Thursday 22 September 2016

Rezeki Set Deeja Cosmetic Berharga RM85 By Intan Syahira Ramli

Assalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah syukur sangat, aku adalah pengomen yang bertuah kerana diberikan Set Deeja Cosmetic yang berharga RM85 secara percuma dari rakan sekolah menengah iaitu Intan Syahira Ramli.


Kelmarin member aku ni buat contest. Dia nak bagi free jer Set Deeja Cosmetic tu kepada pengomen secara terus jadi dia punya testimoni. Maklumlah orang yang nak jual produk kecantikan ni kena lah ada testimoni kalau tak orang takkan percaya. As a trusted seller, dia takkan nak curi/ambil testimoni orang lain. Better dia cari sendiri testimoni dia, baru lah pendapatan tu halal sebab dar hasil titik peluh sendiri. 

Bila aku nampak dia post dekat facebook pasal nak bagi free. Aku dengan pantas lah komen. First komen taw. Hahaha !


Lepas dari tu aku tengok ramai yang komen. Omaigod aku macam, hurmmm mesti aku tak terpilih. Tapi Intan pilih secara rawak dengan cabut undi nama. Dan macam biasa la aku orang pertama komen. Nak tahu sebab apa ? 


Tadaaaa ! Aku lah pengomen bertuah tu. Kihkih !

Aku memang dalam pencarian nak cari product kecantikkan. Tak tahu product apa yang sesuai, sebab sekarang banyak sangat bahan kimia rosak kulit nanti. Sebelum ni aku memanng pengguna tegar krim Herba dari Natasya. Krim tu memang cepat berkesan. Aku tak lah putih, tapi bila pakai krim tu aku tak perlukan sentuhan camera 360. So ada lah keyakinan untuk bermekap or selfie. Aku memang dah tahu krim tu memang tak diluluskan oleh KKM sebab ada bahan kimia. Sekarang krim tu dah habis dalam simpanan aku. Pernah juga aku tanya kedai-kedai jual barang kosmetik ni, diorang cakap Natasya Herba tu dah tak jual. 



Ini lah krim yang aku maksudkan tu. Krim ni bagus dari keberkesanan dengan mengatasi masalah jeragat dan jerawat. Aku pakai memang licin kulit muka aku. Jangan kata jerawat, blackhead yang kat hidung-hidung pun takda taw. Tapi sayang bahan kimia dia terlalu banyak aku rasa, sebab kulit aku kering sangat dan mudah merah-merah bila terkena panas matahari. Rasa terbakar macam udang. Tahu-tahu dah merah. Kulit aku terkopek-kopek kalau kering. Mungkin dia menghakis kulit-kulit.

Sekarang aku memang dah pakai apa-apa krim kecantikkan. Aku just cuci muka pakai pencuci SAFI lepastu sapu krim pelembap SAFI. Tepek sikit baby powder, Johnsons dah. Alhamdulillah kulit aku tak ada masalah jerawat. Cuma masalah kusam tona tak sekata dan kurang cerah, Heheh

Terima kasih Intan untuk hadiah percuma tu. Tak sabar rasanya aku nak share testimoni.

Facebook  : Intan Syahira Ramli (Trusted Seller Deeja Cosmetic, Milky Queen Whitening Booster, Susu Kambing 5 Jari dan The Best Roti Sarang Lebah & Tebuan)



No comments:

Post a Comment