Friday 11 August 2017

Kantung Kosong ~ 7 weeks

Assalamulaikum dan hai !

10 haribulan aku dah mula untuk daftar buku pink. Macam biasa, bagi aku yang dah ada pengalaman ni aku dah tahu procedure dia memang makan masa. Amek darah, ujian air kencing dan jumpa doctor gigi. Ekceli masa habis jumpa doctor aku kena jumpa doctor gigi tapi masa tu aku dalam kebingunggan aku terlupa pasal doctor gigi.

Kenapa aku kebinggungan, sebab doctor scan and sah kan kantung aku kosong. Aku tak pasti kenapa kantung kosong. Mungkin terlalu awal atau memang proses persnyawaan tu tak menjadi. Aku cuba google kes-kes kantung kosong. Ada yang kata 7 minggu memang tak nampak tapi lepas 2 minggu janin mula kelihatan. Tapi ada jugak yang kata lepas 2 minggu kantung still kosong dan akan keguguran sendiri. Doctor bagi aku masa 2 minggu untuk datang scan semula. Aku tanya la, kalau betul lepas 2 minggu tu still kosong, aku kena gugurkan ke ? Doctor jawab yess !

 Ini adalah contoh kehamilan normal dan kantung kosong iaitu (Blighted ovum). Sumber dari google


10/8/2017

Ini pulak aku punya. Memang terang-terang kosong atau aku je yang tak nampak. Doctor yang scan tu scan sambil cakap ' ini kantung awak, dah nampak tapiii " Disebabkan ini kehamilan kedua so aku tahu lah bentuk janin tu macam mana. Cepat-cepat aku jawab "kosongkan doctor" Doctor pun "hmmmm" Dia tanya aku banyak kali, betul ke tarikh last period tu ? Sebab ikot perkembangan janin tak selari dengan usia kandungan. Sepatutnya seusia 7 minggu dah nampak dah tapi perkembangan kantung aku macam 5 minggu. Tak mungkin aku silap kira, sebab setiap kali aku period aku tanda kat kalender dan tak mungkin salah.

Ekceli masa doctor cakap tu aku okey sebenarnya. Yela aku tak sedih tak gembira cuma terima dengan redha. Andai kata betul-betul kandungan ni tak menjadi, aku pilih untuk gurgurkan. Mungkin Allah dah sediakan yang terbaik akan datang. Lagipun aku dah ada Opal, so tak da lah terasa kehilangan sangat. Dalam masa yang sama aku dan suami kecewa sikit sebab kami dah eksaited nak ada baby. Baru aku tahu kenapa orang tua-tua tak bagi kita kecoh-kecoh di awal kehamilan. 

Memang semua tak tahu aku pregnant kedua, cuma family je. Tapi disebabkan suami terlalu gembira sampai update status kat facebook. Aku dihujani dengan soalan & ucapan tahniah dan soalan paling biasa "dah berapa weeks ?" Aku sebenarnya tak sampai nak cerita tapi terpaksa jugak la cakap pasal kantung kosong tu kat semua orang supaya aku tak simpan harapan dengan kandungan ni.

Takpe lah ;agi 2 minggu aku berserah pada takdir tentang kandungan aku ni. InshaAllah aku akan terima berita yang baik-baik. Semoga dipermudahkan urusan aku untuk pregnancy kedua ni.

1 comment:

  1. Assalamualaikum , sis macam mana sekarang ? Dah nampak janin ke after 2 weeks ? Mohon sis dapat jawab sbb sya pun skrg mcm sis 😥

    ReplyDelete