Tuesday 4 October 2016

Cabaran 5 Hari Deeja Cosmetic Beauty

Assalalmualikum dan hai !

Hari tu aku ada update pasal Set Deeja Cosmetic kan ? Tapi masa tu hanya 3 hari. So hari ni aku update lepas 5 hari penggunaan Deeja Cosmetic ni. Memang sebenarnya cabaran dia 5 hari. Tapi masa tu aku ter~update awal plak. Heheh

Selama 5 hari aku konsisten dengan penggunaan set Deeja ni. Well hari semakin hari aku boleh nampak perubahannya. Masalah kulit berminyak pada wajah aku memang ketara sekali. Selalunya bila dah tengahari kulit aku akan mula berminyak bils aku berpeluh. Bahagian pipi yang selalu aku perasan. Lepas aku guna sabun pembersih wajah dari Set Deeja Cosmetic ni, aku dah tak rasa kulit aku berminyak. Sebelum pergi kerja, pagi masa mandi aku akan cuci muka aku dengan sabun pembersih tu. Lepas tu baru sapi krim siang. Lagipun aku bukannya bermekap kalau pergi kerja. Al maklumlah kerja biasa-biasa jaaa. Tak perlu bermekap bagai.

Selain kawalan minyak, kulit aku makin flawless dari dulu. Dulu asal bergambar jer mesti nak ada filter. Sekarang aku lebih yakin tanpa filter. Aku suka dengan keaadan muka aku yang sekarang.



Untuk penilaian uols aku dah sediakan gambar.  Tempat sama, waktu yang sama(pagi-pagi nak pergi kerja) no filter (oroginal camera) bukan 360 taw ! Tiada matahari yang boleh nampak putih berseri-seri !!

Ini dari pemerhatian aku

* Gambar belah kanan nampak lagi putih sikit, berbanding kiri. Kiri nampak macam kuning langsat.

* Belah kanan nampak lebih flawless

* Lingkaran bawah mata  tak ada

* Jerawat / jeragat tak ada. Nak beranak pinak pun tak berani

Set Deeja Cosmetic memang best ! Aku takda alahan lansung. FYI kulit aku dah nipis mungkin keran pakai krim herba natasya dulu. Krim tu dulu menghakis kulit aku. Sebab tu bila kena panas kulit aku cepat terbakar dan merah-merah.

Dulu masa mula-mula aku guna krim herba tu, kesan sampingan dari product tu ialah kulit aku terkopek-kopek. Bila aku tanya orang, rata-rata jawab sebab dia buang kulit mati. Kulit aku macam kering. If lepas mandi kulit aku akan okey sebab lembap. Bila dah lama sikit sekeling bibir aku nampak macam ade air liur basi. Tapi rupanya kulit yang tengah mengelupas.

Tapi sekarang aku tak ada masalah macamtu lagi. Sejak guna Deeja Cosmetic ni. Sebab ia diperbuat dari bahan-bahan semula jadi. So tak ada masalah kulit kering, mengelupas or terbakar lagi.

So apa tunggu lagi Jom ! ! ! Dapatkan Set Deeja Cosmetic ni dengan harga RM85 sahaja

Facebook  : Intan Syahira Ramli (Trusted Seller Deeja Cosmetic, Milky Queen Whitening Booster, Susu Kambing 5 Jari dan The Best Roti Sarang Lebah & Tebuan)

4 comments: