Tuesday 8 November 2016

Business Card - Pixajoy !

Assalamualaikum dan hai !

Uols pernah dengar tentang pixajoy ? Pixajoy adalah website yang menawarkan perkhidmatan pencetakan. Sekarang uols boleh sign up dan dapatkan business card dengan percuma (postage kena bayar ye) Ye, PERCUMA. Kenapa aku bersungguh-sungguh kata percuma sebab aku dah try dan dah dapat pun. Bukan untuk aku tapi untuk husben. Sebab aku takda produk or tak berapa nak active pergi event. So tak berapa nak sesuai untuk aku ada business card. Lagipun husben aku memang menawarkan perkhidmatan pendawaian untuk rumah baru atau perkhidmatan yang berkaitan dengan elektrik. Why not, aku cuba dapatkan untuk husben aku. Free kan?

First uolsclick → pixajoy ni. Kemudian pergi ke product lepas tu cari perkataan name card-new.  Bila dah jumpa click name card-new tu akan keluar banyak pilihan name card. Untu business, spa, parent card dan macam-macam lagi. So aku pilih bahagian Business - Farve Fun.



Lepas pilih-pilih korang click dekat CREATE FREE 1 SIDE DESIGN


Uols kena sign up dulu ye. Nanti ikot jer step yang dia suruh. InshaAllah senang. 



Tadaaa ! siap sudah. Seingat aku, aku buat hari selasa macam tu. sabtu dapat dah. Cepat kan ? Lagipun pixajoy ni menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah. Ishhh kenapa lah masa birthday Opal dulu aku tak kenal pixajoy ni. Mesti dapat buat kad dan sticker birthday dia.

No comments:

Post a Comment