Monday, 22 May 2017

Penangan Jus Kunyit Malika

Assalamualikum dan hai !


Jus kunyit Malika, pernah dengar or pernah rasa tak ? Ekceli ni botol ke 2 aku minum jus kunyit ni. Masa aku dalam pantang, aku tak merasa minum jamu or air kunyit. Disebabkan Opal jaundice sebulan, terpaksa lah aku tahan dulu dari minum or makan makanan yang berasakan kunyit, halia dan sewaktu dengannya. Sampai habis pantang pun aku masih tak berurut atau makan jamu. Big mistake untuk aku yang sangat noob pasal pantang beranak.

Lepas setahun baru aku terhegeh untuk berurut dan makan jamu. Sebenarnya aku beranak secara operate tu yang aku amek mudah dalam semua hal. Pilis pun aku tak pakai. Haisssh. Seriusly aku pernah kena bengkak urat. Sakit dia Allah jer yang tahu. Lepas aku amek keputusan untuk berurut baru aku rasa lega dan badan rasa ringan sangat-sangat. Kemudian aku try Jus Kunyit Malika direkemen oleh kawan yang mengamalkan. Sebelum ni aku minum jugak jus kunyit tapi jenama cap kampung ori buatan sendiri. Hehehe. Yang ori dari kampung tu jangan cakap la, nak telan aku kena tutup-tutup hidung. Dengan rasa loya lagi. Kemain pekat rasa kunyit dia. Tapi Jus Kunyit Malika ni first time aku try. Wahhhh ! aku rasa sedap. Macam air eskrem soda. Heheheh. Sebab tu dah 2 botol aku minum.

First aku minum sebab aku nak buang angin dalam badan. Yes, memang badan aku ringan. Tak rasa sakit-sakit sendi or sakit belakang. Aku minum sampai habis. Bila dah habis aku tak beli lagi sebab masa tu aku dah rasa sedap badan, so anggapan ku meleset sama sekali. Selang beberapa bulan badan aku sakit-sakit balik. Macam orang kerja kontrak tau sakit dia. So aku amek keputusan untuk beli and minum jus kunyit Malika.

Masa aku beli tu, memang aku alami keputihan. Teruk jugak lah. Sampai gatal-gatal. Masa tu aku boleh wat lek wat peace macam tak de benda. Ekceli kalau keputihan pakej gatal-gatal kan dah tahap bahaya. Sejak aku amalkan minum jus kunyit Malika yang ke 2 ni. Alhamdulillah, baru aku perasan yang keputihan aku dah takda. Gatal-gatal pun takda. Badan pun dah rase ringan-ringan. Masa beli jus tu aku tak perasan  khasiat yang ada dalam jus kunyit Malika. Aku ingat hanya untuk orang pantang bersalin je. So amazing. Yuhuuuu




2 comments:

  1. Air kunyit memang sgt bagus utk kesihatan especially kite perempuan ni. zie amal minum aek kunyit ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. sy pun bru amalkn. skrng beli berbotol buat stok

      Delete