan hai !


Gambar di atas adalah cincin tunang aku yang dah kecik and takmuat dah. Ekceli masa tunang dulu cincin ni selonggaunya tidak (besar dan longgar) Maklum lah zaman anak dara aku selim melim (kurus) Aku pernah terbaca tips beli cincin, better beli besar sikit takpa, mungkin 1 hari nanti badan akan naik selepas kahwin mana tahu still boleh pakai lagi. Tapi aku, dah naik terus terus naik, berterusan naik takda stop-stop. Hahahah

Aku request kat husben nak tukar cincin, sebab dah tak muat. Husben pun okey, disebabkan aku offer untuk trade in cincin risik + cincing tunang untuk 1 cincin batu. Cincin risik aku pun tak muat dah. Heheh. Sebelum ni husben hadiah kan aku cincin belah rotan masa besday. So aku macam okeyla, at least aku ada 2 cincin, 1 rotan 1 batu. Sayang memang sayang. Orang kata itu kenangan kot masa tunang. Takkan kau nak trade in. Tapi lagi sayang kalau simpan aje tak pakai. nanti husben aku bising "ayang ni, orang beli ayang pun nak beli tapi orang pakai ayang simpan, baik tak yah beli

Masa tanya kedai area kg. Jawa 1 kedai ni amek 2 cincin + buah gelang (aku potong sekali masa nak trade in cincin ni. Sebab gelang tu panjang) Dia bagi harga RM360++ tapi dia dah mention aku awal-awal cincin batu kedai dia bukan 916. Tapi aku tak nak. Aku ajak husben pergi kedai LIKO, kedai yang mertua aku selalu beli emas. Kedai tu tak amek trade in cincin batu pulak dahh. So aku masuk kedai sebelah nya. Aku tunjuk barang and cakap nak trade in, dia kira-kira harga barang and cakap kalau trade in dapat RM465. Aku pun pandang husben sambil buat muka "nak-nak". Husben pun suruh pilih cincin. Sebelum pilih aku cakap dengan amoi tu nak emas 916 dia pun tunjuk lah yang mana aku nak tu. Hahaha husben sebenarnya bajet RM200 je kalau tambah beli cincin lain. Tapi aku dah pilih over bajet dia. Cincin yang aku pilih tu kene Tambah RM400. Tapi macam biasalah, husben tawar dapat RM370. 

Aku memang nak cari cincin crown, sebab memang idaman. Batu-batu dia pun jenis tak timbul. Sesuai la untuk aku yang lasak ni. Tapi saiz aku plak besar gedabak. Cincin tu bukan saiz aku. Masa cincin tunang yang dulu mertua belikan. Tapi aku dah pesan tak nak batu banyak but still dapat batu banyak. So kali ni aku nak pilih cincin batu tenggelam. Tapi tak banyak pilihan sebab jari aku aku gemuk. Banyak saiz kecik-kecik je. Bila berkenan, bajet pulak takda. Aku nak cincin yang 1 batu je. Sekali harga RM1,500 pulak. Omaigod. Kenangkan nak buat besday Opal je minggu ni. Kalau tak, memang aku tambah duit sendiri.  So pilih punya pilih. Dapat dah. Tapi dalam hati aku sayang nau nau dengan cincin lama tu. Berbelah bahagi sangat. Cincin lama tebal kott. Cincin baru ni nipis 😒😭




Okeyla, semua ada 2 cincin. Cincin tuang and risik. So anggap lah 1 cincin risik (belah rotan) 1 cincin tunang (cincin batu). Tapi aku rasa macam nak beli cincin lagi 1 lah. Hahahah maklumlah orang anak lelaki. Kalau perempuan, nak jugak aku belikan dia. 

Sekian sahaja cerita aku. Thanks pada yang sudi membaca πŸ˜‰

Monday, 22 May 2017

Penangan Jus Kunyit Malika

Assalamualikum dan hai !


Jus kunyit Malika, pernah dengar or pernah rasa tak ? Ekceli ni botol ke 2 aku minum jus kunyit ni. Masa aku dalam pantang, aku tak merasa minum jamu or air kunyit. Disebabkan Opal jaundice sebulan, terpaksa lah aku tahan dulu dari minum or makan makanan yang berasakan kunyit, halia dan sewaktu dengannya. Sampai habis pantang pun aku masih tak berurut atau makan jamu. Big mistake untuk aku yang sangat noob pasal pantang beranak.

Lepas setahun baru aku terhegeh untuk berurut dan makan jamu. Sebenarnya aku beranak secara operate tu yang aku amek mudah dalam semua hal. Pilis pun aku tak pakai. Haisssh. Seriusly aku pernah kena bengkak urat. Sakit dia Allah jer yang tahu. Lepas aku amek keputusan untuk berurut baru aku rasa lega dan badan rasa ringan sangat-sangat. Kemudian aku try Jus Kunyit Malika direkemen oleh kawan yang mengamalkan. Sebelum ni aku minum jugak jus kunyit tapi jenama cap kampung ori buatan sendiri. Hehehe. Yang ori dari kampung tu jangan cakap la, nak telan aku kena tutup-tutup hidung. Dengan rasa loya lagi. Kemain pekat rasa kunyit dia. Tapi Jus Kunyit Malika ni first time aku try. Wahhhh ! aku rasa sedap. Macam air eskrem soda. Heheheh. Sebab tu dah 2 botol aku minum.

First aku minum sebab aku nak buang angin dalam badan. Yes, memang badan aku ringan. Tak rasa sakit-sakit sendi or sakit belakang. Aku minum sampai habis. Bila dah habis aku tak beli lagi sebab masa tu aku dah rasa sedap badan, so anggapan ku meleset sama sekali. Selang beberapa bulan badan aku sakit-sakit balik. Macam orang kerja kontrak tau sakit dia. So aku amek keputusan untuk beli and minum jus kunyit Malika.

Masa aku beli tu, memang aku alami keputihan. Teruk jugak lah. Sampai gatal-gatal. Masa tu aku boleh wat lek wat peace macam tak de benda. Ekceli kalau keputihan pakej gatal-gatal kan dah tahap bahaya. Sejak aku amalkan minum jus kunyit Malika yang ke 2 ni. Alhamdulillah, baru aku perasan yang keputihan aku dah takda. Gatal-gatal pun takda. Badan pun dah rase ringan-ringan. Masa beli jus tu aku tak perasan  khasiat yang ada dalam jus kunyit Malika. Aku ingat hanya untuk orang pantang bersalin je. So amazing. Yuhuuuu




Wednesday, 17 May 2017

Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band

Assalamualaikum dan hai!

Aku bukan lah penggemar tauhu. Sedangkan tauhu yang kat mee goreng pun aku asing kan. Heheh. Tapi semenjak aku makan tauhu sumbat berlauk by Intan Syahira (kawan aku) alhamdulillah, now aku dah pandai makan tauhu. Boleh dikatakan selalu jugak lah aku buat sendiri tauhu sumbat berlauk tu. Husben pun suka makan. Nanti aku share resipi tauhu berlauk tu keyy.

Now aku nak share resepi Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu by Projector Band. Ngehnghngeh




Bahan - bahan 


  1. Tauhu Jepun (yang tiub tu )
  2. Cili Merah dibuang biji
  3. Tauhu biasa
  4. Isi Ayam @ Isi Udang @ Kedua duanya
  5. Daun Bawang
  6. Telur Ayam dalam 3-4 biji
  7. Serbuk Perasa/kiub ayam maggie/garam/lada sulah


Kaedahnya 


  1. Bersihkan isi ayam, telur ayam dan tauhu biasa, kemudian blend bersama tauhu jepun. Kalau adunan nampak seperti tak boleh diblend dengan baik, boleh tambahkan telur. 





