Monday 17 October 2016

Tempat Makan Best Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog. Ini kerana ketandusan idea, idea dan kesibukkan melayan suami dan anak. Omaigod ! Anak baru seorang tapi kesibukkan aku mengalahkan makcik anak sepuluh ! Hahah.Ini baru anak sorang belum 3,4,5 lagi ! Maklumlah anak lelaki memang sifat agak buas sikit.

Dulu masa pregnant aku memang kuat makan. Uols jangan tak tahu, aku naik 90kg masa pregnantkan Opal dulu. Sampai kena checkup 2 minggu sekali untuk pantau berat badan aku okey. Ini semua sebab makanan kat melaka best-best. Jangan orang post kat pesbuk lah. Mesti aku merengek kat husben. Aku share senang nanti aku or uols boleh buat panduan untuk nak makan kat mana. Aku pun belum try tapi nak masukkan dalam list.

1. Mee Besen Ori Melaka
    No, 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun, 75200 Melaka.
   

Mee besen ni, sebenarnya mee soup biasa jer tapi kelainan dia just dihidangkan dalam besen. Tapi aku tertarik dengan dia punya checken chop. Dulu tak silap aku Mee Besen ni konsep vendor. Mungkin dapat sambutan dia dah ada kedai sendiri. 

  No 41, Jalan TU 49A, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.
  

Yang ni aku selalu lalu depan kedai dia. Tapi tak pernah plak singgah. Bila husben tanya makan kat mana aku jadi blur. Blank terus pale otak ni. Next time boleh suggestkan husben kat sini.

    No.39, Jalan TU41, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka
    

Chaq Corner ni selalu jugak frenlist pesbuk aku post. Bab western aku tak bape minat kedai ni tapi bab char kueh teaw dia ni ha. Bukan main meriah aku tengok. Hari tu dah nak try dah kat sini tapi masa balik dari shopping jauh plak dengan Ayer Keroh, so the end nya tak dapat lah merasa.

    Taman Krubong Perdana
    

Kedai ni dekat dah dengan rumah mama aku. Kedai ni aku rasa baru dengar. Mungkin baru bukak kot. Boleh lah ajak husben makan kalau balik rumah mama. 

    No.89 Jalan KL 3/8, Kota Laksaman Seksyen 3, 7500 Melaka.
    

Asyik belanja makan jer, ni aku berlanja dessert pulak. Yang ni konsep sama macam bigbowl ice. Yang bigbowl ice aku pernah cuba, yang ni belum lagi. Dah request dah kat husben tapi masa nak g makan tu, aku request makan nasi pulak. So tak merasa lagi. Sedihhh !


Buat masa ni. Ini jer yang aku dapat list kan. Semua sedap-sedap. Tak sabar nak makan. Auuum !

No comments:

Post a Comment