Friday 26 August 2016

Shell Out Di Restoran Selera Warisan D'Maria

Assalamualaikum dan hai !

Minggu lepas husben ajak aku pergi makan shell out di kota fesyen berhadapn dengan Mydin Mitc. Benda ni dah lama aku request. Sejak makan berlambak ni tengah hot masa tu. Baru sekarang hajat aku berkesampaian. Sedihhhh !

Mula-mula aku dan husben memang tak pernah pergi or lalu pun restoran ni. Gara-gara adik ipar share gambar dekat group whatsapp. Husben pun jadi terliur nak makan. Adik ipar kata sedap. Sedapp ker ?? Okeyy aku review sikit pasal shell out Restoran Selera Warisan D'Maria ni.


Belanja 1 pict dulu

Macam dalam gambar korang boleh nampak apa yang aku makan. Benda ni sebenarnya set. Dalam buku menu, minimum makan adalah 2 orang. Harga untuk 1 orang makan adalah RM30. Biasa orang akan panggil kepala. So bila aku dan husben + Opal jadi dikira 2 kepala RM60. 1 kepala akan diberi nasi putih, ketam, udang, sotong, kupang dan sayur-sayur (brokoli dan kubis bunga) selain itu 1 mangkuk kecik sup sayur dan buah oren sunkist sebagai pencuci mulut. Air diberi 2 pilihan antara sirap ais atau limau asam boi ais. Aku dan husben pilih air sirap ais dan dapat 2 ekor ketam (mungkin 1 set 1 ekor ketam kot). Husben mintak 1x  nasi tambah. So total RM62. Kesimpulan nya 1x nasi tambah adalah RM2 (macam mahal jer)

Untuk pengalaman aku, ni pertama kali aku makan berlambak macam ni. Rasa selesa bila makan macam ni sebab lebih menggunakan tangan. Aku memang orang kampung betul. Service dari pekerja dia pun tiptop. Kata firstime so mesti lah aku terpingga-pingga masuk kedai. Alhamdullilah pekerja dia ramah dan mesra. Takder lah nampak macam rusa masuk bandar. 

Rasa makanan dia pun boleh tahan. Tak pedas sangat so sesuai untuk Opal. Cuma yang aku perasan makanan seafood dia ni memang siap sedia, So bila custemer oder ondaspot dia kan hidang. Bagi aku makanan macam ni tak berapa lah. Aku dan husben memang gemar makanan panas-panas. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku untuk makan bershell out dekat sini. Aku suka gila kat pekerja dia sebab servive tip top and friendly.

Ohh lupa pula, dekat sini memang dikira set, air boleh refill tanpa caj. Untuk air yang dalam set jela iaitu sirap ais dan limau asam boi ais. Kalau kita nak tukar air pun boleh tapi mungkin dicaj harga lain. Selain itu, kedai ini juga menyediakan makan panas seperti goreng-goreng. 







Tempat makan memang selesa betul. Bukan sahaja boleh makan dalam kedai. Dia ada open table di bahagian luar. Sambil makan sambil cuci mata tengok abang bangladesh jual karpet.


Lokasi : Restoran Selera Warisan D'Maria 

No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC Ayer Keroh, Melaka.


Facebook : Restoran Selera Warisan D'Maria  (masuk jalan-jalan cari makan TV3)


Kaau ada yang bercuti di Melaka tapi tak tahu nak makan apa and dimana. Aku suggest kan korang makan dekat sini. 

Wednesday 17 August 2016

Sambal Petai Ikan Bilis Kebabom By Datin

Assalamualaikum dan hai !

Disebabkan semalam aku makan banyak, heheheh so tak larat nak update resepi sambal petai ikan bilis kebabom!. Sambal petai je pun, acah-acah lah aku ni. Bukan apa, mana lah tahu nanti ada bloggers yang nak bertukar angin mencuba resepi aku ni. Laki aku makan bertambah-tambah. Dia memang tak kesah pasal gemuk ke boroi ke yang penting bini dia masak dia makan. Berani dia tak makan, mau aku mogok tak masak nanti. Hahaha

Mula-mula tumbuk bawang merah 2-3 ulas + belacan suku sudu + bawang putih seulas. Belah mak aku, dia akan blend cili, bawang dan belacan siap-siap. Sebab senang nanti kalau anak-anak dia nak masak tak payah nak tumbuk-tumbuk bagai. Maklum lah belah mak aku ramai anak lelaki, dorang malas sikit. Kalau blend, bila masak bawang tu tak berapa nak rasa sebab dah halus mulus kena blend. Tapi belah MIL aku dia akan blend cili semata. So bila nak masak kena tumbuk bawang. Bab tumbuk bawang ni memang aku tumbuk halus-halus sebab aku tak suka bawang.




Lepas tumbuk bawang semua. Panas kan minyak dan tumis bawang. Bawang dah garing boleh masukkan cili. Tapi sebelum tumis bawang uols boleh gorengkan ikan bilis. Goreng garing-garing nanti bila makan berderap-derup je.


Ikot uols berapa ekor ikan bilis uols nak, uols goreng. Macam aku memang tak makan ikan bilis so ikan bilis aku pun ciput jela cukup-cukup untuk husben.


Tumis sampai garing. Dari warna merah ke warna merah gelap. Orang cakap pecah minyak tu pun boleh. Time ni  masuk garam + gula + pak aji. Secukup rasa ye uols. Bila rasa macam dah oke jer. Boleh masuk petai. 


Petai memang wajib kena potong macam ni ye. Boleh kesan ulat-ulat. Kalau tak nak potong macam ni pun boleh. Masak je sebijik sebijik tu. Makan sekali dengan ulat-ulat tu. Hihih perasa tambahan. 


Untuk resepi aku ni. Ikan bilis buh part last sekali lepas matikan api. Lepastu gaul-gaul. Bagi ikan bilis tu sebati dengan sambal. Tadaaaa ! siap Sambal Petai Ikan Bilis Kebabom! by Datin. Sedap sehingga menjilat ibu jari tangan dan kaki. Kahkahakha !







Friday 12 August 2016

Rindu Nak Pregnant

Assalamualaikum dan hai !

Pregnant ? Allah siapa tak rindu nak peknen balik. Tu la pengalaman yang paling berharga dan termanis buat aku. Semalam ,group wasap member sama sekolah aku bagitahu yang dia dah peknen 7 minggu. Bestnya aku dengar. Tapi anak dia baru 1 tahun and dia ceaser. Aku yang ceaser pun takut nak peknen sebab takut jahitan kat operation tu belum betul-betul pulih. Tapi bila dia cakap yang dia peknen aku plak yang happy sangat. Sebab nanti aku pun nak plan peknen balik so ada geng !

Aku bukan takut sebab apa. Aku takut nak gi daftar buku merah dekat klinik kesihatan. Nanti nurse kat klinik bising. Yela belom 2 tahun dah lorat nak peknen. Diorang bukan larang tapi dorang bagi nasihat supaya luka amek masa 2 tahun untuk pulih sepenuhnya. Kalau betul-betul jaga.

Bila aku tengok member-member upload persiapan baby. Aku jadi 'hmmm bestnya' . Yess memang aku rindu. Even masa peknan aku rasa sesak nafas, sakit belakang, penat. Tapi tu pengalaman paling best dalam hidup aku. Tapi aku takda morning sickness. Paling best masa peknen aku akan dilayan macam ratu. Hikhikhik. Apa yang aku nak husben akan belikan.

Paling aku suka part peknen beli belah baju baby dengan barang baby. Best sangat sebab semua barang baby comel-comel. Sekarang Opal dah setahun so baju dia pun banyak comel-comel jugak. Tapi tak sama macam baby punya comel. Hihih. Alhamdullah aku bersyukur sangat dapat merasa peknen di alam perkahwinan.

Kalau dulu gi mall aku akan lari kat part baju kurung sebab aku akan cari baju untuk diri sendiri. Sekarang bila ada anak. Sampai-sampai aku lari kat part baby cari barang Opal or baju. Kadang-kadang bila time gaji aku akan belanja duit gaji aku hanya untuk Opal sorang jer. Seronok bila dapat beli baju or barang mainan untuk dia. Husben bagi duit pun aku beli barang Opal jugak and the end aku krik-krik takda baju nak berjalan. Haha. Baju Opal jer penuh lemari.

Andai aku diberi peluang untuk peknen lagi sekali. Aku bersyukur sangat-sangat. InshaAllah kalau diizinkan aku nak baby girl pulak. Aminn.