      2. Selepas semua bahan diblend halus, boleh masuk kan daun bawang dan racikkan cili merah.



    
       3. Sambil kacau, boleh lah tambah bahan perasa, kiun ayam, garam dan lada sulah secukup rasa. 

      4. Sementara itu, naikkan dapur kukus. Bagi aku yang baru kahwen, memang takde dapur kukus ni. Tapi aku DIY je dapur kukus aku guna periuk nasi. Kihkihkih. Next time aku dah boleh beli dapur kukus tu. Coz aku rasa macam nak buat kuih ler pulak. 


      5. Masukkan adunan ke dalam bekas, kemudian kukus sehingga kental selama 15-20 minit.
      6. Selepas adunan kental boleh lah dipotong ikot kesusaian untuk di goreng. 



     
        7. Bila dah dipotong, bolehlah digoreng. Sebelum goreng celup telur dulu baru enakk dong. 







Tadaaaa. Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band. Boleh dimakan bersama sos, kuah cili atau nasi. 


Friday, 5 May 2017

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan hai !


Alhamdulillah sekarang genap la usia aku 26 tahun 3 hari. Ngeh ngeh ngeh. Nak kata dah boleh kawen memang aku dah kawen pun. Nak kata dah layak jadi mak org pun aku memang seorang ibu kepada seorang anak. Cuma boleh cakap, dah boleh tambah anak jer. Hiiiiiii πŸ‘ΆπŸ‘Ά

InshaAllah kalau ada rezeki aku dan husben bertambah lah anak kiteorang. Memang plan nak tambah lagi 1 untuk dijadikan kawan  Opal, then boleh lah tutup kilang untuk seketika sehingga diberitahu kelak. Kah ! πŸ˜‰πŸ˜‰

Masa birthday aku haritu, husben kata aku boleh pilih tempat makan yang aku nak. Aku tanya, "mana-mana pun boleh ? dia jawab ''apa-apa je boleh, mintak jer " So aku decide nak makan Seoul Garden. Kenapa Seoul Garden ?? Lagipun tempat tu bukan la baru or hipster sangat tapi sebab aku memang tak pernah makan situ heheheh 😁😁. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku ajak husben makan situ tapi dia taknak. Dia jenis suka makan kedai yang bukan dalam mall. Contoh macam kedai-kedai biasa tepi jalan. Kalau kiteorang teringin makan western. Dia just cari kedai western yang shoplot tu jer.  Seoul Garden ni dalam Mahkota Parade disebabkan birthday aku, so dia layan kan lah sehari. Birthday girl la katekan kihkihkih πŸ˜‰πŸ˜‰

First time makan Seoul Garden, aku teruja kau. Tengok banyak sangat menu, haha. Husben lagi teruja, sebab dia dah terpandangkan kambing yang diperap dengan blackpaper. Feberet dia tuuu !  Opal free of charge. Menu ada, ayam, seafood, ais krim. nasi goreng, fries ehhh memang banyak la. Tak terkata aku nak type. Kahh πŸ˜†πŸ˜†


Sumber Encik Google. 


Aku belanja gambar Opal dan kulit udang. 

Menu utama husben adalah udang. Bagi dia udang sekarang mahal. So bila makan macam ni, manfaat kan la waktu yang ada. 😎😎 Aku layan Opal. Layan dia makan hot dog, bebola la sayur la. Behave sangat Opal masa ni. Aku dan husben bergembira makan. First time Opal behave taw 😐😐 Mungkin sebab birthday aku kot. Dia bagi aku kesempatan makan kenyang-kenyang. Ekceli kalau makan dengan Opal aku lah orang yang paling tak kenyang. Time aku makan lah dia buat hal, nak tek la, lari sana sini la, main kucing la 😐😐😐. 

