Tuesday 24 July 2018

Pengalaman Memakai Tiub Kencing Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan hai

Pengalaman bersalin normal bukan mudah bagi aku. Ye, orang akan cakap sakit bersalin normal sekejap je tak macam operate yang sakit sebulan 2 bulan. Bagi aku, bersalin operate dan normal aku pilih operate.

Untuk pengetahuan kalian, aku first bersalin normal dan kena gunting plus koyak. So jahitan yang aku dapat memang banyak la. Disebabkan aku dapat banyak jahitan, trauma untuk kencing tu memang ada. Hari pertama masa di hospital yess aku boleh kencing even dalam kuantiti yang sikit. Aku mengaku dengan nurse yang aku puas hati dengan air kencing aku, tapi sebenarnya aku tipu semata-mata aku tak nak duduk hospital lama. Aku bukan apa, duduk hospital dengan anak dan keadaan aku yang susah bergerak buat aku rimas. Itu adalah kesalahan pertama yang paling besar aku buat !

Bila aku discharge hari yang sama aku melahirkan. Kesokkannya, aku dah mula rasa sakit macam contraction. Dia akan datang 10 minit selang 10minit. Makin lama, makin sakit dan aku tak kencing 2 hari tu disebabkan sakit yang teramat. Bukan kata kencing, jalan pun aku tak mampu. Ekceli, masa dalam labour room aku dah kena. Tapi doctor kata normal coz rahim sedang mengecut. So aku buat dekk ! je. Hari 3 aku nekad untuk ke hospital disebabkan tak tahan sakit contraction tu. Fyi, susu badan aku memang tak meriah disebabkn stress. Aku terpaksa topup susu tepung untuk baby Jemi. Tanya punya tanya, doc suruh aku pakai tiub kencing. Dia scan dan cakap rahim aku penuh air kencing. Aku nasib baik pundi kencing aku tak pecah coz 2 hari tak kencing . Gila !

A few minute pakai tiub, air kncing berdesup keluar dan penuh. 2 hari beb! Dengan aku minum banyak air masak sebab nak susukan anak. Fuhhh memang lega la lepas pakai tiub kencing. Amazing ! sakit contraction terus hilang. Aku syak, sakit tu datang disebabkan rahim nak mengecut then rahim plak penuh dengan air kencing tu yang sakit. Kesalahan kedua doctor tak suruh aku monitor air kencing. Dia just cakap, esok you pergi klinik berdekatan bukak tiub ye. Esoknya aku bukak tiub macam biasa.

Hari ke 4 bukak tiub. Hari ke 6 check kuning baby Jemi dan still tak boleh kncing. Bagitahu doc dan dia kata ''awak tak rasa risau ke 2 hari tak kencing? Bahaya taw !'' Aku hanya tunduk je. Then dia bagi surat untuk refer hospital. Hospital pakai kan tiub kencing semula. Benda ni berlarutan sampai 15 hari. 2 hari pakai, 1 hari bukak. Kerja aku ulang alik klinik untuk on of tiub kencing SAHAJA. 

Dalam masa yang sama, doc beri ubat antibiotik untuk dimakan. Doc kata, aku dijangkiti kuman. 1kotak jugak lah antibiotik aku makan, still takda kesan. Aku google, ada yang kata kat farmasi ada jual ubat untuk melawaskan kencing. Then suruh suami beli. Ada la 2-3 bijik aku telan pil tu. Alhamdulillah hari ke 16 masa bukak tiub kencing tengahari tu. Petang rasa nak kencing tersangat-sangat. Lari masuk bilik air, teran air kencing pun keluar. Finally, aku normal !

Esoknya bagi susu kat baby Jemi, susu menitik-nitik kat breast sebelah. Alhamdulillah !!


4 comments: