Wednesday, 17 August 2016

Sambal Petai Ikan Bilis Kebabom By Datin

Assalamualaikum dan hai !

Disebabkan semalam aku makan banyak, heheheh so tak larat nak update resepi sambal petai ikan bilis kebabom!. Sambal petai je pun, acah-acah lah aku ni. Bukan apa, mana lah tahu nanti ada bloggers yang nak bertukar angin mencuba resepi aku ni. Laki aku makan bertambah-tambah. Dia memang tak kesah pasal gemuk ke boroi ke yang penting bini dia masak dia makan. Berani dia tak makan, mau aku mogok tak masak nanti. Hahaha

Mula-mula tumbuk bawang merah 2-3 ulas + belacan suku sudu + bawang putih seulas. Belah mak aku, dia akan blend cili, bawang dan belacan siap-siap. Sebab senang nanti kalau anak-anak dia nak masak tak payah nak tumbuk-tumbuk bagai. Maklum lah belah mak aku ramai anak lelaki, dorang malas sikit. Kalau blend, bila masak bawang tu tak berapa nak rasa sebab dah halus mulus kena blend. Tapi belah MIL aku dia akan blend cili semata. So bila nak masak kena tumbuk bawang. Bab tumbuk bawang ni memang aku tumbuk halus-halus sebab aku tak suka bawang.




Lepas tumbuk bawang semua. Panas kan minyak dan tumis bawang. Bawang dah garing boleh masukkan cili. Tapi sebelum tumis bawang uols boleh gorengkan ikan bilis. Goreng garing-garing nanti bila makan berderap-derup je.


Ikot uols berapa ekor ikan bilis uols nak, uols goreng. Macam aku memang tak makan ikan bilis so ikan bilis aku pun ciput jela cukup-cukup untuk husben.


Tumis sampai garing. Dari warna merah ke warna merah gelap. Orang cakap pecah minyak tu pun boleh. Time ni  masuk garam + gula + pak aji. Secukup rasa ye uols. Bila rasa macam dah oke jer. Boleh masuk petai. 


Petai memang wajib kena potong macam ni ye. Boleh kesan ulat-ulat. Kalau tak nak potong macam ni pun boleh. Masak je sebijik sebijik tu. Makan sekali dengan ulat-ulat tu. Hihih perasa tambahan. 


Untuk resepi aku ni. Ikan bilis buh part last sekali lepas matikan api. Lepastu gaul-gaul. Bagi ikan bilis tu sebati dengan sambal. Tadaaaa ! siap Sambal Petai Ikan Bilis Kebabom! by Datin. Sedap sehingga menjilat ibu jari tangan dan kaki. Kahkahakha !







6 comments:

  1. lepasni try udang sambal pulak Datin. hehehe.

    ReplyDelete
  2. perghh. tergoda tengok makanan malam2 ni. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh .. nnti boleh cuba ye . resepi sambai petai kebabom ni

      Delete