Monday 29 September 2014

29.9.2014 - Kasih Ku Padamu


Genap sudah sebulan aku bergelar ieteri kepada Ahmad Fuad Bin Hassan. Aku amat bersyukur kerana dijodohkan dengan seorang lelaki yang amat menyayangi aku dan seorang yang bertanggungjawab. Aminnn.

Dah sebulan baru aku dapat tahu yang En.Suami selalu memerhatikan aku semasa tidur, hahaha sebab dia cakap aku tidur berdengkur. Kuat pulakkk, malu seyh !
Aku cakap lah,'' yeker ?'' 
dia jawab ''yela, ayang tidur kalau bom jatuh pun tak dengar. Hahahah !''

Thanks abang coz selalu ada dengan sayang. 
Memahami sayang
Tolong sayang angkat baju bubuh dalam mesin even abang sendiri tahu itu tugas seorang isteri
Sediakan minum petang bila ayang balik kerja yang selalu kebulur
Penuhi nafsu shopping ayang yang melampau walaupun gaji abang tak setanding CEO
Selalu melayan sikap mengada-ngada ayang yang kalah budak umur 4 tahun

Ayang mintak maaf seandainya sayang pernah melukakan hati abang atau mengguriskan hati abang.
 Maafkan lah ayang okey .


Khas buatmu Ahmad Fuad Bin Hassan

Thursday 25 September 2014

"GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA"


3 Facts About Me

1. I'm blogger from Malacca
2. I love blogging because I like to share my story, my life and my opinion to all
3. I'm pinky and HK lover blogger

Anda digalakkan untuk menyertai "GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA" kerana pemenang utama akan dapat hadiah istimewa. So jangan lepaskan peluang. 


Mengindam - Hah betol ker ??


Nampak tak tu, model sedang menarik seguni mangga untuk dijadikan spare part kudap-kudap di waktu malam. Hahahah model la sangat. Semalam aku pergi kebun mak mertua. Aku apa lagi, habis licin pokok mangga tu aku jolok buahnya. Tuuuuu! hasil menjolok. Kahkahkah

Mangga semua muda lagi. hijau-hijau hendaknya. Yang kuning belum musim lagi kott. Memang aku nak mangga muda. Cicah ngan kicap ++ cili padi ++ gula == perghhh ! Nikmat bak hang


Aiii len macam jer bunyikk ! Mengidam ker ?? 
Hahahah tak lahh tanda-tanda awal pun belum nampak lagi okey. Baru 3 minggu kawen. Tapi kalau betul apa salah nya, Alhamdullilah aminn.
Dalam kereta nenek asben duk cakap, orang makan masam-masam sok anak dia lelaki. Ehh kesitu pulak nenek ni. Bukan apa, benda tak konfem lagi takut nanti ada yang beriye-iye pastu jadi bukan apa yang kita harap kannn kecewa nanti.

Aku pun takut nak buat pregnancy test. Sebab penah buat dulu sekali. Jawapan not pregnant. Sedihh je. Tak apalah, tunggu jela. Kalau ada rezeki dapat anak awal alhamdullilah. Kalau lambat pun tak apa. Yang penting aku tak putus-putus berdoa dan sentiasa berfikiran positif. Insha Allah.



Wednesday 24 September 2014

Pesbuk, Insta, Wechat, Wasap Dan Lain-Lain


Gambaran di atas sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Tak pelik la kalau kita tengok budak umur 6 tahun pun sudah memiliki gadget. Dan aku seorang yang penggemar gadget tegar ! Gadget yang menjadi kegilaan aku adalah henpon ^^ walaupun henpon aku tak lah semahal mana tapi aku tak boleh berenggang walaupun seminit. (sampai kena marah dengan asben)


Pesbuk, twitter, wasap, wechat semua aku ada (sebelum kahwin) tapi sejak dah berumah tangga ni. Aku uninstall semua benda tu. Yang active hanya pesbuk wasap dan insta. Asben cemburu katanya. Memang lah suami mana tak cemburu. Bukan ker orang cakap cemburu tu tandanya sayang. Ceh ceh ceh...  Ni pun baru dapat download wechat dengan syarat asben suruh buat account baru. Asben cakap wechat yang lama ramai kawan lelaki. Bukan aku saje-saje add orang yang tak kenal, dah semua kawan sekolah kawan seIKBN aku lelaki. So aku add lah.

Kadang-kadang aku rasa jauh ketinggal di alam kemodenan ni coz, apa yang orang update dekat pesbuk dan insta aku rasa macam terpinga-pinga seolah-olah tak paham apa yang dorang nak sampaikan. Contoh macam #ootd penat aku pikir ape benda lah tu. Dah lama baru aku tahu OOTD- OUTFIT OFF THE DAY.  Nampak tak aku ketinggalan. 

