Thursday 14 July 2016

Selamat Hari Lahir Sayang ^^

Assalamualaikum dan hai !


Hari ni genap lah setahun usia Ahmad Naufal Iman Bin Ahmad Fuad iaitu permata, intan payung, gunung meletop aku tu. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka aku secepat ini dia membesar. Pejam celik pejam celik dah setahun dak Opal.

Tahun lepas masa ni aku tengah tunggu husben datang hantar makanan. Al maklum ler aku ceaser tu tak makan maknan sebarangan. Tapi dekat government hospital dia bagi jer orang bersalin makan ayam. Tak kira lah normal or ceaser. Tapi masa tu aku tak berani lak nak makan. Even akak katil sebelah aku bersalin normal elok jer dia makan. Mungkin lain orang lain kepercayaan.


Allah rindunya nak bersalin lagi. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi dibayangi ketakutan. Aku tak reti teran even laluan dah bukak 9cm. Sampai hari ni aku terkilan sangat-sangat. Kalau lah aku dapat putarkan masa. Aku nak sangat bersalin normal. Aku tak tahu apa salah aku masa tu. Doctor yang sambut baby aku tu cakap cara aku teran salah. Penat + sakit + mengantok + kena marah lagi, semua buat aku down sangat masa tu. Akhirnya aku ditolak untuk emergency ceaser. Alhamdullilah Opal lahir dengan selamat.

Sekarang aku tengah planing birthday dia. Hehe InshaAllah sabtu ni semua berjalan dengan lancar. Hadiah birthday dia yang aku idamkan pun dah dapat. Hehe. Kongsi-kongsi dari nenek ida, busu mira, paklong luqman, moyang nekpon.


Vrooom vroom !! BMW taw jangan main-main

No comments:

Post a Comment