Wednesday 31 December 2014

Samseng Jalan Raya

sumber google

Okay harini Sha nak share sikit pengalaman Sha kena buli dekat jalan raya masa keluar lunch tadi. Bukan kena buli extreme, tapi kena hon by driver  tak bertamadun yang  masih kekal di bumi nyata ni. Ekceli driver yang macam ni lah mengundang kemalangan jalan raya. Sha mengaku Sha sendiri ada niat nak hon-hon driver lain if ada some mistake yang dorang buat. But tak buat pun, just ada niat yang tak terlaksana jer. Sebab Sha bukan di didik menjadi sebegitu rupa.

Ini tak, Sha cuma lambat jalan jer masa dekat lampu hijau. Kereta belakang dah hon-hon bagai. Menyebabkan kereta tu tak sempat nak lintas dan lampu bertukar merah semula. Hon Sha tak kesah lagi.  Memang time lesen L dulu  selalu kena hon. Ni  lalu sebelah then orang sebelah driver tu siap angkat-angkat tangan macam marah-marah dengan mulut mengomel. What the Fishhh ! Mentang-mentang lah dalam kereta tu semua lelaki and Sha ni perempuan sorang-sorang dalam kereta, mereka berani buat macam tu. Dasar pembuli jalanan ! Geram bila difikirkan balik. 


 Sha bawak bawak pelahan pun kena hon. Bukan nya pelahan mana. Setakat jarum meter tu cecah 80 jer. Kena hon jugak. Bukan dekat atas highway tapi jalan kampung kot. Tak paham betul lak tipikal orang Malaysia ni. 

Lagi Sha menyampah driver yang suka potong jalan semata-mata tak nak tunggu lampu merah and baris panjang-panjang. Kalau macam tu memang Sha tak bagi muka. Jangan harap dapat potong line Sha. Memang Sha ikut kereta depan dekat-dekat sampai tak ada ruang driver macam gitu nak masuk. 


Siapa yang baca ni, hope uols tak macam dalam cerita ni. Mybe uols bangga dapat buat macam tu tapi bila kena batang hidung sendiri paham-paham jela ok. Cuma nak pesan, jadi lah pemandu berhemah. 



2 comments: