Wednesday 17 May 2017

Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band

Assalamualaikum dan hai!

Aku bukan lah penggemar tauhu. Sedangkan tauhu yang kat mee goreng pun aku asing kan. Heheh. Tapi semenjak aku makan tauhu sumbat berlauk by Intan Syahira (kawan aku) alhamdulillah, now aku dah pandai makan tauhu. Boleh dikatakan selalu jugak lah aku buat sendiri tauhu sumbat berlauk tu. Husben pun suka makan. Nanti aku share resipi tauhu berlauk tu keyy.

Now aku nak share resepi Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu by Projector Band. Ngehnghngeh




Bahan - bahan 


  1. Tauhu Jepun (yang tiub tu )
  2. Cili Merah dibuang biji
  3. Tauhu biasa
  4. Isi Ayam @ Isi Udang @ Kedua duanya
  5. Daun Bawang
  6. Telur Ayam dalam 3-4 biji
  7. Serbuk Perasa/kiub ayam maggie/garam/lada sulah


Kaedahnya 


  1. Bersihkan isi ayam, telur ayam dan tauhu biasa, kemudian blend bersama tauhu jepun. Kalau adunan nampak seperti tak boleh diblend dengan baik, boleh tambahkan telur. 





      2. Selepas semua bahan diblend halus, boleh masuk kan daun bawang dan racikkan cili merah.



    
       3. Sambil kacau, boleh lah tambah bahan perasa, kiun ayam, garam dan lada sulah secukup rasa. 

      4. Sementara itu, naikkan dapur kukus. Bagi aku yang baru kahwen, memang takde dapur kukus ni. Tapi aku DIY je dapur kukus aku guna periuk nasi. Kihkihkih. Next time aku dah boleh beli dapur kukus tu. Coz aku rasa macam nak buat kuih ler pulak. 


      5. Masukkan adunan ke dalam bekas, kemudian kukus sehingga kental selama 15-20 minit.
      6. Selepas adunan kental boleh lah dipotong ikot kesusaian untuk di goreng. 



     
        7. Bila dah dipotong, bolehlah digoreng. Sebelum goreng celup telur dulu baru enakk dong. 







Tadaaaa. Tauhu Berlauk Sudah Ku Tahu By Projector Band. Boleh dimakan bersama sos, kuah cili atau nasi. 


2 comments:

  1. Ohh so that's how tauhu berlauk was made. Ada pernah terfikir dulu... but never got enough time to browsing around for information. Thank you, dear for the recipe. InshaAllah bulan Ramadan ni, nak cuba buat for husband. He loves tauhu.

    ReplyDelete
  2. ya ampunnnnn...sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete