Wednesday, 6 April 2016

Alhamdullilah . Babycot Untuk Opal ^_^

Assalamualaikum dan hai !

Akhirnya aku dah dapat jalan penyelesaian untuk tabiat dak opal yang suka nau main sorang-sorang bila dia terjaga tengah malam. Memang budak-budak bangun tengah malam. Tapi opal bukan biasa-biasa. Minat dia terhadap wayar sangat mendalam tau ! Ahaks!  Aku risau dia main wayar or gigit wayar lagi.

Finally, dak opal aku dapat kurung dia dalam katil ni. Hehehe^^. So bila dia bangun tengah malam, dia takkan main wayar or jatuh katil. Boleh lah aku menikmati tidur yang lena. Cuma leceh sikit la . If dia nak menyusu aku kena bangun dan angkat dia. Sebab sebelum ni if dia nak menyusu aku just selak baju. 

Dulu aku tak terpikir pun nak ada babycot untuk opal. Bagi aku benda tu cuma kehendak bukan keperluan opal. Tapi sekarang bagi aku babycot adalah keperluan sebab aku tidur mati. Tak sedar dak opal main wayar. Walaupun aku dah kepung dia dengan bantal. Dia still boleh mengembara tengah malam. 



Friday, 1 April 2016

Dak Opal Suka Jalan Malam

Assalamualaikum dan hai !

Sebagai ibu, memang serasi dengan perkataan ''tak cukup tidur'' lagi-lagi macam aku seorang ibu, isteri yang berkerja. Waktu malam adalah waktu rehat tapi waktu malam lah dak Opal suka buat projek. Aku tak tahu lah, bila aku alert dengan Opal. Dia jatuh katil dia menangis. Tapi bila aku tak alert macam tengah tidur dia turun dari katil tu tak tahu macam mana. 1 bunyi pun aku tak dengar. Then bila aku terjaga tengok-tengok dia tengah gigit wayar kipas. Seram baq hang!

Mungkin dulu, dia gigit tak bahaya sangat (tapi tetap bahaya). Sekarang lagi bahaya kalau aku selalu tak sedar tengah-tengah malam. Sebab dia dah ada gigit sebatang kot ! Bukan sekali masuk ni dah 3 kali dia turun dari katil sendiri lepastu main wayar. Allah berderau jantung mak nakk ! Aku dengan hasben memang tidur 1 katil dengan opal. Disebabkan sempit mungkin opal cari jalan penyelesaian dengan turun main sorang-sorang tengah malam.

Jadi aku buat kira-kira dan jalan penyelesaian dengan keputusan untuk beli katil baby. Aku dah survey paling murah untuk barang preloved jenis kayu dalam RM200-300. Aku cari yang murah-murah jer. Sebab aku tak tahu perangai dak Opal. Andai kata aku beli Rm400-RM500 dia tak nak tidur dalam tu acaner ? Takkan aku nak duk tepi pintu sambil nanges sorang-sorang kot ?

Aku minat jenis katil kayu warna putih. Buat masa sekarang memang aku survey jenis yang boleh laras. Senang untuk aku letak sebelah katil nanti. Sebang Opal masih susu badan waktu malam. Alhamdullah susu badan aku masih ada untuk dia.  Dulu masa dia belum lahir. Aku tak terpikir pon nak beli. Sebab memang dia tak dikhas kan bilik sendiri. Maklum lah aku ni duduk rumah mertua. bilik pun cukup-cukup untuk family belah hasben. Tapi kalau rumah aku sendiri memang akan dikhas kan dia untuk bilik sendiri.



Ni contoh katil yang aku dah survey ritu. Aku dapat dalam RM200 untuk katil sahaja. Insha Allah aku akan DIY tilam dia. Lagipun MIL aku seorang yang kreatif. Dia pun boleh tolong DIY kan tilam tu nanti. Nanti aku dah gi amek, aku update kat blog.

Thursday, 24 March 2016

Pengalaman Bercuti Dengan Anak 8 Bulan

Assalamualaikum dan hai .

