Monday, 14 November 2016

Huggies vs Drypers vs Genki vs Petpet

Assalamualikum dan hai !

Bagi aku mana-mana pampers pun okey. Sebab anak aku dak Opal dia tak ada masalah dengan pampers. Masa dia baby mungkin lah ada sikit. Masa tu MIL rekemen aku pampers Fitti. Sejak Opal lahir memang aku bagi dia pakai pampers Drypers. Disebabkan Drypers pricey dia suruh aku pakai Fitti lagi pun Fitti murah. Bak kata orang, baby memang kerap berak dan kencing so pakaikan jer pampers murah so tak lah terasa nak membeli bulan-bulan. (maksudnya boleh berjimat)

Tapi masa permehatian aku, Opal pakai Drypers elok je bila aku terlupa nak tukar lampin or tak teringat nak tukar lampin dia bila dah penuh. Maklum lah masa aku dalam pantang, aku masih lagi impikan tidur yang lena. Tu yang terleka dengan alunan mimpi. Bila aku tukar ke Fitti, bahagian bird-bird dengan pungung dia merah-merah. MIL memang dah belikan aku droplene seblum beranak ritu. So, droplene lah penyelamat aku. Aku memang tak suka branf Fitti tu. Tapi disebabkan MIL aku ikutkan jela cakap dia. Then bila keadaan Opal macam tu, aku tak bagi dah husben beli pampers brand Fitti. Aku pakai dalam 2 bulan camtu lah. Pakai Drypers balik. Lagipun aku tak bape nak suka material Fitti. Dia jenis plastik.

Bila Opal dah pandai merangkak, dalam 9 ke 10 bulan camtu. Dia dah mula lasak. Memang berdrama aku nak pakaikan dia pampers jenis lekat tu. So, aku request kat husben beli pampers jenis pants. Husben setuju. Masa tu aku dengan husben pergi pasaraya Family Store, dia nampak brand Huggies twinpack macam ada offer terus kitarang beli. Sejak dari tu, aku memang pengguna Huggies.

Bagi aku yang baru bergelar ibu ni, aku kosong dalam bab-bab gini. Aku ingat Huggies mahal dan dia brand yang terbaik dari Drypers. Tapi sejak guna Huggies, bila opal berak jenis tak berketul mesti bocor. Aku tak perasan sangat benda ni. Sebab aku tak pernah tukar ke brand lain, disebabkan dia pakai pants  bagi aku normal lah. Bila dia bangun pagi, if pampers dia berat, kadang-kadang tu bocor jugak bila aku dukung dia.


Masa aku pergi baby fair kt MITC haritu, husben beli Drypers jenis pants. Dia cakap, alang-alang dah ada ni, beli jela. Lagipun kalau pampers dekat baby fair memang murah. So pemerhatian aku, takda pulak kes bocor or nipis macam yang diwar-warkan sebelum ni. Bagi aku Drypers dengan Huggies, Drypers lagi tebal dan tak bocor macam Huggies sebelum ni. Yes ! Drypers tebal okay. Yang kes nipis tu aku rasa dorang dah betulkan balik. So uols tak payah percaya cakap-cakap orang yang mengatakan Drypers nipis lah ape lah. 


Baru-baru ni pampers Opal dah nak habes, so aku dengan husben pergi beli pampers dia. Kali ni aku request kat husben nak beli brand Petpet. Dia tanya, bukan Opal pakai Drypers ke ?? Aku jawab nak try Petpet. Dia pun okey jer. So, aku bandingkan Petpet dengan Drypers. Finally terbukti, Petpet lebih nipis dari Drypers. Seriously memang nipis !! Haritu, member aku bagitahu yang dia nak beli pampers untuk anak dia yang bakal lahir nanti brand Petpet. Dia kata, Drypers nipis sebab tu dia nak beli Petpet. Dia dengar ramai ibu-ibu cakap macamtu. Nampaknya dia mudah sangat terpengaruh. Heh 😎 Bagi aku tengok gambar pun boleh tahu yang mana nipis dan tebal. 


Last week aku ada email untuk dapatkan free sample pampers untuk brand Genki !. Dah dapat and dah try pun. Genki ! lebih kurang Huggies ketebalan dia. Tebal dari Petpet tapi nipis sikit dari Drypers. So far, brand Genki ni okey. Material sama macam Drypers dan Huggies. Cuma Petpet material dia seakan-akan plastik sikit but okeylah.




Kat sini aku boleh buat kesimpulan. Drypers adalah pemenang antara semua. Dari ketebalan, material dan tahap kebocoran. 

1. Drypers

2. Genki !

3. Huggies

4. Petpet


Kalau uols nak lebih details boleh follow instagram tyaadnan wife Shukri Yahaya. Dia ada buat video lebih details pasal kesemua brand pampers. Tesco Love pun ada. Aku memang tak minat Tesco Love tu. lagipun tyaadnan cakap material Tesco Love tak bagus.




No comments:

Post a Comment