Monday 10 July 2017

Trade In Cincin Tunang + Risik

Assalamualaikum dan hai !


Gambar di atas adalah cincin tunang aku yang dah kecik and takmuat dah. Ekceli masa tunang dulu cincin ni selonggaunya tidak (besar dan longgar) Maklum lah zaman anak dara aku selim melim (kurus) Aku pernah terbaca tips beli cincin, better beli besar sikit takpa, mungkin 1 hari nanti badan akan naik selepas kahwin mana tahu still boleh pakai lagi. Tapi aku, dah naik terus terus naik, berterusan naik takda stop-stop. Hahahah

Aku request kat husben nak tukar cincin, sebab dah tak muat. Husben pun okey, disebabkan aku offer untuk trade in cincin risik + cincing tunang untuk 1 cincin batu. Cincin risik aku pun tak muat dah. Heheh. Sebelum ni husben hadiah kan aku cincin belah rotan masa besday. So aku macam okeyla, at least aku ada 2 cincin, 1 rotan 1 batu. Sayang memang sayang. Orang kata itu kenangan kot masa tunang. Takkan kau nak trade in. Tapi lagi sayang kalau simpan aje tak pakai. nanti husben aku bising "ayang ni, orang beli ayang pun nak beli tapi orang pakai ayang simpan, baik tak yah beli

Masa tanya kedai area kg. Jawa 1 kedai ni amek 2 cincin + buah gelang (aku potong sekali masa nak trade in cincin ni. Sebab gelang tu panjang) Dia bagi harga RM360++ tapi dia dah mention aku awal-awal cincin batu kedai dia bukan 916. Tapi aku tak nak. Aku ajak husben pergi kedai LIKO, kedai yang mertua aku selalu beli emas. Kedai tu tak amek trade in cincin batu pulak dahh. So aku masuk kedai sebelah nya. Aku tunjuk barang and cakap nak trade in, dia kira-kira harga barang and cakap kalau trade in dapat RM465. Aku pun pandang husben sambil buat muka "nak-nak". Husben pun suruh pilih cincin. Sebelum pilih aku cakap dengan amoi tu nak emas 916 dia pun tunjuk lah yang mana aku nak tu. Hahaha husben sebenarnya bajet RM200 je kalau tambah beli cincin lain. Tapi aku dah pilih over bajet dia. Cincin yang aku pilih tu kene Tambah RM400. Tapi macam biasalah, husben tawar dapat RM370. 

Aku memang nak cari cincin crown, sebab memang idaman. Batu-batu dia pun jenis tak timbul. Sesuai la untuk aku yang lasak ni. Tapi saiz aku plak besar gedabak. Cincin tu bukan saiz aku. Masa cincin tunang yang dulu mertua belikan. Tapi aku dah pesan tak nak batu banyak but still dapat batu banyak. So kali ni aku nak pilih cincin batu tenggelam. Tapi tak banyak pilihan sebab jari aku aku gemuk. Banyak saiz kecik-kecik je. Bila berkenan, bajet pulak takda. Aku nak cincin yang 1 batu je. Sekali harga RM1,500 pulak. Omaigod. Kenangkan nak buat besday Opal je minggu ni. Kalau tak, memang aku tambah duit sendiri.  So pilih punya pilih. Dapat dah. Tapi dalam hati aku sayang nau nau dengan cincin lama tu. Berbelah bahagi sangat. Cincin lama tebal kott. Cincin baru ni nipis 😢😭




Okeyla, semua ada 2 cincin. Cincin tuang and risik. So anggap lah 1 cincin risik (belah rotan) 1 cincin tunang (cincin batu). Tapi aku rasa macam nak beli cincin lagi 1 lah. Hahahah maklumlah orang anak lelaki. Kalau perempuan, nak jugak aku belikan dia. 

Sekian sahaja cerita aku. Thanks pada yang sudi membaca 😉