Tuesday 11 March 2014

Tips Memilih Mak Andam Buat Bakal Pengantin ^^

Hahahah ! Kalau pandai teka lah siapa tu. Yang comel-comel, kecik-kecik, ketot-ketot tu Puan Yuyu Zulaikha lahhh siapa lagi.. Suka giler dengan majlis reception dia yang dekat Langkawi tu. Siapa yang baca entri dia tahu lahh, yang tak baca tue mehh sini ceq habaq kat hang. Yuyu ni berarak naik helikopter uollss ! Okey I jeles -_-! Yuyu comel sangat ! That's why la I jadikan dia inpirasi I.
Ohhhmaiiii ! seriously nak mak andam dia.. Kalau lahh boleh.Hurmmm.. Baju nikah I warna kuning hijau. Alahmak menyerlahhh nyerr bila fikirkan balik.. Patutnya masa pilih kain dulu I pilih warna yang soft-soft kannn ? Hurmmm tak apelahhh nak buat camne dah TERBELI pon. So kali ni I tak nak buat kesilapan pilih mak andam lagi. 

Okey lupakan kisah kat atas tu sekejap, kita move on dengan kisah tips memilih mak andam. Mak andam adalah tunjang utama, so kena pilih betul-betul. Sebab dia yang akan corak kan kita dari kaki sampai kepala. Salah pilih, habis lahhh korang...Pemilihan mak andam mestilah seawal 6 bulan, coz senang la nak survey harga. If buat last minit, mungkin dapat mak andam yang kurang berkenan di hati. Yelah, dah takda pilihan mybe korang main tibai je mak andam yang dari pelusok mana tahhh. Yang paling penting sekali !!!! , pastikan mak andam tue tak ada orang lain booking selain dari uolls. Takot nanti, mak andam tu solek terkejar-kejar dan jadi tak teliti mase makeup. 

Sikap cerewet pon perlu ada taw ! Mase mak andam nak makeupkan tu. Yela, jangan ikut bulat-bulat cakap mak andam tu. Tapi jangan lah melampau sangat cerewet tu. If rase diri tu, pandai dalam bab-bab perdandanan nie, so tak salah suarakan pendapat. Yang tak pandai pun jangan mebatukan diri, ringan-ringankan lah mulut tu menyuarakan pendapat. If warna or cara persolekan mak andam tu tak berapa nak berkenan di hati. Senang lah mak andam tu nak merealisasikan impian uolls nanti. Banyak-banyak kan lah membaca or melihat pelbagai contoh supaya senang nanti mak andam and uolls bertukar pendapat.

If yang baru kenal or main tibai jer mak andam tu, I sarankan uolls buat test makeup. Supaya nanti tak jadi Drag Queen macam someone tu. Ada lahh nama dirahsiakan. Takut-takut nanti hari bahagia jadi hari memalukan sedunia.

Insha Allah mak andam yang I pilih kali nie yang terbaik. Doakan I okeyy, semalam pergi rumah dia tak dapat tengok baju. Hari ini nak pergi lagi sekali tengok baju dan pilih warna tema sekali. Nanti I update ye^^


Insha Allah tema nanti bukan purple ^^

2 comments:

  1. alahaii yuyu zulaikha memey comel angatttttt...

    mesti tema warna pink kan? err

    ReplyDelete
  2. Grateful for sharing thiss

    ReplyDelete