Day 1- Destinasi yang pertama adalah Ulu Kinta, Ipoh. Masa ni aku naik 1 kereta dengan husben and opal . Pergi 2 buah kereta. Tapi MIL dengan yang lain naik kereta lain. Kalau nak kata selesa tak jugak sebab aku duduk depan sebelah driver pangku si opal. Mungkin ada yang anggap bawak anak kecik masa travel or jalan jauh jauh penat dan takut budak tak selesa. Tapi bagi aku opal seorang anak yang sangat behave. Sepanjang perjalanan nak ke Ipoh dia hanya tidur and bagun bila kitorang berhenti rehat or nak tek. 

Day 2- Aku dengan family pegi jenjalan kat Taman Rekreasi Gunung Lang. Kat sini best ada sediakan perkhidmatan naik bot pusing pusing tasik dengan bayaran Rm5 seorang. Bagi aku boleh lah sebab masa aku pergi sini aku bawak beberapa warga emas. So aktiviti yang tak berapa nak extrem sangat la. So aku, husben dan opal hanya menikmati keindahan alam dan tasik. 


Day 3 - Lepas jalan jalan dekat Ulu Kinta, aku dan family gerak ke Cameron plak. Dari Ulu Kinta aku lalu ikut Simpang Pulai. Macam biase dari gerak sampai la kat Cameron opal hanya tidur je and tek. Bertuah sungguh aku dikurniakan anak macam dia. Ni lah kali pertama sepanjang dia lahir aku bawak dia jalan jauh/travel. 

Day 4 - Aku dan family pon balik ke Melaka. Alhamdullah sepanjang perjalanan opal tak meragam lansung. Ni yang buatkan aku nak travel lagi bawak dia. Hihi 

Friday, 5 February 2016

Feeling Mak-mak

Assalamualaikum dan hai !


Feeling mak-mak sekarang, memang camni ! Lagi-lagi yang bergelar ibu muda. Makna tak nya, zaman sekarang banyak dah peniaga jual barang baby secara online. Sekarang pulak zaman teknologi semua dihujung jari. Kau nak apa ? Ko taip jer kat google, facebook or hastag jer kat instagram. Dengan sepantas kilat benda yang kau nak tu terpampang kat skrim handphone. 

Kau akan jadi gila bila kau rasa barang yang kau nak beli tu murah. Hahaha ! Macam dekat  ZALORA , LAZADA  , 11street.my , RAKUTEN , NILE and so on. Ni antara website yang aku selalu shopping online. Terlupa pulak 1 kedai yang dah bukak cawangan di melaka QQ BABY SHOP. Kedai dia QQ BABY STORE SDN. BHD. (Melaka - Air Keroh) No.15,17,19, Jalan MH 3, Taman Muzaffar Heights, Air Keroh, 75450 Melaka. Berhadapan dengan IPK Melaka. 





Monday, 1 February 2016

Downtown Kota Melaka- Best !!

Assalamualaikum dan hai !!

Korang pernah dengar tak Downtown Kota ni ? Mesti ada yang pernah dengar and tak pernah dengar. Aceli Downtown Kota ni baru jer beroperasi bulan 15 Januari 2016 hari tu. Bagi yang yang stay kat Melaka boleh lah berkunjung kat sini. Macam-macam ada.


Nak ke sini senang je. Tu aku dah kongsi kan peta siap-siap. Senang uols nak mencari nanti. Memudahkan orang luar dan orang dalam melaka. Antara yang ada kat sini adalah 



Ukiran Inai, murah je uols . Rm5-8 untuk 1 tangan mengikut design yang tersedia atau permintaan ikut citarasa uols. Aku dah. Korang bila lagi ? 


Yang gedabak tu model inai. Hahaha. Yang comel loteyy tu, si lorat. Si Nofal yang comeyy loteyy. 


Jeruk pun ada jual. Aku tak pasti berapa segram. Sebab masa aku pergi masa tu, jeruk belum ada lagi. Tapi aku terliur plak tengok gambar ni. Jeruk weyyy paberet aku.


Yang pasti nya sekarang memang deman roller blade. Bagi yang nak dapat roller blade dengan harga yang berpatutan boleh ler singah kat sini buat cuci-cuci mata. 


Mcam biasa, for ladies yang nak window shopping. Sini lah gamaknya, hahaha. 



