Monday, 24 June 2019

Birthday DikJemi Tema Dinasour - Roar !


2 APRIL 2018

Sekejap betul baby Dino ni membesar. Hahaha. Memang sebelum lahir lagi dah tetap kan tema untuk dia. Bila dah lahir aku ajar dia pulak untuk suka corak-corak dino ni. Baju pun kebayakkan beli corak dino. Abang dia dak Opal pun suka dinasour. So ngam-ngam soi la, gituwwwww.

Tema birthday dia ofcoz la dinasour . Preparation dia aku start 2 bulan sebelum . Maksudnya, awal febuari aku dah start beli decoration sikit-sikit dan usha kek. Kek macam biasa memang tempah dengan baker yang bertauliah. Dari zaman Opal aku tempah kek dari dia. Memang service terbaik punya. Boleh usha post yang sebelum  ni. Gambar-gambar kek Opal. 

                     Sambutan Hari Lahir Opal Yang Ke 2 Tahun

                     Birthday Party Naufal - Superman

Perkara paling penting dalam list aku adalah kek. Kek memainkan peranan penting dalam majlis. Rasa dan bentuk amatlah dititik berat. Sebab tu pemilihan bakers perlu lah dibuat dengan berhati-hati. My forever choice adalah The Dapur Story 


Kek Pilihan Hati.
Beberapa tips yang aku nak kongsi buat peringatan. *Jangan pilih design kek yang complicated. Why ? Takut nanti bakers kata boleh buat tapi indah khabar dari rupa. Aku dan biras dah pernah kena okayyy . Kek birthday Opal 3 tahun. Nasib baik la time tu buat biase-biase jer. Kalau tak.. Haishhh Sedih ! (Kisah benar bukan rekaan semata-mata untuk jatuh kan periuk nasi orang)



Decoration pulak, balloons aku beli di shopee. Totally memang save bajet sangat. Murah pun murah. Tips, beli la barang dari china. 2x ganda murah. Bukan lama pun delivery time. Seminggu je. Sebab tu aku buat persiapan 2 bulan awal. Ekceli dinasour tu ada 2 tapi sebabkan anak-anak eksaited tengok dino, bocor sudah. Janda la jawabnya yang sekor tu. 

Decoration choco jar tu ikhlas dari biras . Dia buat sendiri dan bubuh dino tenit kat atas tu. So kreatif sangat. Ekceli tak pun letak candies atas meja tu tapi rase kosong plak bila nak bergambar, aku decide beli la sikit-sikit. 


Kami anak beranak pakai baju sedondon. Penat nak pikir pakai baju kurung ke blouse ke. Aku tempah baju 1 family gambar dino dengan nama masing-masing. Habis majlis still boleh pakai lagi. Comel !



Orang yang paling berjasa adalah suami aka ayah OpalJemi. Thanks ayah jadi penaja utama. Bukan anak beriya nau nak birthday party tapi emaknya. Gitueeeeeee


Harap yang mana nak buat birthday party ala-ala bajet gitu.. Boleh la amek tips no2. Beli decoration di shopee. Tapi kena la buat persiapan 2 bulan awal. Bukan apa, kadang barang dari china ni tak tentu. Buat nasib tak baik dia amek masa 4 minggu untuk delivery. Tak ke naye gitu. Untuk majlis bajet aku adalah dalam RM4-500 termasuk bahan basah untuk jamu tetamu.

1 comment: