Okay semalam I request nak makan KFC dengan hasben tapi dia tak bagi. Yerla selalu makan fast food. Kan tak baik untuk ibu mengandung. Fast food tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pun seperti sedia maklum. Tak apa la, hasben cakap kalau nak jugak tunggu jumaat. 
Pada yang sama, I request nak makan pisang plak. Lepas mintak KFC tak dapat. I pun mintak la pisang. Dengan harapan dapat la konon. Tapi hasben cakap 'esok-esok la sayang'. 
So I sangat frust bila 2 benda yang I request tak dapat petang tu. I cari alasan lain. I tanye hasben mana sukun yang I nak tu. Hasben cakap rumah member dia ada tanan pokok tu. Tapi dengan kecewa nya hasben menjawab ' pokok belom nak berbuah lagi' Arrrrrghhhh bertambah la frust I. 
Dengan hati yang luka lara I keluar dari kereta dan masuk rumah dengan harapan dapat merehat kan badan setelah penat berkerja-cehhhhhh!
tapi....... jeng jeng jeng !!! 
Mak mertua I cakap, 'wani kat dapur ada KFC, pakteh bawak tadi, gie ler makan'
Hahahah, dengan laju nya pergi ke dapur dan melahap KFC tu. Kemudian I nampak pisang dalam pelastik, even 2 ketul pun dah membuat hilang kempunan I. Memang rezeki I dan anak petang tu nak makan.
After 6 petang, I pergi dapur then mak kata bawah tudung saji ada sukun goreng jiran bagi. Hahaha apa lagi dengan lahap la I makan. 
Alhamdullilah, syukur sangat petang tu.  ~.~



 
No comments:
Post a Comment