Tuesday 10 February 2015

Pengalaman 1st Trimester


Macam-macam dugaan masa 1st trimester ni. Yang paling I tak sanggup adalah berat badan naik mendadak. Orang kata masa mengandung lah selera makan seseorang tu akan bertambah. Memang betul berlaku pada diri I. Satu hari berkali-kali I makan. Sarapan,minum pagi, tengahari, makan malam, makan tengah malam lagi.  Makan nak yang berat-berat plak tu. Setakat makanan ringan ni, memang I dapat tahan sekejap je lapar nya. 

Mabuk ?? I memang tak rasa lansung. Tapi kalau bab malas and rasa nak membuta jer tu memang ada. Pagi-pagi nak bangun pagi waktu cuti  memang liat sangat. Sumpah tak tipu. Lepas sarapan and hantar hasben pergi kerja, mata ni berat sangat. Nak tidur jer sepanjang pagi. Bila petang jangan cakap lah. Time panas-panas matahari tegak tu lah, mata ni mula berat. 

Emosi jangan cakap la. Hasben yang selalu jadi mangsa. Heeeee -.- 
Mana tidaknya, dah dia orang yang paling dekat and I berani. Memang tak ada orang lain lah yang jadi mangsa. 

Berat badan dah bertambah, memang berat lah I nak bangun dari duduk. Kadang-kadang kaki jadi sakit-sakit bila nak pijak lepas baring. Macam orang tua-tua tu. Sakit-sakit badan. Kulit badan I dah mula merekah. Systom ni memang akan berlaku,tapi  I punya teruk sangat uols. Sedih jer bila tengok masa mandi. 

Macam-macam menu makanan yang bermain dalam fikiran. Nak makan itu-ini. Setiap hari ada jer menu yang nak dimakan. Mana taknya berat badan naik. Selera dah macam orang yang baru balik dari planet pluto. 

Pape pun, memang akan rasa seronok bila layan kan. Rasa bahagia jer. Bagi I la kan, time ni lah I nak menikmati pengalaman hamil pertama kali dalam hidup. Mungkin 2nd and so on tak akan sama macam first time. So setiap hari I akan kenangkan setiap detik yang I lalui. 




No comments:

Post a Comment