Model tak berbayar ni tak silap isteri penganjur. Sesiapa yang nak join boleh hubungi dia                 Call & Whatsapp : +6011-16264913




Yang specialnya. Downtown ni ada DJ, sambil shopping sambil dengar lagu. Macam kat orang kawen plak rasenya mase gi malam ritu. 

Handphone masih tak betul lagi. So aku takder lah nak share gambar bebanyak. Mana yang ada jer aku dapat update. Tu pun copypaste kat wall Downtown kota ni. 


Bagi yang sudi tu, support ler  Downtownkota ye !!

Facebook             :  Downtown Kota
Instagram             : Downtownkota
Call & Whatsapp : +6011-16264913









Monday, 4 January 2016

Azam Tahun Baru Datin - 2016 -

Assalamualaikum dan hai !

Buat masa ni aku takda lah pasang impian macam nak kahwin ker , nak jadi ibu misali ker , jadi anak solehah ker , sebab bagi aku tu sume tak perlu tunggu tahun baru kalau nak berubah. Malam sebelum tidur pun boleh pasang impian cenggitu.

Aku nak kata nak kahwin, dah kahwin dah even benda tu aku sendiri tak pernah jangka nak kahwin umur berapa. Jodoh sampai masa umur aku 23 tahun. Lepastu hasrat untuk dapat baby pun awal.
24 tahun aku dah pun bergelar ibu. Alhamdullah.

Untuk tahun 2016 aku berazam nak kumpul duit. Nak beli Iphone 6s rose. Memang lah hp tu bukan baru tapi hp Iphone5 aku dah rosak kott. Asyik screen crack je. Haissh mybe aku patut buang hp tu. Betul bukan sikit duit, RM300++ plak tu. Dah 2-3 kali aku keluar duit semata nak betul kan hp tu. Bateri lah, chager jangan cakap la, banyak kali beli. Screen dah 2 kali tukar.

Sekarang aku bersabar sampai duit betul-betul cukup baru aku beli hp tu. Kali ni aku tak nak  beli kat kedai biasa. Aku kena reward diri aku sepanjang aku bersabar. Aku nak beli hp Iphone tu dekat Mac City. Aku jadi pengguna Apple start dari iphone4 jeer. Lagipun masa tu bukan beli yang baru. Beli 2nd dari tangan orang. Bila aku nak beli iphone5, aku beli yang baru tapi kat kedai biasa. Sekarang aku nak beli kat betul-betul Mac City. Insha Allah semoga dipermudahkan urusan aku ni. Aminnn

Thursday, 10 December 2015

Naluri Seorang Ibu

Assalamualaikum dan hai !

Ya, naluri seorang ibu memang sangat menebal dalam diri aku. Semenjak aku  bergelar ibu ni, aku sangat sensitif (extra sensitif ) kepada bayi, pakcik/makcik tua. Kalau aku jumpa pakcik/makcik yang sedang bersendirian mesti timbul 1 perasaan sedih dalam diri aku. Even pakcik tu tak buat apa pun just duduk jer. Mesti dalam kepala otak aku bermain bermacam-macam soalan. "Mana anak pakcik/makcik ni'' ,  "Pakcik/makcik ni dah makan ke ?'' , "Pakcik/makcik ni kena buang anak ke ?''

Dalam masa yang sama aku teringat Nofal and bila besar nanti. Nofal pun macam ni ker nanti. Aku tak risaukan diri aku tetapi aku risaukan anak aku yang dah tua nanti. Sekarang aku bila tengok baby menangis mesti aku nak menages sekali. Aku tak tahu kenapa tapi peraaan sedih tu datang dengan sendiri.

Haisshh, aku lansung tak boleh tengok baby yang kurang bernasib baik. Gambaran wajah dorang akan aku terkenang-kenang sampai nak tidur. Then aku sendiri tak boleh tidur and menitis air mata dengan sendiri.

Macam mana lah ibu-ibu yang sanggup buang bayi dorang tu kat tempat yang tak sepatutnya. Aku bersyukur sangat aku tak tergolong dalam golongan yang tak berhati perut. Bersyukur tersangat sebab dikurniakan Nofal. Bukan semua orang dikurniakan rezeki, dan tak semua orang anak dia sihat tanpa cela.