Puas aku pujuk asben supaya benarkan aku bermedia sosial-cehhh ayat hahah. Sampai aku tak tahu apa yang trending sekarang ni dekat twitter. Sobb...sobb kesian sungguh aku ni. Pujuk dan pujuk and finally aku berjaya melembutkan hati suami tercinta. Sukar sebenarnya kalau suami seorang yang anti media sosial ni macam asben aku ni. Sebelum kahwen, asben aku mana ada pesbuk. Bukan duk pelusuk kampung pun . Kampung pun 15 minit nak ke Bandar Hilir(pusat bandar). Wifi, laptop, ipad, henpon android semua ada. Tapi tak tahu kenapa dia tak ada pesbuk. Sebulan nak kahwen dia suruh aku bukak pesbuk accept dia as afriend. Hahahah tergelak aku. Finally dia ada pesbuk.

Dulu puas aku pujuk suruh buat pesbuk. Dia jawab''malas,xnak ar, nanti-nanti lahh'' 
abang-abang....


Tuesday 23 September 2014

20 Facts About Me --> Mrs.Shazwani Mohammed

 Assalamualaikum, Hai korang !!
 Mungkin agak terlambat lah untuk aku mengupdatekan tajuk ''20 Facts About Me ''
Hahahah mungkin disebabkan aku kebuntuan idea untuk berblogging hari ini, but aku pun belom update lagi tajuk tu. So why not ??
Happy reading ^^

20 FACTS ABOUT MRS.SHAZWANI



1- Seorang Puan
2- Isteri tercinta kepada Ahmad Fuad Hassan
3-Geli yang teramat pada katak
4- Tak suka kek dan aiskrim - kecuali kek SR tu pun kalau sepotong jer
5- Bulu roma akan tegak pabila tengok sekerumpulan semut 
6-''Perut buncit''selalu kena ejek dengan asben
7- Sangat menyangi Ahmad Fuad Hassan
8- Tinggi 163cm walaupun tak tinggi sangat tapi aku tak suka kerana orang akan cakap ''tinggi nya'' bila pakai heels, dan aku akan berasa MALU
9- Gilakan fesyen tapi tak yakin dengan diri sendiri untuk berfesyen.,
10- Obses untuk jadi cantik !
11- Ada 7 orang adik beradik lelaki, dan saya seorang sahaja perempuan
12- Seorang yang penakut
13- Suka kan benda-benda extreme macam roller coaster, vuvuzela sunway lagoon, big-ice cream a famosa water park dll
14- Suka merajuk
15- Hati sangat sensitif bila tengok pakcik or makcik yang kutip botol, tin kat tepi jalan
16- Berkulit gelap tapi manisss ! hahaha (angkat bakul)
17- Suka stalker pesbuk & insta orang yang dikenali or tak dikenali 
18- Suka Hello Kitty & Butterfly
19- Pink in my world
20- Special about me is selalu bagi nasihat kat orang macam pakar motivasi ! Kahkahkah

Hope korang baca tak muntah hijau ! hehehe
Just sharing
SHARING IS CARING kannn 
Adiosss

Monday 22 September 2014

Review The Purge : Anarchy (Penyingkiran)


Sabtu ritu aku tengok wayang dengan husben. Aku merengek dengan dia nak tengok citer The Purge. Seriously aku tak tahu menahu pun pasal citer ni. Tapi nak tahu kenapa aku nak  merengek nak tengok sangat...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebab gambar poster dia kat surat khabar sangat menarik perhatian aku. Dan kata kata dia "Welcome To America Where One Night A Year All Crime Is Legal" - setiap tahun akan ada 1 malam yang membenarkn jenayah berlaku- membuatkan aku merengek-rengek nak tengok. Firstly citer ni punya tajuk, aku ingat kan, samseng akan merompak. Tapi sangkaan aku meleset. Dimana ni adalah cara mereka membuat PENYINGKIRAN terhadap golongan miskin. Patut lah, awal cerita dia cakap, golongan miskin ditahap minimum. 

Malam tu  akan diraihkan oleh golongan kaya dengan membunuh golongan miskin. Macam dalam gambar bawah ni. Tapi yang ni dibayar. Lelaki tu pun sukarela.



Yang ni plak geng yang akan tangkap siapa yang dia nak kemudian jual kepada yang perlukan korban demi malam yang tak masuk akal tu. Seram kott tengok dia bertopeng macam tu ! Nasib baik Malaysia tak ada pemimpin yang gila macam dalam cerita ni. 







Wednesday 17 September 2014

Tuesdate with hubby - The Maze Runner


Filem yang menarik ! Membuatkan aku  nak tengok sambungan kalau ade part 2. Even aku tak paham kenapa pencipta maze ni wujudkan ujian yang tak masuk akal terhadap Thomas, Alby,Minho dan yang lain-lain tapi cerita ni membuatkan aku berasa puas hati dengan harga tiket sebanyak RM14. Hahahaah 


Kenal sapa yang tunjuk jari tu ? Aku pun tak kanal . hahaha Tapi dia comel !  ! Tapi peranan dia dalam cerita tu buat aku jatuh cinta. Bnyak juga tapi aku ni. Tapi aku suka Minho. Pic bawah ni 


Kanan tu la Minho . Ohhh macam jejaka pujaan lakk 3 orang ni . Hehe yang belom tengok tu g cepat tengok k . Memang tak rugi .


Belanja Satu Gamba Acah-Acah Princess Ni.
Skirt Cantik Tu Dari BloomCloset
Murah, Cantik Dan Selesaaa uolls !