Memang sedap Seoul Garden ni. Sampai harini aku terbayang-bayang lagi makan dia. Hmmmm dapnyaaaa. Huben nak lagi boleh takk ?? Hehehe 😁😁

Ehh jangan ingat birthday husben belanja makan jer. Aku dapat hadiah jugak. Alhamdullilah, husben ada rezeki lebih. LOve you husben. Muahhhh ! πŸ’“πŸ’“



 Masa balik dari makan tu aku dah macam kecewa sikit sebab pikir memang husben tak beli hadiah ke ? Sebab dia senyap je sampai jer rumah  terus tidur sebab masing-masing kekenyangan. Ekceli aku dah pesan dah, aku kata kalau hadiah seliper je pun aku terima. Sebab aku dah kata tak kesah beli hadiah apa-apa yang penting dia beli tak bawak or tak bagitahu aku (macam suprise gitu). 3 tahun perkenalan dengan dia(setahun masa baru-baru kenal + 2 tahun lepas kawen). 3 kali dia bagi hadiah berkonsepkan nak apa oder πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯. Sekali dia suruh aku pilih nak beli apa, aku pilih tuk beli kasut sukan. Second dia bawak aku pergi kedai kasut pilih kasut apa yang aku nak tak kesah berapa ringgit. Mahal pun dia bayar. Third tahun lepas, dia tanya aku nak apa lagi πŸ˜”πŸ˜” Aku jawab gelang emas. So dia bawak aku pergi pilih sendiri gelang emas tu. 

Tahun ni dia buat kejutan belikan cincin belah rotan letak atas perkataan I πŸ’™ U . Kihkih romantik la jugak. Lepastu duk depan TV acah-acah macam tak de apa-apa. Happy je masa tu. Tq abang sebab bahagiakan ayang. (dia memang selalu baca blog aku harap-harap dia baca) Kahhhh ! 





Friday, 24 February 2017

Ciri-ciri Stroller PIlihan Hati

Assalamualikum dan hai !


Bagi aku stroller memang penting. So bila ada anak kedua nanti. Aku dah mula listkan stroller yang patut aku beli and ikut bajet yang ada. Memang masa Opal dulu aku tak beli. Disebabkan ikut cakap orang, sekarang aku dah mula menyesal. Ekceli kalau beli masa anak first memang tak akan rasa ralat, sebab adik-adik dia boleh guna kendian hari. Tapi bila dah nak masuk 2-3 orang anak baru nak beli rasa macam membazir pulak. Hmmm

So kat sini ada dalam 3 jenis stroller pilihan hati. 1. Aldo/Baby Trone 2. Quinny Zap Xtra 2.0 3. Foo Foo/ Donna.  First rasa menyesal tak beli stroller, aku dah mula berminat dengan stroller roda 3. Bagi aku pattern roda 3 ni memang memenuhi citarasa. Bukan aku malah ibu-ibu di luar sana. Yang Paling aku suka SCR6 Maroon. Memang tertarik sangat. Sejak aku baca feedback ibu-ibu yang guna. Dorang kata stroller ni berat dan makan ruang. So terus aku cancel.

1. Aldo atau Baby Trone. Kenapa ? Fist Dia compact dan jimat space and boleh bawak travel.

Plus stroller gini ringan. So tak menyusahkan lah bila dah anak 2-3 nanti. Capai terus bukak and siap. Then nak masuk kete, lipat terus campak dalam bonet. Senang !! Harga pun tak mahal sangat. Aldo RM500++ dan Baby Throne pula RM300++. 

2. Quinny Zap Xtra 2.0. Disebabkan aku dulu minat jenis yang 3 rodaSo aku pilih Quinny. Kenapa ? Sebab Quinny boleh lipat sekali dengan frame and boleh letak sekali carseat (maxi cosi) So macam, 2 dalam 1. Biasa baby 4 bulan kebawah masih tak tegap untuk duduk. Boleh lah guna maxi cosi untuk baby 4 bulan ke bawah. 


Harga pun boleh tahan. RM1,400-RM1,600. Aku minat sangat warna merah. InshaAllah kalau ada bajet memang nak beli. Beli mahal sikit takpe. Boleh simpan lama.

3. Foo Foo / Donna. Ekceli Donna. Tapi ada yang jenis ciplak and harga murah dari Donna iaitu Foo Foo. Donna Rm2k gitu. Foo Foo ni Rm1300++. Kenapa aku suka ? Sebab 2 dalam 1. Stroller carseat.  

Kekurangan stroller ni cuma budak 1 tahun mungkin tak akan selesa coz ruang dia macam sempit sikit. Yang ni sesuai 1 tahun ke bawah. Kalau tengok pun boleh tahu.


So kesimpulan nya sekarang. Ketiga-tiga stroller ni sangat berguna. Sampai aku tak tahu nak pilih yang mana. Haishhh !

Tuesday, 14 February 2017

Short Vacay Pulau Besar Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Pulau Besar ? Nama jer duk Melaka, tapi aku belum pernah menjejakkan kaki kat Pulau Besar ni. Ekceli bukan aku nak sangat pergi, coz aku sendiri tak pernah mengoogle tepat-tempat yang menarik di Melaka. Ini pun ajakkan dari akak ipar sendiri. Nak dikatakan memang setiap bulan or kelapangan dia akan ke Pulau Besar untuk mengutip hasil laut. Dah tempat wajib bagi dia dan family. Plan punya plan tup-tup kami pun sampai !



Alhamdulilah perjalan kami dipermudahkan even masa nak ke jeti, aku dari rumah memang tak bawak lesen dan IC. Memang cuak lah, dengan perangai Opal nak menyusu masa aku drive. Aku dan suami berpisah, kiteorang bawak 2 buah kereta untuk keselesaan bersama. Lagipun tak jauh dari rumah mama. Dalam setengah jam je.

Pulau Besar ni macam-macam, cerita ada. Aku tak nak lah cerita. Uolss boleh mengoogle sendiri sejarah Pulau Besar ni. Aku hanya akan cerita part holiday aku jer. Untuk boat ke Pulau Besar aku dan family 5 orang + Opal budak tak sampai 2 tahun. Orang boat tu chage RM60 untuk oneway. Tapi kalau return RM100. Okey lah, bagi aku not bad harga dia. Untuk family akak ipar aku lak FOC coz dorang ada boat sendiri. So aku amek oneway jela, balik nanti aku just naik dengan dorang. Disebabkan dorang sampai dulu sehari sebelum aku dan family. Terpaksa la aku naik boat yang berbayar untuk ke pulau. 

Masa sampai air dah surut. Aku memang tak mandilah. Panas-panas terik petang tu. Opal jer mandi. Untuk aktiviti husben pula dorang yang lelaki pergi mengutip hasil laut. Menjala dan memasang jaring. Belah malam pula, husben dengan hobi nya memancing. Memang itulah tujuan utama dia. bak kata family akak ipar, memang banyak ikan kat Pulau Besar ni. Malang nasib suami coz masa kiteorang pergi ni bukan musim ikan kot. Lansung tak dapat ikan. Kesiann ! Yang paling gembira mesti lah Opal. 





Budak yang dalam kesejukkan mandi laut


Kekonon sweet main buai gitu, ala-ala bawang merah dekat pokok beringin. Haha


Cover sikit, takot tali tu putus jer. Badan dah berat. 80 kilo uols !!

Aku, family dan family akak ipar tidur dalam khemah. Ekceli tidur dalam khemah memang okey sangat. Kemudahan makan dan mandi memang dekat. Sebelum pergi  aku riki chalet dekat situ, RM 150 atas bukit dan RM 180 bawah bukit. Bagi aku macam tak berbaloi, chalet jauh dari laut. Penat nak jalan then mahal !. So aku putuskan untuk tidur khemah jer. Khemah pula memang dari akak ipar sediakan. Besar dan selesa. Aku Opal dan mama tidur khemah. Adik dan husben tidur atas tikar dekat luar. Ekceli dorang nak pergi memancing so tak kesah pasal tempat tidur. Transport dekat pulau tu memang mahal. Tapi bab makan tak jauh beza dari bandar. So far, untuk beriadah or jalan-jalan di Pulau Besar ni amat berpatutan. View pulau ni pun tak kurang cantik. Sedap mata memandang.