Monday 31 October 2016

Thai Food Festival MITC, Melaka

Assalamualaikum dan hai !

Aku sebenarnya bukan lah food hunter tapi biasalah aku  ni kalau bab makan memang tak boleh dipisahkan. Sekarang MITC tengah buat Thai Food Festival.




 Makin berbuak-buak lah hati ini nak pergi. Tak nak ketinggal lah kata kau ! Aku cadang dengan husben nak pergi jumaat lepas tapi disebabkan jumaat tu husben kena hantar kereta adiknya ke rumah kawan dan aku kena bankin duit terpaksa lah aku tunggu berjam-jam lamanya untuk tunggu giliran. Jadi plan untuk pewrgi hari jumaat ut dibatalkan. Sadiss betol !

Husben janji nak bawak hari ahad nanti kalau kerja habis awal. Bila tiba hari sabtu, aku merajuk dengan husben sebab henpon aku button tengah tu tak boleh tekan. So, cara dia nak pujuk aku dengan ajak aku pergi Thai Food Festival tu malam sabtu tu jugak. Kebetulan memang dia balik kerja awal. Dia takut ahad nanti tak sempat pergi. Tapi aku tak berapa nak eksaited lah, sebab henpon aku tengah rosak. Mood semua dah lari jauh ke laut ! Husben paksa-paksa suruh pergi, aku dengan berat hati pun pergi. Memang takda mood lansung masa dalam perjalanan tu.

Selepas 1 jam perjalan ke MITC. Akhirnya aku sampai ke destinasi. Macam biasalah parking memang susah. Terpaksa parking tepi-tepi jalan. Bila sampai aku macam teruja sikit lah (mood baru sampai).











Terliur ?? Sedap ?? Mestilah kan dalam gambar semua nampak sedap ! Hahah. Meh sini aku citer sikit. Sampai-sampai jer, aku tengok ramai orang. Masuk-masuk jer khemah dah terasa bahangnya. Entah macam mana lah peniaga kat situ meniaga seharian. Lepastu husben tanya aku ''yang nak makan apa ?'' aku pun jawab "nanti dulu lah, kita jalan dulu, ramai ni nak makan kena beratur. Cari yang tak ramai'' Husben nak beli air "jap abang beratur beli air jap, haus ni" -SETENGAH JAM KEMUDIAN- okey jom ! Setengah jam habis gitu hanya beratur untuk beli air balang je okeyh !

"Yang nak makan apa ?'' "Jap lah abang semua kena beratur ni, cari yang tak kena beratur" Pusing 2-3 kali dalm tu. "Dah lah yang nak makan beratur jela" "hurmmm okeylah." Husben pun decided nak makan benda panggang yang  dicucuk. 


Macam dalam gambar ni, suami beratur hampir 1 jam untuk dapatkan nya. Allah ramai sungguh yang nak beli. Aku tak tahulah, peniaga yang salah sebab tak prepare awal or pembeli yang ramai sangat. Sebatang RM3. Sedap sangat. Opal suka. Aku dan husben pun suka. Lepas beli ni, husben kata jom balik makan kat tempat lain. Kat sini nak makan, mau pukul 12 am baru dapat makan semua jenis makanan. Aku pun tak larat nak menunggu. Penat ooiii ! Tunggu jer ! 

So, aku decided pulak nak makan kat mana. Aku ajak husben makan kat Opocot Cafe alang-alang dah dekat dengan rumah. Nanti nak balik dah tak jauh. Lagipun masa nak balik dari festival tu dah hujan. Nasib aku balik awal, kalau tak mesti Opal kena hujan. 

Tak tahu lah apa nasib haritu, pegi festival dah lah ramai, pergi cafe ni pun ramai. Ohhh ! Lupa plak cuti Deepavali patut lah ramai semacam. Ngeee ~~

Masuk kedai memang takda meja, 10 minit jugak lah aku berdukung dak Opal sambil tunggu meja kosong. Finally dapat jugak meja. Aku oder char kueh teaw kerang sebab memang tengah teringin makan char kueh teaw dari minggu lepas, Husben pun oder yang sama, coz chicken chop yang dia oder tu takda. Yelahh, dah ramai-ramai kat kedai tu besar kemungkinan menu yang ada banyak sold out. Aku nak oder char kueh teaw soft shell pun takda. Takpa, next time boleh oder lagi. Lagipun not bad char kueh teaw dia. Rasa macam nak oder 2 pinggan. Bhahahaha! Tapi next time aku nak makan ni. 




Credit to Opocot Cafe 



Menarik bukan ?? Hahah 














2 comments: